Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, November 29

Bersantai Di Pantai

Assalam...

Syukur pada Allah SWT hari Isnin semalam dapat keluar berjalan-jalan menghabiskan masa cuti awal muharam. Kalau ikutkan perancangan awal kami nak keluar pagi ahad tapi ada saja masalahnya tertunda hingga ke hari Isnin. Mujur masih cuti kalau tidak maunya berperang dengan dear.

Haha sebabnya dear sekarang mementingkan kerja dari melepak di rumah. (mood sibuk cari duit untuk keluarga ok). Biasanya untuk hari cuti sahaja la, kalau pagi tak kerja dear akan pergi kerja sebelah petang atau pun malam tapi biasanya dear suka pergi kerja sebelah petang atau pun malam. Suasana lebih nyaman kalau nak buat kerja. Ayark! aku di rumah apa lagi, berperang dan bersilat melayan kerenah anak-anak. :p

Kami bersantai-santai di Pantai Morib, Banting. Nak ajak keluar sebelah petang takut cuaca tidak mengizinkan jadi lebih selamat kami pergi sebelah pagi. Lagi pun tak elok bawa anak kecil keluar sampai lewat-lewat petang.


Sarapan di pekan Banting, Zikri dan ayah makan nasi campur walaupun baru pukul 9.30 pagi.

Ashraf dengan mama, makan roti canai tapi Ashraf makan nasi impit sahaja ok.
(Ashraf bukan berselera tinggi seperti Ziri Amar)

Sambil sarapan sambil tengok cuaca, gerimis tapi bak kata dear lebih baik kita redah sahaja. Kalau nasib kita baik cuaca pasti akan berubah tapi mujur kami redah kalau kami patah balik memang rugi sebab cuaca panas sangat dan puas kami bermain.




Ashraf takut nak main air, tapi kalau pass kat Amar memang dia suka.
Ashraf selamat dengan mama, abangnya pula seronok berlari-larian.
Seronok kan bila di alam kanak-kanak ni, ingat main sahaja. Zikri kalau ikutkan itu masa tidur dia tapi nampak laut kelam kabut sibuk nak turun. Haha.... memang enjoy tau.


Habis mandi manda, aku bersihkan Zikri. Buatkan susu dan dudukan dalam car seat. Dapat susu dan dapat air cond kereta memang mengantuk jadinya apatah lagi dengan cergasnya tadi sibuk main air.



Dua-dua tidur keletihan.
Sebelum balik lebih baik singgah makan tengahari dulu. Nanti kalau balik masak lagi susah pasal dah lewat juga. Jadi buat keputusan makan sup kambing di Kampung Jawa. Sedap! lama tak makan kat sini. Dekat dengan office tapi tak ada geng yang nak layan masakan mamak.



Menu : Mee goreng mamak, sup kambing, sup ayam, air teh dan milo ais. Cukup mengenyangkan!
Satu hari yang memenatkan tapi menggembirakan hati kami berempat. :p

Monday, November 28

Bertuahnya Aku...

Assalam...

Bertuahnya aku...
Dilahirkan sempurna, cukup sifat dan berada dalam keluarga dan emak bapa yang penyayang.



Bertuahnya aku...
Mendapat pendidikan awal yang baik jika dibandingkan dengan orang lain yang bersusah payah mahu belajar.

Bertuahnya aku...
Mendapat layanan terbaik dari keluarga, mak dan bapa.

Bertuahnya aku...
Dapat menyambung pelajaran walaupun tidak lah setinggi mana, sehebat mana...namun aku masih bertuah.

Bertuahnya aku...
Mendapat kawan-kawan yang sangat-sangat hebat.



Bertuahnya aku...
Mengenali lelaki yang terbaik untukku, menjadi suami yang terhebat pada aku.



Bertuahnya aku...
Dikurniakan 2 orang anak lelaki walaupun pernah mengalami saat getir bila mana lewat dikurniakan zuriat.



Bertuahnya aku...
Mendapat mertua, keluarga ipar yang sangat hebat. Hebat kerana mereka begitu rapat, senang di dekati dan mudah mesra.



Bertuahnya aku...
Mendapat pekerjaan yang baik walaupun setakat kerani di sebuah syarikat kecil sahaja.



Bertuahnya aku...
Pasti ini yang akan aku ingat buat selamanya.

(p/s: mood mendekati diri :p)

Saturday, November 26

Makan

Assalam...



Makan seorang diri bukan bermaksud makan sesuatu makanan seorang diri tanpa menjemput orang lain makan mahu pun berniat untuk habiskan makanan itu seorang diri…tidak. Di sini maksudnya keluar makan di kedai makan berseorangan. Hmmmm mencabar pada orang yang tidak pernah lakukan tapi pada aku ini adalah perkara biasa.

Sama seperti golongan lelaki, pasti ada juga golongan perempuna yang terpaksa keluar makan berseorangan.

Contoh 1

Semasa aku masuk kerja di pejabat sekarang memang semua rakan-rakan sekerja semuanya berbangsa cina dan memang selesa makan makanan cina yang pastinya tidak halal. Jadi untuk tidak mengganggu mereka aku lebih selesa keluar makan sendirian. Mulanya di fikirkan agak malu-malu tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan. Terkadang ada juga kawan-kawan yang mahu keluar sama jadi bukanlah hari-hari aku perlu makan sendirian.

Contoh 2

Ketika keluar jalan-jalan sendirian, bukankah lebih mudah kalau sekiranya aku lapar dan aku makan apa juga yang aku mahu. Tak perlu bersusah payah membungkus makanan dan makan bila sampai dirumah. Eh….kalau dah macam sekarang ni anak dah 2 agak payah sikit nak makan dengan senang. Tambah-tambah Ashraf bukan jenis yang suka makan macam Zikri. Hahahah…

Contoh 3

Bila ketiadaan rakan-rakan di pejabat, bila ada yang cuti sakit maka perlulah keluar makan sendirian. Hahha…bukan selalu tapi jarang-jarang dapat keluar makan sendirian.

Pada aku keluar makan seorang terkadang memudahkan, menjimatkan masa dan tak perlu nak menunggu orang lain. Kemana hala tuju selepas makan atau pun mahu makan dengan perlahan…tiada siapa akan bising-bising. Masa keluar makan pun pastinya akan lebih cepat (ini pada aku). Mana tidak masa makan menjadi lebih cepat sebab aku tak perlu nak berbual panjang dengan orang lain ketika aku sedang makan. Hehe…

Paling best akak-akak kedai makan pun pasti akan cam wajah anda. Ye la kalau makan sorang-sorang di tempat yang sama setiap minggu memang lah dia akan cam. Kecuali pergi makan kedai yang berlainan selama 5 hari seminggu. Uish…tak kuasa aku nak merasa-rasa lauk pauk yang entah ok entah tidak.

(p/s : mood selesa makan sendirian walhal ada juga terfikir apa pandangan orang kalau aku makan seorang diri eh? :P)

Thursday, November 24

Sahabat

Assalam...


Apa makna sahabat buat anda? Kawan? Atau pun teman?

Ada bermacam-macam ragam manusia termasuk seorang kawan. Manusia itu Allah SWT jadikan tidak semuanya sempurna. Tidak semuanya sama cara, gaya maupun sikap.

Kenapa tiba-tiba menulis berkaitan sahabat? Entah lah, sejak akhir-akhir ini rasa seperti kehilangan sahabat tetapi masih ada sahabat lain yang benar-benar ikhlas berkawan. Alhamdulillah, syukur pada Mu Allah. Ini hasil pengalaman sepanjang usia saya sehingga kini.

1) Semasa kecil.
Ketika ini pastinya kita hanya berfikir untuk main, main dan main sahaja. Paling tidak mak kita kenal mak dia jadi dialah kawan kita bukan? Hehe…

2) Semasa alam persekolahan.
Mula mengenal kawan sejak hari pertama mendaftar di sekolah. Kawan untuk bermain, belajar dan makan bersama-sama. Gaduh, tidak puas hati mau pun cemburu adat biasa ketika ini. Mudah terjadinya pergaduhan, tetapi mudah juga untuk berbaik semula.

3) Semasa belajar di University atau kolej.
Masih menghubungi kawan-kawan sekolah dalam masa yang sama menambah bilangan kawan yang baru. Setiap kali masuk ke tempat baru pastinya akan bertambah bilangan kawan kita. Ada kawan yang boleh membantu semasa kita susah tapi ada juga kawan yang mengambil kesempatan semasa kita senang. Alhamdulillah kawan-kawan aku semua semasa belajar di politeknik semuanya baik-baik belaka. Terputus hubungan namun Facebook banyak membantu merapatkan hubungan kami semula. :)


Kawan-kawan kelas pemasaran

4) Semasa bekerja.
Kawan-kawan sejak zaman kanak-kanak dan persekolahan yang ramai belum tentu semuanya anda masih berhubung. Pasti aka nada seorang dua yang telah pun kita lupakan. Mengenal lagi kawan baru, tempat baru dan suasana baru. Pastinya kawan ketika berada dalam alam pekerjaan menjadi lebih mencabar.

Geng di pejabat
Mencabar kenapa? Lagi banyak ragam, lagi banyak sandiwara dan lagi banyak yang bermuka-muka (bukan muka buku). Kadang kala baik bila di depan tapi di belakang selalu mengutuk kita. Ehm… pasti sakit bukan kalau kita telah ditikam oleh sahabat sendiri. Orang lain yang kita tidak kenal pun sudah pasti kita sakit hati inikan pula seorang kawan yang sudah lama di kenali.

Berharap sangat seorang kawan itu seorang yang boleh menjadi penyeri dalam kehidupan seharian kita. Bukan membawa masalah kepada kita. Pastinya alam pekerjaan aku telah memperkenalkan aku dengan pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang boleh dijadikan kawan baik tetapi dalam masa yang sama ada juga yang bakal menikam kita dari belakang. Jika ini berlaku pastinya kita tersangat kecewa dan yang pasti kita akan mempersoalkan “kenapa aku kenal dia”.


Wednesday, November 23

Musim Buah

Assalam...

Minggu lepas mak talipon bagitau buah-buah di kampung sudah mula gugur. Yeah! musim buah tiba lagi tapi yang tak gembiranya...... aku bukan dapat balik kampung pun. Maklum saja kami biasa balik kampung 2 bulan sekali kecuali bila tiba hari raya atau apa-apa perayaan.

Sudah ada buah ini....

Tada....

Durian!
Tapi durian ni dear beli di Kota Kemuning sana, puas hati juga makan sebab ulasnya besar-besar. Isi tebal dan bijinya pula kecil-kecil. Aduh...ini yang teringat-ingat dengan kampung ni.

Selain durian mak kata ada rambutan, silap-silap langsat pun ada juga. Aih....

Minggu depan cuti hari Isnin tapi tak tau la kalau dear kerja ke tidak. Kalau dapat balik awal minggu Disember nanti pun ok juga. Minggu ke 2 Disember kakak ipar buat kenduri khatan anak lelaki dia. Ehm...nak balik kampung!

Rindu

Assalam...

Rindu dengan anak-anak, yang kala ini mereka berdua masih belum sihat sepenuhnya. Walaupun belum sihat tapi lagak gaya seperti biasa. Tetap cergas dan aktif sentiasa. Like!

Layan Master Chef Malaysia. :p

Menyelongkar!
Ini dia ragam anak-anak yang pasti memeriahkan suasana dalam rumah. Kadang kala bergema dengar jeritan Zikri kadang kala tertawa sendiri dengar Ashraf mula pandai bersuara. Ahaks! indah bila dengan anak-anak bukan?

Friday, November 18

Ragam Manusia

Assalam...

Sakit hati memandang wajah orang yang tidak mahu melemparkan senyuman.

Aduh...begitu besar sangat ke kesalahan yang telah aku lakukan?
Begitu sakit ke luka yang telah aku robekkan?
Begitu sukarkah untuk menjalankan tanggungjawab yang telah ditinggalkan untuk dipikul?

Kemana hilangnya erti kesabaran? persahabatan? dan persaudaraan?

Pelbagai ragam manusia sekarang ini. Sabar nanti bila tiba masanya ia pasti akan selesai juga. :)

UPSR

Assalam...


Cuti sekolah ditempat aku sudah pun bermula. Pendek kata hari Jumaat bermulalah pelajar kawasan Jalan Kebun tidak pergi ke sekolah. Paling seronok Zikri tidak lagi dapat naik motor dengan Mak Lang. Hehe…mama yang kejam ke aku? Bukan apa sekarang musim hujan, Zikri pantang nampak Mak Lang naik motor dia pun sibuk nak join sama.

Pagi Jumaat yang mulia, aku buka FB jenguk-jenguk cerita menarik kawan-kawan dan saudara. Ternampak status yang 1 ni. Wah….bangga sekejap ok.


Pengomen adalah dari kalangan ahli keluarga aku sendiri... :)
Aku dulu tak mampu nak dapat 4A tapi syukur anak buah aku berjaya mendapat 5A. teringat pula kisah-kisah aku semasa tahun 6 dahulu. Hihi…kisah kanak-kanak kan memang menarik.

Tahun 6 aku pergi sekolah naik basikal mak, kesian mak nak pergi kebun tapi basikalnya aku pula yang sibuk bawa pergi sekolah padahal bukan jauh mana sekolah dengan rumah. Mak pergi kebun jalan kaki walaupun kebun lagi jauh dari rumah kalau dibandingkan jauhnya sekolah aku dengan rumah. Teruk punya anak la kan aku ni. Hehe…

Ambil result UPSR bukan macam sekarang, cikgu panggil nama pergi bilik guru kemudian cikgu akan bagi sehelai kertas saiz A4. Dalamnya ada tercatat nama, no giliran dan keputusan yang aku dapat. Oh! Teruja juga la kan masa tengok ni, tapi geram pasal Cuma dapat 2A je dari 4 tu. Hahahha…tapi syukur dengan apa yang Allah SWT berikan pada aku.

Anak buah sebelah aku ini yang paling tua, kalau sebelah dear yang paling tua dah boleh kahwin. Sekarang masih belajar di kolej dan kebetulan sama umur dengan adik ipar aku Cuma MIL bersalinkan adik ipar aku dahulu baru lah kakak ipar aku bersalinkan anak buah aku ni. Hmmmm ok la kan ada beza bulan disini.

Jadi pada semua yang Berjaya dalam UPSR tahun ini tahniah! Harap-harap 3 tahun akan datang anda masih mengekalkan kejayaan yang anda kecapi hari ini.

Friday, November 11

Hari Pernikahan Dia (Syu)

Assalam...

Tanggal 11.11.2011 tarikh yang unik, cantik dan mudah di ingati sesiapa sahaja bukan. Titik tolak dari sebab itu rakan sepejabat memilih untuk menikah pada tarikh ini iaitu hari ini. Hehe....

Insyaallah kalau di izinkan Allah, Ahad nanti aku akan sampai kesana dengan anak-anak. Hadiah belum beli, blur fikir pasal pengantin request oven. Ayark! ni mesti kes malas nak masak kan. Ke terlebih rajin ek...maybe nak baking kek atau biskut. Esok lepas balik kerja singgah Giant Kota Kemuning jalan-jalan cari hadiah la tak pun lusa sebelum pergi baru beli. Wa....macam terdesak sangat kan, tak pun bagi cash...senang cerita.

Selamat pengantin baru buat Syu & Fendi! :) Sila pelihara ikatan pernikahan korang hari ini agar kekal sehingga akhir hayat. Amin

Thursday, November 10

Streeeeeesss!

Assalam...

Wah amik title hari ni memang dasyat! mana tidaknya kan, pagi-pagi ada orang buat aku naik angin rasa macam nak bunuh orang je. Tapi aku tahan kan, bawa bersabar & bertenang. Bukan setakat 1 hal tapi berhal-hal jadinya.

Arggggggghhh!!! rasa mau menjerit sekuat hati sekarang ni....

Wednesday, November 2

Anak Jiranku

Assalam...

Kesibukan melampaui batas termasuk kekusutan yang masih belum terurai sampai kini. Harap-harap ada sinar yang memberi semangat aku di sini.

Sejak akhir-akhir ni cuaca dah rasa macam duduk di luar negara pula, mana tidaknya hampir setiap petang hujan pasti turun mencurah-curah....inilah rahmat dari Allah SWT jadi bersyukur hendaknya walaupun terkadang kain-kain aku selalu lambat kering. :p

Terasa seperti di tolak-tolak badan ini untuk berkongsi cerita anak-anak jiran sebelah rumah sekarang ni. Kalau jiran yang lama lagi teruk dari yang ada sekarang ini mungkin kerana mereka masih bujang dan belum tahu kehidupan berumah tangga.

Satu malam selepas makan malam dear keluar hisap rokok, aku pula basuh pinggan. Aku dengar dear sembang-sembang dengan anak-anak jiran rumah sebelah. Dear memang suka layan budak-budak berdua tu, seorang darjah 1 dan seorang lagi darjah 2 tapi emak ayahnya tinggalkan dirumah berdua dalam suasana hujan dan kesejukan. Opppp kalau sejuk pandai-pandai la mereka tak hidupkan kipas la kan. :)

Dear masuk bagitau derang berdua nak tumpang duduk di rumah kami sementara tunggu mak ayahnya balik kerja. Kesian yang amat aku rasa masa aku dengar ni tau. Tunggu punya tunggu tak sampai juga, lastnya dear intai kat pintu tengok pintu rumahnya tertutup rapat. Tak jadi nak datang la kot, aku ngan dear pikir mungkin derang takut mak derang marah nanti. Maknya memang garang ok, kekadang aku pun naik kesian dengar maknya bebel-bebel. Tapi kekadang aku pun terikut sama bila time marahkan Zikri. Ish....

Pernah dear cerita ayah budak-budak tu tak tegur dear selepas dear bagi anak-anak derang makanan. Itu pun cuma buah pisang, kalau nasi entah macam mana la agaknya ek?

Aku pulak pernah masa nak ambil Zikri di rumah derang, derang mengadu lapar. Aduhai...luluh hati aku ni bila dengar derang mengadu begitu. Terbayang-bayang kalau la anak-anak aku mengadu pada orang lain.... Erk! Balik rumah ambilkan biskut kering 1 mangkuk, jadi la kan dari aku tak bagi apa-apa pun. Tapi derang boleh ambil sambil buat muka lagi...ish! budak-budak ni

1 cerita lagi, kebetulan akak ipar ada buat kuih dan kami biasa la kan main hantar-hantar apa yang lebih dan minta-minta apa yang kurang. Elok je akak ipar buka pintu rumah nampak derang ni dalam rumah terdiam terus dia. Aku pun nak ketawa tapi ish....takkan la kan. Kuih sikit nanti kalau nak syer-syer susah la, Zikri pula pantang nampak piring bertutup-tutup ni. Uih...nasib baik derang cepat-cepat balik selepas main ngan Zikri dan Ashraf. Kalau tidak macam mana la aku nak cover semua kuih tu.

Hari Sabtu lepas kami keluar membeli barang-barang dapur, sampai rumah mereka sibuk main diluar rumah mereka. Aku biarkan pintu terbuka biar mudah nak masukkan barang-barang. Mulanya mereka sibuk dengan dear di luar tapi bila dear siap angkat barang mereka pun join masuk dalam rumah. Aku tak kisah la kan, siap pelawa makan jajan, kebetulan itu je jajan yang ada. Mujur Zikri tak buat perangai kalau tidak pening aku. Dari pukul 1.30ptg sampai pukul 3.00 petang! hmmmm nak kata apa? bila tanya duduk luar buat apa, mereka jawab tunggu mak cik datang ambil nak balik kampung. Aku ok lagi la, tapi sekejap-sekejap tengok kat tingkap sama ada mak ciknya dah sampai ke belum.

Paling aku tak tahan bila remote astro mereka pegang, tekan-tekan sesuka hati walaupun aku, dear dan Zikri ada menonton sama. Menukar siaran mana yang mereka mahu dan gunakan volume yang agak kuat pada aku sebab masa ni dear tertidur penat melayang Zikri. Kebetulan Zikri buang air besar, aku bersihkan tapi bila aku keluar dari bilik air aku dengar makin kuat volume tv. Ish...ni yang boleh buat orang marah.

Tengok siaran TV9, pasang kuat-kuat siap baring-baring di sofa. Aku pun apa lagi, slowkan dengan remote TV dah alang-alang mereka tak lepaskan remote astro kan. Masih tak faham yang aku ngan dear nak juga berehat-rehat, main dengan anak-anak. Last sekali aku buat-buat tidur bila aku bagi Zikri susu dan susukan Ashraf. Ha......yang ni baru berkesan tapi makan masa juga la yang penting aku sabar dengan tidak tinggikan suara ataupun halau mereka keluar.
Terbayang-bayang sampai sekarang macam mana la aku nanti eh kalau masih bekerja bila anakku bila aku masih kerja. Malas nak fikir sebab itu aku dah letakkan satu keputusan nak resign dan duduk rumah bila Zikri mula sekolah. Lebih mudah aku hantar, ambil dan siapkan semua keperluan sama macam apa yang emak aku buat pada aku dulu. Tapi cara mereka berdua agak melampau, kalau alasan sebab nak tunggu mak cik sekalipun apa salahnya tunggu di rumah saja. Nanti mak cik dah sampai keluar la...TV9 boleh tengok di rumah sendiri, mengapa perlu tengok di rumah jiran? huh! tekanan sekejap aku petang tu. Dear? hmmmm kesian budak-budak tu, dah la mak ayah sibuk cari duit.

Moralnya tolong la jangan tinggalkan anak-anak sendirian di rumah, takut apa-apa hal jiran pula yang susah.

Kami Ber4 Ke Klinik & Mandi Manda

Assalam...

Mencari masa lapang sangat la terhad sekarang, di pejabat mungkin masih berkesempatan tapi kalau dirumah memang jarang-jarang sangat dapat online. Lebihkan masa melayan anak-anak dan menyelesaikan kerja di rumah.

29.10.2011 yang lepas genap Ashraf berumur 6 bulan. Sudah mula makan tapi teramat sedikit kalau dibandingkan dengan Zikri semasa umur 6 bulan. Masih menyusu badan dan insyaAllah kalau diizinkan Allah aku berharap mampu menyusukan sehingga umur 2 tahun. Sudah pandai merangkak dengan laju, tapi selebihnya suka mengesot agak laju dari merangkak! hahaha....sekarang apa yang bahaya tidak boleh letak dibawah.
Sudah pandai merangkak, suka membebel dan makin suka makan!

31.10.2011 Zikri genap 1 tahun 7 bulan. Bulan lepas selamat bawa ke klinik untuk dapatkan suntikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebab pergi klinik berempat. Leceh kalau pergi klinik dengan 2 hero ni.

Makan aiskrim sebagai upah bersikap baik sepanjang masa di klinik dan tak nangis lama bila kene inject.
Hujung minggu yang lalu (2 minggu lepas) kami bercuti berempat ke Sungai Lepoh bersebelahan dengan Sungai Congkak. Hah! layan mandi air terjun ok, memang seronok tapi Ashraf takut dengan air terjun. Zikri memang suka sangat sampai tak mahu naik.

Kami sewa sebuah chalet dengan harga RM50.00 untuk sepanjang hari. Makan tengahari pun kami beli di kedai yang ada. Maklum saja perancangan last minute. Yang penting enjoy sepanjang masa berempat di sana.

Suka Zikri dapat main air sejuk-sejuk

Ashraf penakut dengan air terjun
Selepas anak-anak bangun tidur baru lah kami gerak balik klang. Itu pun nasib kami gerak balik awal sebab tak lama selepas itu hujan turun, maklum saja la kalau mandi masa hujan itu kan bahaya.

Sangat enjoy! sapa kata sudah ada anak 2 tak boleh nak bergembira?hahhaha...aku fikir lagi gembira ada la sambil tengok gelagat anak-anak ni. Tapi tolong jangan serahkan aku 2 anak ini sekali gus untuk aku kawal kalau diluar rumah. Hehe pengsan!