Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 25

Rindu Berblog

Assalam...

Wah...lama gila rasanya tak mengupdate blog ni. Tak sempat sesangat nak menyentuh. Tambah-tambah pula sejak masuk kerja ni bertimbun-timbun tender masuk. Ada yg mengejar katalog dan ada juga yang mengejar sebut harga dari supplier. Uih...silap-silap kami balik yang dikejar mereka..hahaha

Sabtu lepas ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5, ish sekejap je kan. Tak ada apa-apa celebration yang istimewa pun pada tarikh itu maybe pasal aku pun tak kisah sangat. Eh kisah juga tapi buat tak heran la pasal date tu aku terpaksa kerja juga. Sabo je la.....kene pulak hari tu dear off...cit sgt tak adil! ni yang nak marah bos ni.

Dah aku kata tak ada apa celebration la kan, ahad semalam aku masakkan kuih apam. Konon boleh la potong-potong makan ala-ala kek tapi dek kerana letih kul 9 malam je aku terus tido sekali bila tidurkan ashraf. Sabo je la dear, mujur dear dah makan dengan kawan-kawan sebelum balik rumah. Pagi-pagi bangun rasa macam kebulur sangat. :) mengantuk telah mengatasi segalanya. Tambah-tambah pula letih layan anak ber2 dirumah.

Sekali sekala tinggal berdua dirumah seharian memang enjoy tapi ada juga penatnya. Kerja rumah jangan harap la nak siap, ada saja kerja yang tergendala. Sabar aja la kan bila anak dah 2 ni. Rasa macam kejutan pun ada. Malu gila bila orang datang rumah tengok rumah bersepah dan tak kemas. Bukan masalah tak kemas tapi dah naik malas nak kemas pasal tak lama pas kemas Zikri akan sepahkan mainan nya lagi. Baik aku tolak tepi mainan dia tu...dari pada berulang kali nak aku kemaskan. (dasar pemalas punya mak la aku ni)

Perihal susu...Alhamdulillah masih diberikan susu yang banyak lagi. Teringin nak mencuba pelbagai supplement yg ada tapi nanti dulu. Ketibaan bulan ramadhan nanti harap-harap susu sentiasa ada seperti sekarang dan mampu berikan yang terbaik buat ashraf. Kalau ikut sejarah masa zikri dulu susu mula susut masa bulan pose ni la. Mengharapkan keberkatan bulan pose semoga susu banyak. :)

Monday, July 11

Masa Aku

Assalam…

Ouh,penatnya aku sekarang ni…terkejar-kejar kesana-kemari. Rasa macam feed up pun ada tapi sabar la kan, ini baru permulaan. Lagipun tak lama je lagi, lepas ni bila si adik sudah pandai merangkak maupun berjalan juga pastinya lebih mencabar emosi dan minda aku. Heh! Macam mana nak tambah anak lagi ni ek?(ada hati lagi nak tambah anak aku ni pasal kalau boleh nak gegurl plak!)

Isnin hingga jumaat, pagi aku bermula pukul 6 pagi. Mandi, solat siapkan beg-beg baju anak, beg aku dan juga masakkan sarapan kalau rasa nak sarapan kalau tidak roti maupun biskut pun dah cukup. Mujur dapat suami yang tak memilih bab makan minum ni.

Pukul 7, kekadang si abang dah mandi pasal biasa dia suka bangun awal kalau belum ini tugas ayah untuk mandikan dia. Si adik biasa jarang sangat bangun awal kecuali bila si abang kacau. Kesian kan. Pukul 8 pagi semua cargas keluar rumah, kalau ikutkan aku sebelum pukul 8 lagi aku nak semua keluar pasal nanti aku mesti lambat sampai ofis, dah la bos sekrang rajin pula masuk awal. Gile kalau kena tangkap dengan bos.

Balik ofis kul 6petang sampai umah mak mertua kul 6.30petang. itu pun kalau tak singgah mana-mana dan tidak ada jem di mana-mana. (jarang sesangat jalan yang aku gunakan jem) kemas-kemas barang, tunggu MIL solat 6.45 petang baru keluar umah MIL. Rumah MIL ngan rumah aku lebih kurang 5 minit je, ok la kan dekat senang sikit. Si abang akak ipar dah bawakan siap-siap dan tinggalkan di rumah akak ipar sebelah rumah aku senang sikit tak payah dia nak ulang alik bawa naik moto dan aku tak payah pening kepala nak bawa 2 orang kanak-kanak dalam 1 masa. Hahahahaha

Kul 7 malam siap masukkan semua beg dan barang yang berkaitan. Duduk sambil bagi adik susu yang si abang pun sibuk nak susu jugak tak pun dia asyik nak kacau si adik je. Biasa dia akan main apa-apa mainan dan tunjukkan dekat adiknya. Ehmmm payah kan nak bagitau kat abang ni yang adiknya tak pandai main lagi. Sabar sangat-sangat je la aku. Kalau nak makan nasi malam tu aku akan masak nasi sambil layan mereka berdua la.

Kul 7.30 atau 7.45 malam baru dapat mandi dan solat itu pun setelah dibuat pelbagai cara untuk bagi abang tidak kacau adik. Solat pun aku solat kat ruang tamu rumah pasal biar mereka berdua Nampak aku ada dekat dengan mereka walaupun solat tu tak sampai 10 minit pun tapi biar la aku solat depan mereka. Senang sikit hati aku. :)

Kul 8malam kekadang dear dah balik kekadang tidak. Sambil masak basuh kain, tengok-tengok anak-anak yang berdua tu main jangan sampai zikri kacau ashraf pula. Pasal pernah terjadi bantal adiknya ditarik. Ish….mujur la adiknya tak nangis. Gewam sekejap!

Kul 8.30 boleh siap masak pasal biasa aku akan masak simple-simple je la, kecuali kalau dear ada baru la boleh masak renyah-renyah pasal ada yang boleh tolong tengokkan anak-anak. Selalunya aku dengan dear makan lewat malam pasal kami selesa bila makan sama-sama bila anak-anak dah tidur. Kalau dear balik lewat sangat aku akan makan sorang-sorang sambil suapkan zikri. Sekarang apa yang kami makan semua dia nak makan juga.

Selalunya adiknya pukul 9 dah mula nak tidur tapi kalau si abangnya pula susah sikit nak tidurkan terpaksa la buaikan dulu. Kemudian baru la angkat letak kat tilam. Selalunya time mereka ni dah tidur sempat la aku lipat kain, jemur kain dan juga kemaskan pinggan mangkuk kat dlm sinki. Kemas-kemaskan beg baju untuk mereka berdua termasuk juga siapkan beg pum untuk aku buat stok susu di ofis.

Waktu tidur paling lewat 11 malam atau pun 12 malam tapi pernah 1 hari aku ngan dear tidur pukul 1 pagi gara-gara aku gatal nak masak apam malam-malam. Heh itu la padahnya. Tapi apa yang penting kami gembira berempat walaupun penat yang amat. Memang la ka nada ketikanya aku rasa apsal la dear ni tak tolong langsung tapi aku terpaksa sejukkan hati sendiri. Dear dah berkorban masa keluarga untuk kerja mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Kerja-kerja di rumah pun bukannya teruk sangat tapi agak penat juga bila tengok barang-barang bersepah bila balik dari kerja. Ini memang hasil kerja tangan Zikri amar, tak ada tapi-tapi memang dia paling cekap buat kerja ni semua.

Pendek kata menjadi ibu memang memenatkan tapi mujur juga dear ada pasal rajin membantu. Hehe…syukur sangat la kan.

(Nota kaki: owh bulan ni 2 orang kawan sepoli dulu mengandung! Hahhahaha...anak-anak mereka dah besar sorang dah 2 tahun sorang lagi 4 tahun. Ish…memang tertunggu-tunggu kawan nak tambah baby ni. Tahniah!)

Friday, July 8

Susu Ibu

Salam...

Apa korang akan jawab kalau ada member tengok korang simpan susu kat peti ais office dan dia minta izin dia nak minum susu tu?

Rasa macam nak ketawa besar pun ada...aku jawab dengan jawapan bodoh juga la kan pasal orang tu amoi cina. Dah sah-sah derang ni bukan amik kesah sangat pun.
"minum la nanti kalau u dah minum u jadi anak i tau"

Hehe...aku tau dia sengaja bergurau maybe pasal masa zikri dulu derang tak nampak aku buat macam ni. Ni pun penat dah aku ajak dear nak keluar belikan cooler bag. Nak ajak beli online asyik tak de masa je nak online time kat umah. Aku nak pergi beli sendiri tak ada masa la pulak. Ish alasan nya terlampau banyak la pulak. Heh!

Thursday, July 7

Syiling

Assalam…

Beberapa hari lepas masa keluar lunch dengan kekawan satu ofis owner kedai boleh komen depan kami.

“apsal orang perempuan suka bawa syiling ye? “

Erk nak je aku jawab, kan senang kalau harga barang 10sen atau 20 sen tak payah susah-susah nak cari duit kecil. Memang la berat kalau nak bawa banyak tapi pada aku selalunya akan spare 50sen dalam dompet. 20sen dan 10sen….bila-bila perlu boleh la pakai tapi kalau harga barang tu lebih 50sen jarang sangat la aku nak bagi duit syiling. Minta lagi ada la, boleh masuk dalam tabung anak-anak. Hahaahaha


Memang ketara la kan, pasal kalau lelaki punya dompet jarang yang ada tempat syiling macam perempuan. Kalau ada pun bukannya derang nak bawa, derang lagi senang bawa duit kertas je. Contohnya suami aku sendiri. Dah lebih dari faham dengan perangainya tu yang tak rajin bawa syiling dan gunakan syiling. Minta lagi ada la tak kira walaupun 10sen. Dear tak kesah dapat banyak duit syiling pasal duit itu pasti akan masuk tabung bila balik rumah. Eh ada kelebihan juga disitu kan? :p

Semua perkara pasti ada pro n con kan. Terpulang pada diri masing-masing untuk memilih yang mana. “tepuk dada Tanya selera”


Friday, July 1

Hasil Check Up 2 Orang Hero

Assalam...

Dah masuk hari Jumaat baru sempat nak update, semalam asyik cuba nak update tapi kekangan masa handlekan 1 tender pun dah tak sempat belum ada 2 3 tender lagi.

Hari Rabu lepas kami sekeluarga berhujan pergi klinik desa di Jalan Kebun untuk tengok perkembangan terbaru anak-anak kami. Oh penat pun ada tapi biarlah kami bersusah sekarang tapi akan datang bila mereka dah besar kami pasti akan teringatkan kenangan semasa mereka kecil. Hmmmmmmm anugerah Allah yang tiada nilai bagi aku dan suami.

Gambar jangan harap la aku nak ambil, dear pun tak sempat jugak. Nak layan Zikri yang tengah selsema lagi, nak main hujan juga tu. Sabar aja la kan. Mujur masa kami keluar dan sampai klinik hujan belum lebat jadi syukur la kan Allah dah permudahkan perjalanan kami.

Tak perlu beratur panjang atau duduk lama menunggu giliran. Biasanya kalau hari hujan pasti tak ramai orang yang datang, akak ipar sebelah rumah pun masih sempat lagi mengusik suruh aku cuti je pasal hari hujan dan nak bawa anak pergi klinik. Mungkin kerana dia tidak berkerja so dia akan fikir cuti lagi senang. Sayang ok sekarang nak bercuti sesuka hati. Biar la aku cuti untuk perkara-perkara yang perlu dan penting sahaja.

Ayah bawa Zikri pergi timbang, berat turun dari last timbang di hospital minggu lepas. Dari 12.7kg turun ke pada 12.2kg. Tapi Ashraf pula naik dari last timbang bulan lepas semasa masih di alam pantang lagi. Dari 4.9kg naik ke 6kg. huh!! kalau nak tau ashraf ni tak kuat susu pun, jauh beza dengan abangya dulu.

Ashraf kene inject untuk 2 bulan dan berkemungkinan akan demam tapi aku dah pesan pada akak ipar untuk bagi ubat demam pagi tu sebelum tinggalkan. Alhamdulillah ashraf tak demam, kalau demam risaunya la aku. Tambah-tambah pula Zikri pun masih demam walaupun suhunya tak tinggi. Zikri akan datang klinik lagi 3 bulan untuk cek terakhir, ashraf pula perlu datang bulan depan untuk inject lagi. Ulang alik ke klinik lagi la nampak gayanya ni.

Untuk kebaikan anak apa salahnya aku berkorban masa sedikit kan, kalau nak pergi klinik bawa ashraf sorang aku tak kesah jangan Zikri nak join sama sudah la...mau pening aku nak melayan. hehehhehe..