Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, October 31

Kertas

Assalam...

Bertimbun-timbun kertas aku susun dalam almari dan ada jugak kertas yang aku selesa letakkan dekat dengan tempat duduk aku. Untuk apa? ehmmm kertas yang banyak-banyak semua ni adalah kertas yang dah pun digunakan tapi aku rasakan rugi jika gunakan pada sebelah kertas sahaja mengapa tidak gunakan 2 belah bahagian kertas yang ada kan. Jadi bulan lepas bos buat gotong royong besar-besaran di bilik engineer sana dan hasilnya dapatlah aku sebahagian kertas terpakai.




Ada banyak lagi tapi yang itu aku simpan di almari di dalam bilik engineer, kalau aku ambil semua aku pening kepala pula nak letak di mana. Simpan dalam almari dan nanti aku akan gunakan sedikit demi sedikit sehinggalah habis. Insyaallah...berjimat sedikit la kan walaupun aku tahu company ada peruntukan untuk membeli kertas A4.

Dapat memudahkan aku juga kerana aku senang gunakan kertas terpakai untuk copy apa juga drawing sebelum di imbas dan di emailkan kepada supplier. Selepas habis guna boleh terus buang. Bos-bos pun pernah pass kertas terpakai mereka pada aku dan kawan-kawan. Kertas terpakai tak digunakan langsung di bahagian akaun dan juga admin sekarang.

Pada aku itu satu kerugian besar buat company yang menanggung kos untuk membeli kertas. Kerugian 1 hal, alam sekitar lagi 1 hal kan. Jadi berjimat begini dapatlah kami menjimatkan jumlah pokok yang ditebang. Harap-harap la kan...

Jom kita berjimat cermat!

Friday, October 7

Penat!

Salam…


Tiba jumaat yang amat memeningkan kepala dan tubuh badan. Masuk-masuk office pagi ni kebetulan terlambat jadi terus berkejaran sarapan dengan aman di pantry sana. Hmmmm hari ni ada 1 tender ‘international’ nak close. Sudah pasti kelam kabut walau pun bukan totally aku yang handle. Sejak semalam lagi geng contract department aku dah kucar kacir aku tengok. Bos siap stay back sampai lewat malam di office dan geng contract pula siap buat kerja dirumah masing-masing hingga awal pagi. Oh…. Mujur aku tak terlibat kalau tidak maunya terpaksa mendengar bebelan percuma dari dear!

Alhamdulillah walaupun ambil masa agak lewat tapi selesai juga kerja nan satu itu. Syukur dengan adanya kerjasama yang telah diberikan. Sekarang menunggu keputusan Berjaya ataupun gagal. Heh! Project besar ni jarang-jarang kami boleh dapat job tapi apa salahnya mencuba kan.

Tunggu esok atau pun minggu hadapan, nak cerita pasal aku berdating….tengok movie berdua-duaan, paling penting ada habuan yang dear dapat hari tu. Ceh! Habuan la sangat kan..ok apa-apa hal nanti-nanti la ye.

Selamat berhujung minggu!

Monday, October 3

Oh Anak-Anakku

Assalam…


Sudah masuk minggu baru dalam bulan baru. Sekarang sudah cecah oktober…Zikri Amar sudah 18 bulan dan Zikri Ashraf sudah 5 bulan. Sepantas kilat rasanya masa berlalu.

Sibuk nak minum guna mug besar kami juga.


Budak ini makin lama makin nampak kecomelannya... :p
 Zikri Amar sudah pandai melalukan macam-macam hal kecuali bercakap. Asyik sebut perkataan ‘nak’ je yang lain masih belum nampak perkembangan lagi. Tapi kalau apa yang aku dan dear cakapkan mau pun arahkan dia faham dan boleh diharap untuk ambilkan kami apa-apa juga barang.

Sudah pandai jaga adik ok, kalau sebelum ni lebih suka nak menggigit adik tapi tabiat tu sudah hilang..syukur Alhamdulillah kalau tidak susah la nak tinggalkan mereka berdua walau ke bilik air sekalipun. Tapi entah mana dia dapat idea baru lagi kejam….duduk atas adiknya! Huh….rasa macam nak lempang laju-laju je bila nampak dia dah kangkang atas adiknya dan nak jatuhkan bontotnya yang maha la berat pada adiknya. Ish….sadis sungguh ada anak kecil ni kan.

Zikri Ashraf masih sibuk angkat bontot dan maju ke depan. Bukan setakat maju kedepan tapi sudah meninggalkan tilamnya lagi. Ehm…kadang-kadang sampai ke dinding bilik atau pun hampir dengan sofa. Ayark…ini satu hal.

Ashraf masih tak kuat menyusu tak kira siang atau malam kalau dibandingkan dengan abangnya yang terpaksa mengejutkan kami setiap sejam semasa berusia sama dengan Ashraf dulu. Sekarang 2 3 jam sekali baru kami buatkan susu atau bila malam hari tunggu saja dia menjerit baru lah kami akan siapkan susunya. Hahahaha…

Insyaallah hari rabu ni ada temujanji di klinik desa di kampong. Rasa macam nak ambil cuti MC atau pun Emergency Leave je. Sebab apa? Dear cuti juga hari rabu nanti, takkan aku nak bawa 2 orang anak pergi klinik. Zikri dan Ashraf nak injet takkan aku nak pegang dua-dua tambah pula Zikri lebih selesa dengan ayahnya sebab aku dah tak larat nak dukung dia lama-lama sejak dia mula pandai berjalan. Dukung dari bilik air ke ruang tamu pun aku dah tak larat inikan nak dukung jauh-jauh…pengsan!

Harap-harap check up untuk 18 bulan Zikri dan 5 bulan Ashraf akan berjalan lancar, kalau mereka ok boleh la aku dan dear keluar tengok wayang…teruja dah lama tak keluar tengok wayang berdua-duaan…. Oh!

Saturday, October 1

Kenangan 2 Tahun Lalu

Assalam…

(entry kali ini adalah entry khas untuk memperingati 2 tahun aku kehilangan arwah bapa tersayang jadi sila jangan emosi ketika membaca)

2 tahun telah berlalu, dari Zikri masih baru beberapa bulan di dalam rahimku dia telah meninggalkan aku dan keluarga dalam keadaan yang teramat menyayukan hati kami. Bila ku ingatkan cara arwah meninggal itu agak amat menyayatkan hati aku.

Luluh jiwa bila dikejutkan dengan berita itu namun aku tak mampu bertahan, air mata jatuh berderaian bila aku teringatkan arwah! Kasih sayangnya tidak pernah berkurang walau sedikit sekali pun. Mungkin ada benar apa yang orang kata, bila orang yang kita sayang tiada barulah kita tahu betapa kita sangat beruntung. Ya aku dan keluarga antara orang yang beruntung dapat bapa yang baik, suka bergurau senda dan suka membantu di kala kami dalam kesusahan.

Tak perlu berniat mahu menghantar arwah dan mak naik haji, tak perlu sediakan arwah tempat tinggal yang selesa dan tak perlu menyediakan makan minum yang mewah dan lazat. Arwah telah berusaha sendiri untuk miliki semua itu tanpa bantuan kami adik beradik.

Arwah naik haji dengan hasil wang persaraan dari KWSP ketika aku dalam darjah 5. Aku ingat ketika itu aku dapat merasa keseronokan menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya. Dari 5 orang anak aku dipilih! Mungkin ketika itu aku masih kecil di hati mereka.

Rumah kami adalah rumah pusaka arwah atuk yang memang tidak pernah kami adik beradik dapat berjumpa. Arwah atuk meninggal ketika arwah bapa masih kecil lagi. Arwah bapa renovate rumah pusaka sebelum arwah pergi menunaikan haji menggunakan baki wang persaraan yang diterima. Syukur sangat-sangat walaupun kini rumah pusak arwah sudah mula rosak di sana sini. Kami adik beradik sudahpun meletakkan kepercayaan dengan memberikan rumah pusaka kepada Yang atau anak ke3 arwah. Kebetulan Yang tinggal di kampong. Lebih mudah untuk menguruskan rumah pusaka ini.

Arwah jarang mahu ikut kami adik beradik makan di luar. Arwah lebih selesa makan apa yang mak masak. Arwah cerewet tentang makanan kalau selain mak yang masakkan. Tapi emak suka masak-masak jadi tak ada hal la untuk arwah makan-makan.

Arwah rajin ke masjid sejak aku jejak kaki masuk kesekolah menengah. Sampai ke akhir hayatnya arwah sangat rajin kemasjid hampir setiap waktu solat. Arwah akan bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap-siap ke masjid, balik rumah pukul 7.00 pagi..kadang kala arwah singgah belikan mak nasi lemak dan kuih muih.

Arwah seorang yang suka bergurau senda. Ini paling aku suka! Tapi bila tiba masa kami buat salah arwah akan marahkan kami.

1 perkara tak sempat aku nak laksanakan, aku teringin nak bawa arwah jalan-jalan bercuti. Pernah aku dan dear merancang selepas kami berkahwin mahu bawa arwah dan mak ikut kami honeymoon bersama tapi ketika itu mak demam dan selang 2 hari kemudian arwah pula demam. Perancangan tinggal begitu saja, maklum saja bila sudah jadi milik orang masa untuk keluarga jadi terhad.

Semua tentang arwah buat aku rindu sangat-sangat! Masa berlalu terlalu pantas, banyak perkara dapat kami berikan pada arwah. Bila tiba hari raya arwah pasti dapat lebih banyak baju dari emak. Arwah tidak lokek dengan senyuman…..mau pun kata perangsang menaikkan semangat.

Kini arwah tiada lagi, semoga arwah berada dalam lindungan Allah SWT.