Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, June 29

Stok Hari Rabu - 29.6

Assalam...

Huih...gila-gila tengah menggila nak menambahkan susu badan dan juga stok ni, bukan apa nanti kalau dah tiba masa susu kurang pengeluarannya sayang ooooo.... kalau dulu time aku kerja zikri hisap susu badan malam-malam tapi itu pun pada aku sangat-sangat la tak puas hati. Tu yang gigih berusaha untuk susukan ashraf dengan jayanya.

Pagi ni aku masuk ofis lewat, pergi klinik bawa zikri dan ashraf pergi cek up. Zikri tak kene inject tapi ashraf kene inject 2 bulan. Oh...kesian ok, dah la dengan cuaca hujan lagi la payah tapi nak buat macam mana kalau tak pergi maunya aku terpaksa ambil cuti. Sayang ok dengan cuti yang ada.

Berbalik pada kisah susu aku sempat pump kul 2.30 petang tadi lepas solat zuhur. Alhamdulillah sekali pump dapat la 9oz. Rezeki! Harap-harap pump kul 4.30 petang nanti hasilnya pun masih "lumayan" gitu... hehehehe...

Kekadang rasa macam malu juga pasal aku nak kene hantar stok susu ke peti sejuk kene jalan jauh. Tapi aku buat bodoh je kalau derang tengok paling best aku pasti akan senyum.

(Nota kaki: nak tanya sket la, menyusukan anak hingga usia 5 tahun tu macam mana eh? pasal ada kawan 1 ofis ni cerita anak kawan dia masih menyusu badan walhal sekarang dah berusia 5 tahun.)

Tuesday, June 28

Pemandu

Assalam...

Ni kes dah lama tak drive pergi kerja maupun kemana juga la kan, bukan la lama sangat padahal 2 bulan je. Tapi 2 bulan tu langsung tak sentuh stereng tu agak janggal juga aku rasa. Bukan apa sekarang ni sekarang jalan cepat berubah termasuk juga dengan perubahan sikap pemandu lain.

1st time selepas 2 bulan tak drive adalah masa aku kene balik rumah jaga ashraf bila zikri ditahan di wad. Zikri duduk bermalam di wad dengan ayah pasal aku senang nak bagi susu kat ashraf bila malam tiba. Itu pun aku dah rasa seriau jugak, maklum la drive senja dengan kereta banyak kat area depan hospital klang yang sememangnya terkenal dengan laluan yang jammed!

Alhamdulillah slow-slow selamat juga sampai di rumah. Tapi yang kelakarnya time nak balik rumah aku dari rumah MIL tu aku tak hidupkan lampu padahal time tu dah pukul 8.30 malam. Nasib baik la sempat perasan kalau tidak maunya dah kene langgar kami berdua.

Hehe...hari ni baru masuk hari ke 3 aku drive sendiri. Masih takut tapi bawa laju juga...hahahahaha jom kita sama-sama ketawa!

Monday, June 27

Beranak 2 Itu Mudah?

Assalam…

Bersiaran sekali lagi dari ofis, oh ya Allah…..maha kuasaMu hari aku masuk kerja la hari gaji aku keluar. Ish…tak sempat nak berpoya-poya la kan dengan anak-anak.

Terkadang rasa malu pun ada, sekejapan je dah bergelar ibu pada 2 orang anak lelaki. (nak baby gurl!!!) Abaikan aja nota yang mengidam tu ok, yang 2 orang hero ni pun dah tak terjaga tau. Bila zikri tidur ok la kan aku boleh la nak buat kerja sambil tidokan ashraf. Tapi kalau zikri jaga aku pun perlu la berjaga-jaga pasal dia akan kacau adiknya tidur. Pernah sekali masa tu aku didapur nak minum air tetiba dengar ashraf nangis. Rupanya zikri dah tarik bantal dia dan letak kat atas muka ashraf. Mujur tak tutup hidung dan mulut…oh seriau ok kalau diingatkan. Seksa la juga bila nak berhati-hati nak jaga derang ni tapi tak apa la kan akan datang ada senangnya.

Ahad lepas sempat keluar pergi rumah mak cik sedara sebelah aku pasal sepupu sebaya aku naik pelamin. Ish…bestnya kalau diingatkan masa-masa manis majlis perkahwinan aku…hahahaha maybe semua orang pun begitu juga kan?

Kami gerak dari rumah pukul 1.00 petang, tunggu zikri bangun tidur sambil-sambil tu sempat la aku buat apa yang patut. Sampai kat sana rupanya abg-abg dan akak aku baru je sampai ingatkan kami la yang terakhir tiba. Tugas kami dibahagi 2, dear dengan zikri dan aku pula dengan ashraf. Terkadang aku rasa macam ada anak kembar la pulak. Sememangnya tugas dear untuk jaga zikri dan aku pula jaga ashraf walau dirumah maupun diluar rumah ketika kami berempat. Dulu berdua hampir 4 tahun tapi sekarang berempat bila nak masuk ulang tahun ke 5. :p

Hahaha bukan apa 2 2 perlukan perhatian yang lebih. Tapi penyudahnya apa yang kami lalui semalam amat la mengujakan. Best pasal masih mampu enjoy walaupun anak rapat ni.

Ok la walaupun kerja tak melambak seperti masa aku mengandung dulu tapi jangan ingat aku masih bersenang-senang. Hmmmmm kerja tempat aku sentiasa datang tak mengira masa.

(nota kaki: Alhamdulillah pagi ni Allah berikan aku “bekalan” buat ashraf. Sekali pump dapat 5oz. harap-harap pump selepas ni masih dalam kuantiti yang sama malahan berlebihan. Pagi ni aku tinggalkan 10oz dan tambahan 5oz susu beku. Rasa-rasanya cukup tak eh, pasal ashraf jenis yang tak kuat susu tapi dia kerap menyusu)

Sunday, June 26

Bekalan

Assalam...

Lama nak ceritakan kisah bekalan aku untuk Ashraf. Sejak 2 minggu lepas alhamdulillah aku syukur pada Allah dengan hasil yang banyak dan kini hampir memenuhkan ruang kosong yang ada. Maknanya lepas ni tak akan ada ruang kosong untuk aku simpan stok lauk pauk kami la jawabnya. :p tak pe ada rezeki lebih boleh la beli chest freezer 1. Tapi ada kos la pula kat situ.

Plan sekarang nak dapatkan 1 bateri breast pump. Mudah seket dan tak akan ambil masa yang lama nak pump pasal aku ni berkerja mengejar masa. Segala teknik simpan dan nak pakai bekalan tu pun dah selamat aku pelajari dan sudah pun aku praktiskan.

3 hari minggu lepas aku tinggalkan ashraf dengan akak ipar yang akan jaga anak aku nanti dan hasilnya memang berkesan. Walaupun bekalan yang aku tinggalkan tak habis tapi sekurang-kurangnya bekalan yang aku tinggalkan dia masih ambil. Tak nak la campur-campur selagi termampu aku berikan bekalan terbaik buat dia.

Semoga Allah terus membekalkan rezeki yang melimpah ruah susu ibu untuk Ashraf.

Wednesday, June 22

Masa Itu Emas?

Assalam...

Heh apsal pula masa itu emas, pada aku sekarang masa itu lebih berharga daripada emas ok. Boleh disamakan dengan intan berlian yang tidak ternilai tingginya. Ehmmmm...bukan apa sekarang anak dah 2 mula la kan nak buat itu anak yang ini bangun tidur la, nak buat yang ini anak yang itu pulak nak susu la. Oh KESABARAN!

Erti masa itu emas memang tepat pada aku buat ketika ini. Nak kejar masa nak update blog ni pun tunggu hero-hero tidur termasuk ayahnya sekali. Hhaahaah Kalau zikri jaga adiknya tidur pun aku masih blum blh nak update blog atau berFB silap-silap kang maunya dikacau adiknya pulak tak pun dia nak taip sama dengan aku.

Mujur dapat suami yang rajin nak membantu, sejak Zikri kecil lagi dear rajin tolong aku. Time duduk kat umah MIL tak yah cite la kan pasal time tu ada ramai yang boleh tengokkan zikri time kami makan tapi sekarang sendiri kena pandai-pandai cari masa.

Sekarang zikri dear banyak handle kalau dear tak kerja aku layan ashraf je la. Setakat ni kami belum pernah lagi keluar berempat. Tingin pulak nak ajak dear g jalan-jalan di tasik pagi esok...lama tak pergi sana. Tambah-tambah pulak sejak Zikri dah pandai jalan ni.

Ok la, line pun tak berapa nak ok ni asyik offline je. Geram rasanya time nak online die pulak buat hal..Bye!

Monday, June 20

Ketika Di Hospital

Assalam...

Yes ada lagi masa terluang lagi petang ni, dear dan Zikri keluar pergi rumah nenek lagi. Ada apa kat sana?entah yang pasti ada nenek la kan dan juga ada ramai kawan untuk Zikri main-main.

Malas nak menaip pasal nanti akan ambil masa yang panjang. Maklum aja la kan kang kalau bercerita maunya kelaut pulak. Kita layan pic je ok.


Tunngu ayah ambil dekat lobi hospital nak balik rumah.





Dalam wad kecemasan, ntah buat apa dok sini aku pun tak faham. Masa ni sebelum derang ambil darah boleh la main. Bila time ambil darah terus menggelupur sampaikan lama juga la nak amik darah dia. Bila dah siap ambil darah terus zasss gerak pergi daftar masuk wad. Kejam kan mereka-mereka ni.


Perlu xray, untuk apa aku pun tak tanya. Malas nak tanya tapi masa nak masuk wad tu Dr sempat tengok dan bagitau apa yang die nampak dari hasil xray Zikri.


Dengan ayah masuk bilik xray, menangis macam nak kene ambil darah jugak. Mujur ayah yang pegang kalau tidak pengsan aku nak pegang dengan meronta sakannya.

Masuk wad lebih kurang pukul 1 lebih, sepanjang hari aku je la yang jaga dear balik untuk gantikan tempat aku di malam hari. Kalau nurse kat wad tu nak bising-bising apsal maknya tak jaga aku bagitau dear katakan maknya baru je habis pantang so sila la bagi sedikit kelonggaran. Mujur nurse tak tanya langsung pasal tu. Hehe...

Pic sepanjang masa dalam wad aku tak ambil maklum aja la mula-mula masuk wad tu memang tak nak duduk atas katil langsung asyik nak dukung je maybe dia takut la kan. Makin lama makin faham dengan keadaan dan tempat. Dr datang cek jantung pun dia relax je. Hahahaha....sudah semakin berani.

Ashraf aku tinggalkandekat rumah MIL dengan sedikit bekal susu yang sempat aku perahkan pagi tu sebelum hantar Zikri ke hospital. Alhamdulillah dia nak.

Saturday, June 18

Kisah Kelahiran Ashraf

Assalam...

Teringin nak bercerita panjang kisah bersalinkan Ashraf tapi aku pulak yang takut kalau masa aku diambil terlalu panjang pasal sekarang ni masa bergitu berharga. Banyak kerja dirumah ni perlu dilaksanakan bila 2 orang hero ni tidur.

Dipendekan dan diringkaskan sebaik mungkin untuk bacaan aku akan datang maupun kongsi pengalaman dengan rakan-rakan.

Pagi jumaat aku dan dear tinggalkan Amar dirumah nenek, dan kami gerak klinik barakah hampir pukul 10 pagi. Sampai di sana terus daftar masuk dan SN terus bagi ubat cucuk bontot untuk buang air besar. Ehmmm macam mengejut je kan tapi aku terpaksa merelakan....lepas tu SN tu cek bukaan dah 3cm. Terus derang minta aku salin pakaian semua dan terus masuk ke labour room pasal aku sorang je yang tunggu masa nak bersalin.

Lama juga dlm labour room dari kul 11 pagi lagi. Dear kuar pergi solat jumaat lepas tu baru dear dtg jenguk aku lagi. Maklum la kan bila di private ni bila-bila masa bleh masuk. Memang ni la masanya aku nak comparekan service antara gov ngan  private hospital.





Derang dripkan air 1 botol untuk aku sejak dari awal lagi, kalau boleh derang nak aku pecah ketuban sendiri tak mau di pecahkan.

Dr datang cek kul 2.45 petang, bukaan dah 5cm. Tapi aku masih boleh bergelak ketawa lagi dengan dear pasal sakit masih dalam kawalan. Dr suggest tunggu sampai pukul 4 kalau tak pecah Dr akan pecahkan juga la.

Pukul 3.00 petang air ketuban pecah disusuli dengan sakit yang makin menyerang tak kenal erti. Hehe.... Tangan dear jadi sasaran untuk aku lepaskan segala kesakitan. Oh bila terpandangkan muka dear hmmmmm kekuatan datang. Pukul 3.45petang selamat lahir Ashraf dengan 3 kali push.

Sayang juga la kan, disangka kan tak sampai 3.6kg tapi sekali 3.85kg plak. Hehe.... rezeki dari Allah kami terima seadaanya.

Dear menyaksikan sepanjang masa proses aku bersalinkan Ashraf. Perkara pertama yang aku tanya "macam mana?ok tak?" hehehehe.... katanyan takut!!! pasal darah banyak, kalau pasal sakit tu memang tak boleh nak tolong la kan. cey.....meh kita tukar tempat nak? hahahhaha...tak nak la ketua keluarga lagi banyak masalah nya kan.

Malam tu Zikri Amar datang dengan mertua dan adik ipar. Mujur la dear duduk rumah jaga Zikri dan aku tinggal di klinik sorang2 dengan Ashraf.

Alhamdulillah Ashraf memang baik, tidur malam lena cuma susu tu kekadang bila dia lena aku pun turut lena sama. Hmmmmm tak bleh la nak perah malam-malam susu untuk buat stok. (ha perihal susu ni pun nanti aku storykan eh....nak minta pandangan Yati ni.)

Ok la, nak out dah. Perut ni dari tadi memulas-mulas je maybe pasal sedap makan kot sekarang ni. Hahahahah...

Thursday, June 16

Dia Telah Ditahan

As-salam...

Hampir 2 bulan tak berkesempatan nak mencorat coretkan di blog yang tak seberapa ni. Malam ni kelapangan sedikit kerana Zikri tak ada dirumah. Ke mana die?

Sudah pun aku tinggalkan dia dan ayahnya di hospital sana. Sebab apa?ni kerana sejak kelmarin suhu badan Zikri yang turun naik buatkan kami berdua risau sampaikan pergi 2 klinik. Dan klinik ke 2 yang kami pilih adalah klinik pakar kanak-kanak. Biar mahal asalkan Zikri sihat seperti biasa.

Nak dijadikan sebabnya, Zikri sekarang nafasnya berbunyi. Nampak seperti mengah sangat. Setiap kali menangis mesti disusuli dengan batuk-batuk hinggakan nafas jadi mengah bunyinya. Ajak dear pergi columbia Asia di Bukit Rimau lebih senang tapi dear kata tak apa la kita pergi hospital dulu kalau masih tak ok baru la cuba bawa ke sana. Plan nak juga gunakan Medical card yang ada. Buat apa ambil kalau tak nak guna kan....

ok la...nanti kalau ada kesempatan masa aku ceritakan kisah bersalinkan ashraf pula.Buat masa ni keadaan terlampau sibuk bagaikan masa itu adalah emas bagi aku.