Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, September 30

Hilang Seorang Lagi Kawan

Assalam…

Sudah masuk hari Jumaat untuk minggu yang agak memenatkan aku dan rakan-rakan lain yang ada di sini. Maklum saja sekarang telah melalui fasa ‘peak season’ untuk tender. Oh…sila jangan merungut kerana ini kerja anda dan ini punca rezeki anda, jika anda tidak sedia melakukannya sila hantarkan surat yang sepatutnya kepada pihak HR! ahaks!

Tengahari semalam dapat juga meluangkan masa makan tengahari bersama teman-teman sebangsa makan beramai-ramai di medan. Bukan medan di Indonesia sana tau tapi di medan makan. :P jarang-jarang dapat makan beramai-ramai selalunya makan bertiga je hari-hari. Agak-agak la kan 3 tu tak ramai ke eh? :)

Kebetulan pagi semalam aku Cuma bawa roti sandwich untuk sarapan, dapat pula dengar cerita panas pagi hari mula lah tak keruan. Teman meja sebelah berbesar hati nak belanja makan jadi rezeki jangan di tolak, maut jangan di tempah! Kami keluar dari office berempat menaiki 2 kereta menuju ke medan makan. Di sana menanti seorang lagi teman untuk dibelanja makannya. Menu biasa kami nasi ayam, tapi hari ini mungkin hari terakhir kami makan bersama. Insyaallah seorang teman telah membuat keputusan untuk meninggalkan company ini. Sedih ok!

Hilang lagi seorang rakan melayu di sini walaupun dia tidak selalu ada di office tapi kami agak rapat bila berjumpa. Aku dan dia masuk kerja di company ini dalam bulan yang sama, selalu berjumpa bila dia ada urusan di office. Pernah meluahkan masalah tetapi setakat manalah yang mampu nak menolong aku pun berjawatan kecil disini. Maka inilah pengakhirannya bila hati sudah tidak mampu bertahan dan bersabar.

Moga-moga apa juga yang dilakukannya selepas ini Berjaya hendaknya. Harap-harap permohonannya untuk bercuti sebulan tanpa gaji di luluskan dan dalam tempoh itu dapatlah hendaknya dia pekerjaan yang baru. Pelik kan? Cuti sebulan tanpa gaji dan berhenti kerja. Hmmmm jangan di Tanya lebih-lebih jika orang sudah tawar hati.

Ok, semoga hujung minggu anda ceria sentiasa. :)


Orang bakal meninggalkan kami semua dalam bulatan.

Monday, September 26

Puasa 6 2011

Assalam...

Dalam kepenatan, lelah bekerja masih mahu tinggalkan sedikit coretan hati. huahahaha...:p

Serius penat pasal sekarang masuk 4 tender terpaksa aku jaga sendirian kerana kawan lain ada tender yang perlu di jaga. Ehm...menguji kesabaran? ini la masanya la kan nak tengok aku sabar atau tidak!!!

Tinggal 2 hari lagi bulan syawal dan tinggal 2 hari lagi untuk aku puasa 6. Ish...sudah hujung-hujung waktu rasanya kan tapi InsyaAllah aku mohon pada yang Esa semoga aku dipermudahkan untuk menamatkan puasa 6 namun jika takdir tidak berpihak aku tetap redha kerana Allah tahu apa yang lebih baik. Oiitt ni kes puasa 6 je...kecoh betul la pulak aku ni kan! hehehehe

Dah 2 tahun tak buat so tahun ni teringin sangat nak buat tapi kekangan masa dan kesihatan telah membatasi untuk tamatkan dengan lebih awal. (dek kerana period dan pening kepala yang agak teruk)

Ok lebih baik tamatkan di sini dan lebih baik berkemas-kemas barang-barang untuk aku balik, mahu bergembira dengan 2 jejaka kesayangan dan jika seorang lagi jejaka pulang kerja awal boleh la bertambah bergembira berempat! :)

Thursday, September 22

Tiga Kata

Assalam...

Fuh! penat ni tengah ada banyak kerja, tender masuk berduyun-duyun minta aku kerja kan satu persatu sampai naik malas nak buat pun ada. Heh!

Sekarang tengah angau melayan lagu KRU ni, Tiga Kata... 5 star aku bagi pasal aku memang peminat setia KRU sejak dari zaman sekolah lagi tau. Jom nyanyi dan hayati la lirik nya....mari kita bercinta!

Tiga Kata - KRU

Wo ai ni

I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya

Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Monday, September 19

Raya & Rumah Terbuka

Assalam...

Wah!! dah masuk minggu ke 3 raya, aku baru sempat laksanakan baru 2 hari dari 6 hari puasa 6. Ish....nak puasa hari ni cik 'P' datang pula. Sabar je la kan. :)

Jumaat lepas cuti hingga hari ahad so ada masa panjang untuk jalan-jalan beraya dan pergi ke rumah terbuka orang lain. Heh!

Jumaat duduk rumah layan 2 orang hero terbaik yang ada. Sempat masakkan untuk mereka bubur lambuk, kebetulan dear masuk kerja lepas solat jumaat tu yang dapat masak kalau tidak jangan harap la nak masak bagai.

Sabtu tengahari keluar pergi rumah mak cik di Petaling Jaya, Subang Bestari dan Kota Damansara. Tak lupa sebelum nak jejak kaki balik rumah sempat singgah minum air di rumah zura-baharudin yang buat rumah terbuka. Nak lepak lama tak berkesempatan dek kerana 2 hero terbaik aku tidur dalam kereta. Dear duduk tunggu la tak dapat naik, zura sanggup turun semata-mata nak tengok anak-anakku...hehehehe. Sorry la Zura aku tak amik makanan pun pasal memang dah full perut ni. Next time ada apa-apa senang aku dah tau umah ko ok.

Sampai rumah maghrib, bawa mandi Ashraf ingat nak tidurkan lepas maghrib tapi mak kata nak datang so tunggu dulu la kan biar dia main ngan opah dan sepupu. Zikri paling suka bila ada orang datang rumah tapi asyik la nak gigit tangan orang, yang ni memang buat aku pening sampaikan tak tau dah nak larang macam mana. Mak tidur kat umah dan bertolak balik kampung tengahari hari Ahad.

Ahad lepas mak balik singgah umah MIL tapi tak singgah pun rumah terbuka sepupu dear di sebelah rumah MIL. Segan gila nak singgah pasal aku datang umah MIL pakai baju T je. kata nak pergi rumah terbuka kan biar la pakai yang sopan sikit.

Balik rumah tidurkan Ashraf, siap-siap rumah dan barang-barang yang nak dibawa dan siapkan senarai barang yang nak dibeli. Lebih kurang pukul 2 baru gerak pergi rumah Zila, sepatutnya aku datang sabtu coz anaknya sambut birthday tapi tak berkesempatan, mujur zila ada di rumah ahad tu. Ish...sedang counting untuk 2nd baby, hope dia dapat la baby gurl! amin....

Ke Giant Kemuning Utama nak belanja cari barang dapur, padahal aku bagitau dear kata beli di Econsave pun boleh. Tapi dear rajin nak pergi sana aku ikutkan juga la. Ehmmm sayangnya, dear terpaksa tunggu Ashraf tidur dalam kete pasal kami tak bawa stroller, maklum saja la nak pergi shopping pasti bonet penuh kan. Sabar je la. Aku dan Zikri keluar jalan-jalan cari barang, mujur Zikri tak buat perangai walaupun dia mengantuk. Anak-anak aku ni kuat tidur tu yang susah nak keluar jalan-jalan jauh. Hahahah...

Malam duduk rumah je, esoknya kan nak kerja. Tapi aku pula kene sakit kepala, alang-alang nasi semua dah siap masak aku minta izin dear nak tidur sekali ngan Ashraf. Kul 3 pagi pun sama masih terasa lagi sakitnya tapi tak kuasa aku nak telan ubat je kan, baik sambung tidur. Kul 5 pagi bangun susukan Ashraf ingat nak bangun jemurkan kain dan basuh pinggan tapi bila nampak Zikri bangun aku sambung tidur lagi. Kul 6 bangun settlekan kain dan pinggan, sempat pump susu untuk bekal Ashraf. Syukur pagi-pagi dapat 5.5oz sekali perah.

Pendek kata 3 hari cuti memang memenatkan, tapi kalau duduk rumah saja pasti rasa bosan amat kan...hehehehe

Thursday, September 15

Jangan Tertipu

Assalam…

Korang pernah terima email ni tak? Kerap sangat aku dapat sampaikan kadang kala setiap hari pun ada. Sekarang tengah banyak email untuk bank islam pula. Main tukar-tukar la pulak eh. Harap-harap tidak ada orang yang percaya la dengan email ni la.

Sebenarnya aku tak ada akaun dengan Maybank pun so untuk apa la maybank ni nak email kan kat aku pasal ni kan. Bank yang aku ada tak pula derang nak bagi? Hehehhe…tak akan ku percayakan langsung dengan email menipu ni.


Peti Ais Or Deep Freezer?

Assalam…

Sejak bercuti raya yang lepas langsung tak dapat nak buat stok lagi, makanya stok yang ada sekarang adalah 5oz sahaja. Sistem yang aku gunakan sekarang adalah perah hari ini untuk esok. Aduhai…Ashraf dah 4 bulan setengah sekarang dan mood penyusuan dia masih sama tiada perubahan maupun peningkatan penyusuan semasa dirumah Mak Lang. syukur!

Berniat untuk membeli sebuah peti ais baru tapi bila difikirkan ada baiknya kalau aku beli deep freezer terus kan. Harga lebih murah dari beli peti ais baru, bulan puasa lepas ada jalan-jalan di Tesco Klang nampak satu deep freezer jenama apa aku pun dah tak ingat pulak Cuma RM 600.00 je. Dear pun kata ok juga pasal sayang nak buang peti ais sekarang pasal masih boleh digunakan lagi. Lagi 1 kalau beli deep freezer EBM boleh bertahan 6 bulan ke setahun! Ini yang aku suka pasal takut bila-bila masa akan alami kemerosotan susu ni kan. Ujian Allah mana kita nak duga kan?

Wednesday, September 14

Hilang Seorang Kawan

Assalam...

Sayu pagi ni, bukan apa ramai yang tak masuk office dek kerana serangan batuk, demam dan maupun selsema. Ayark! sabar je la kan, aku pun dah merasa juga.

Paling tak dapat nak menahan ada sorang lagi melayu di office aku ni nak berpindah kerja di Johor. Aduhai...walaupun kami berlainan syarikat tapi kami berada di bawah 1 bumbung yang sama. Kuantiti pekerja melayu tidak kurang kerana dia sudah ada pengganti yang berbangsa melayu juga. Tapi orang baru kan, masih malu-malu bila di sapa.

Semoga berjaya apabila berada ditempat baru!



Tuesday, September 13

Sikap Orang Malaysia Kot

Assalam…

Gambar lukisan tangan oleh ku... :)
Pagi tadi masa tengah drive datang office ada kemalangan melibatkan 3 buah kereta. Ish…tak tau la nak kata apa, ingatkan kenapa jalan nampak jem je rupanya ada kemalangan.

Berpandukan gambar lukisan aku di atas aku datang dari arah 'A' nak ke arah 'B'. Tak perlu nak redah jem maupun kereta yang terlibat dengan kemalangan. Tapi tiap kali petang masa aku balik memang kereta dari arah 'C' tu tak pandai nak slowkan kereta. Malah makin laju lagi ada la, tapi itu bukan salah mereka so untuk yang dari 'A' yang lebih menjadi penyebab kepada kemalangan bila mereka sentiasa mahu keluar cepat.
Keadaan orang yang terlibat aku tak tau la pulak kan, aku malas nak ambil tahu pasal aku dah lewat nak pergi office. Lebih baik aku buat hal aku sendiri daripada perhatikan kemalangan tu.

Tapi kan rasanya rata-rata rakyat Malaysia ni pantang nampak ada kemalangan. Tak kira kemalangan besar apalagi kemalangan kecil. Walhal nampak orang jatuh motor pun sibuk nak tengok juga kan. Terkadang dah nampak macam menyibuk je.

Tapi pagi ni tak ramai kot orang yang tengok pasal time tu orang tengah sibuk nak pergi kerja takkan pula derang rajin nak tengok orang kemalangan ni. Cuma jalan jadi jem sebab kereta yang terlibat blok laluan kereta lain nak lalu.

Pernah aku dengan kawan-kawan 1 office tengok kemalangan jadi betul-betul depan mata kami. Aku tak rasa pula nak tengok keadaan orang yang terlibat, cukup la aku tengok macam mana dia jatuh atas jalan raya tu ok. Kesian bila teringat aksi derang jatuh!

Masa balik Klang raya lepas pun kami tempuhi jem di Plus highway dek kerana orang ramai perlahankan kereta nak tengok keadaan kereta yang terlibat. Aduh!!! Sabar je la kan. Padahal lepas je kami lalu kawasan kemalangan trafik pun terus lancar. Nampak sangat la mereka-mereka sibuk nak ambil tahu kan. Untungnya aku duduk dibelakang dapat la aku tengok keadaan kereta yang berlanggar dan dear cuma dapat dengar je cerita dari mulut aku. Ish…kira ok la tu kan? :)

Pendek kata jangan la perlahan kereta semata-mata nak tengok kemalangan nanti silap-silap anda pula yang terlibat dengan kemalangan tanpa sengaja.

Aku Bersyukur PadaMu

Assalam…

Sedang mendengar radio Era.FM. Dengar-dengar ada info tentang isteri siapa ntah la tengah bertarung nyawa mahu bersalin. Ouh…tiba-tiba teringat kisah aku bersalin 2 orang anak lelaki yang boleh dikatakan “mudah” dan “pantas”. Syukur pada Allah kerana aku diberikan kemudah untuk melahirkan setelah diberikan dugaan bertahun untuk mendapatkan zuriat.

Dengar kata isteri orang itu sudah diberikan epidural dan sekarang sedang berehat. Ehmmm epidural? Aku belum pernah merasa lagi. Alhamdulillah Allah bagi aku peluang untuk merasakan segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Semasa bersalinkan AShraf di pusat bersalin swasta pernah juga ditawarkan oleh SN disana tapi aku tolak dengan baik kerana aku masih mampu menahan segala kesakitan pada masa itu.

Allah berikan aku kekuatan untuk bertahan dan bila tiba masa untuk “mengeluarkan” baby barulah kesakitan sebenar dapat aku rasa. Allah maha kaya, maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mujur aku diberikan kesabaran dan kekuatan yang tinggi kalau tidak maunya aku dah rasa epidural tu.

Kawan berbangsa Cina 1 office aku ni pernah ambil epidural untuk 2 orang anaknya. Tapi sayang sekarang selalu mengalami sakit pinggang yang agak teruk. Ini diakui oleh dia sendiri dan Dr pernah bagitahu itu adalah kesan jangka panjang epidural. Aduh…

Tak tahu kenapa perlunya aku keluarkan entri ini….aku sendiri tertanya kenapa ye….tapi yang pasti aku adalah antara insan bertuah dapat merasa pahitnya bila tiada anak apabila 3 tahun berkahwin dan manisnya bila dikurniakan 2 orang anak lelaki dalam masa yang agak pantas berbanding dengan orang lain. Apa yang mampu aku katakan hanyalah SYUKUR padaMU Ya Allah!

Update 14/9/2011 @ 9.20 pagi...

Baru je dengar merisik kabar di radio Era, rupanya Hanif yang nak dapat baby. Oh terharunya kan bila dengar Hanif bagitau isterinya kuat bila tiba masa nak bersalin. Isterinya tidak mengalirkan air mata tetapi dia mengalirkan air mata bila melihat dan mencium babynya sendiri. Kuasa Allah kan, wanita akan lebih kuat bila tiba masanya. :)

Counting for 2! muka senyum tapi dalam hati berdebar-debar sangat tapi cover je la

Monday, September 12

Ceriteraya 2011

Assalam...

(Orang lain dah lama publish story pasal raya ni aku baru je baru nak publish).
Raya pertama pergi rumah mertua pukul 10 lebih, ingatkan semua yang lain dah sampai tapi rupanya langsung tak ada siapa-siapa kecuali MIL ngan adik ipar je. Aduh! bosan menunggu la jawabnya. Nak mengumpulkan adik beradik pun susah betul. Maklum saja la kan adik bradik ipar ni ramai.



Zakat untuk 4 orang


Susu dan tidurkan Ashraf dalam kereta sehari sebelum hari raya, berjalan mencari baju melayu sedondon untuk anak-anak.
 
Semua kuih ni saya yang punya tau!


Tengahari baru bermula sesi salam bermaaf-maafan, tiap tahun kalau beraya di Klang mesti akan ada sesi mengangis. Ish...yg ni lagi tak best ok, tapi nak buat macam mana abang ipar & akak ipar semua touching gile bila raya sejak arwah bapa mertua meninggal. Tingat arwah bapa aku juga, tanggal 10 syawal lepas sudah 2 tahun meninggalkan kami adik beradik.

Petang raya jalan-jalan pergi rumah jiran-jiran sehingga pukul 6 petang. Tema kami berempat kaler peach. Anak 2 berbaju melayu dan ayahnya. Malam raya pakai kaler ungu dan anak-anak pakai baju melayu tak berapa nak dondon. Ahaks! Kami beraya di Sungai Udang tempat mak cik sebelah MIL.

Raya ke 2 sambung beraya di Sg Udang, Kg. Delek dan sebuah rumah nenek sedara di kg je. Tema kami 2 org coklat, anak-anak pulak kaler biru. Hish apa salahnya kan, sekali sekala berbeza warna. Malam pula rehat pasal petang tu abes beraya kul 7 malam jugak la.

Pagi raya ke 3 baru nak kemas-kemaskan barang nak balik Perak. Uish....aku mmg suka buat kerja last minute cam ni, mana tidaknya dengan anak dan suami sibuk tolong sekali mesti la cepat siapnya dari biasa. Hahahha... Pukul 12 tengahari gerak pergi rumah akak ipar di Sg. Kandis. Dia buat rumah terbuka so datang sana untuk acara makan-makan, paling terbaik kami adalah family pertama yang tiba sebab acara sepatutnya bermula selepas Zuhur. Kami bertolak balik kampung selepas zuhur dan sampai kampung pukul 5 lebih. Tiada jem dan sebarang kesesakan lalu lintas yang kami tempuhi. Alhamdulillah :)

Malam di kampung plan nak pergi jalan-jalan ke rumah opah tapi anak-anak pula tak izinkan nak jalan-jalan. Duduk rumah layan tamu yang datang je la. Raya ke 4 kami 2 kereta pergi beraya di Ipoh rumah mak cik dan pak cik adik-adik mak. Derang balik tapi masa raya pertama je jadi tak dapat nak jumpa itu yang kami pergi beraya kerumah mereka pula. Hari jumaat kan makanya terpaksa beraya lama sikit dari biasa. Hahahah..mak cik pun boleh layan kitorang adik bradik kan.

Malam keluar beraya rumah abang sekali dah sampai sana tak ada orang pula. Ish...derang keluar pergi Changkat Lada beraya rumah kawan. Kami singgah kedai beli apa yang patut buat mak dan balik rumah pasal Ashraf pun dah tidur kesian pula kalau nak singgah beraya lagi.

Raya ke 5 aku diserang demam! huh ini paling tidak menahan. Kami sepatutnya balik hari ini tapi dear tunda pasal mak nak masak lemang. Hahahha hantu lemang juga dear ni. Plan nak pergi rumah kawan yang berkahwin hari tu tapi asyik baring-baring je memang 1 benda pun tak jadi. Dear pun bising-bising, sorry la sayang....dah demam apa lagi yang nak dibuat kan... (alasan semata).

Pagi raya ke 6 siap-siap barang untuk balik ke Klang semula, esok dear kerja. Tapi bertolak lewat sikit pasal mak nak masakkan rendang kerana rendang semalam dah abes bagi kat abang-abang aku. Tunggu juga la, kul 10 lebih baru bertolak, mujur mak tang masak-masak ni memang hebat! :)

Kami plan nak keluar awal pagi sebab takut jalan jem, mak cik balik petang sabtu raya ke 5 tu pun SMS bagitau derang tersangkut dalam jem teruk di PLUS. Abang yang balik dari Kedah raya ke 4 tu pun alami jem di PLUS. Ehmmm itu yang kami ambil keputusan ikut PLUS juga tapi bertolak awal pagi. Mujur tiada jem kecuali di susur keluar ke Bidor jem sedikit dek kerana kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta. Jem sebab kereta slow driver sibuk nak tengok keadaan kemalangan. (Sibuk je la derang ni kan?)

Isnin aku masih bercuti kerana ada appoiment bawa Ashraf pergi klinik desa. Alang-alang appoiment tu pukul 11.30 pagi lebih baik aku ambil cuti, silap-silap derang suh aku datang petang pula. Kata nurse tu dia akan call kalau dr boleh stay sampai petang. Selasa aku ambil MC pasal serangan batuk bertubi-tubi. Dr bagi ubat batuk yang light atas permintaan aku kerana aku masih menyusukan Ashraf, takut kesannya teruk pula pada Ashraf. Mujur Ashraf baik-baik saja. :)

Pendek kata memang beraya sakan, maklum saja la kan dah anak 2. Beraya 2 tahun berturut-turut sebagai seorang mama, tahun ke 5 beraya sebagai isteri dan paling sadis puasa tahun ini tidak penuh. huaaaaa...10 hari tu, tension je kan bila fikir perlu mengganti puasa. Sabar je la kan, paling suka baju-baju 5 tahun lalu aku masih boleh pakai lagi. :p

Selamat Hari Raya! Baju tunang 6 tahun lepas masih boleh pakai lagi..yahooo