Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, May 10

Jamu

Assalam...

Hari ni dah masuk hari ke 12 berpantang, tapi aku masih belum mula makan jamu lagi. Heh! kenapa eh? saje malas nak tunggu makan time dah kat kampung nanti je la. Lagi pun ashraf tak kene demam kuning so anytime dah blh start makan selepas hari ke 10 ikut kata nurse klinik desa.


Ini la jamu yang akan aku mula makan dari esok. Kenapa nak tunggu esok bukan hari ni?pasal esok bakal balik kampung...hahahhaha. Ada 4 jenis bahan semuanya. Kalau tak silap total harga untuk semuanya ni tak sampai RM200.


Yang ni param, untuk dipakai dikepala selepas mandi dan dibiarkan kering. Tujuannya untuk mengelakkan angin naik ke kepala.


Ini pula pilis. Pilis ni untuk disapu di badan dan dibuat sebagai lulur. Baunya tak kuat la, tapi bila dipakai terasa kulit jadi lembut pula. Heh! kesan terbaik ok.


Ini pula manjakani, kalau ikut set untuk bersalin mak cik tu bagi satu bekas je tp aku pula order nak 2 bekas so tinggal tambah kan duit sket je la kan. Tak kisah asalkan badan rasa selesa lepas berpantang nanti. Lepas pantang pun masih boleh makan ok. Manjakani kan elok untuk perempuan....:p


Yang last, jamu serbuk. Kakak ipar aku yang sorang tu rajin juga la makan, tapi ada yang sorang ni pula kalau nak makan kene tambah masuk madu kalau tidak langsung tak boleh telan katanya la. Pada aku pula, tinggal bancuh dengan air suam pas tu terus minum, bancuh biar pekat-pekat kalau cair susah la nak habiskan nanti. Heh....yang pasti bila mula makan jamu mesti panas 1 badan tu pasal aku tunggu balik kg pasal kat kg sejuk sikit dari kat umah MIL ni maybe pasal ada pokok kayu sekeliling rumah kot.

Sunday, May 8

Dugro Perisa Coklat

Assalam....

Pernah dulu aku ceritakan nak tukarkan Zikri Amar dengan susu dugro perisa coklat. Minggu lepas dear pergi daftarkan untuk si adik di JPN Selangor cawangan di Plaza Masalam, Shah Alam. Senang kalau hal-hal JPN disini pasal lebih cepat dan mudah je nak pergi lagi pula paling dekat dengan rumah. Lupakan dulu perihal JPN ni pasal nak cerita kisah susu untuk si Amar.

Dear sempat singgah di Giant level bawah plaza masalam ni pasal aku dah siap kirim awal-awal apa yang patut dear beli. Tapi malangnya entah macam mana dear boleh pulak terambil perisa coklat untuk 2 pek sekali gus! aduyai....di rumah aku ingatkan dear sengaja ambil tapi rupanya dear tak sengaja dan main ambil je pasal masa tu dear cuma tengok umur sahaja. Ceh!



Ok petang tu nak tak nak kami terpaksa juga try mana la tahu si Amar nak terima. Untuk 1st time ok la die habiskan tapi buat kali entah ke berapa pada esok harinya dia dah mula tak nak terima. Nak tak nak dear kene beli lagi 1 pek perisa asli. Padan muka!

Tapi sayang pula pasal Amar minum susu ni asyik kembung tak kira siang malam. Sampaikan tidur malam mengamuk-ngamuk dan sempat juga la si ayah lepaskan geram pasal mengantuk tahan mata nak layan dia.

Sekarang yang pasti takkan beli lagi perisa coklat. Heh! ingatkan sembelit tapi rupanya kembung. Daripada mencari masalah lebih baik kami elakkan awal-awal.

Saturday, May 7

Zikri Ashraf

Assalam...

Sudah hampir masuk hari ke 10 berpantang makan, tp entah kenapa selera makan makin lama makin merudum sekarang ni padahal lapar gila pasal menyusukan baby. Oh ye nak hebahkan nama si hero kesayangan kami sekeluarga.

ZIKRI ASHRAF BIN ZAINI

Zikri - Ingatanku, kenanganku
Ashraf - lebih luhur

Fine! nama ni hampir sama dengan nama abangnya. ZIKRI AMAR BIN ZAINI. Nak salahkan siapa?nama ashraf memang pilihan aku tambah-tambah pula lepas yg menang imam muda tahun lepas namanya ashraf. Hmmmmm moga-moga jadi anak yang beriman dan beramal soleh kelak. Bak maksud nama yang telah kami berdua pilih.

Paling menyeronokkan setelah Zikri Ashraf keluar, abangnya sudah mula menunjukkan peningkatan untuk mula berjalan jatuh. Alhamdulillah! syukur sangat pasal sekarang dah boleh berjalan sendiri. Sukenya aku!!!!

Tapi sayang minggu depan nak balik kampung aku tak boleh jaga Zikri Amar. Coz dear kata baik Amar dia yang jaga.oh...sadis! tpi tak pe la sebulan tu maybe dear akan blik kampung 2 kali kot. Harap-harap Amar baik-baik je bila tinggal dengan ayahnya nanti.

Wednesday, May 4

2nd Baby Boy

Assalam...

Hari ke 6 berpantang baru sempat nak update ok, masa amat terhad dan tido malam menjadi amat kacau ok tambah pulak bila dah ada 2 orang hero sekarang ni.

Ni baby boy baru keluarga kecil kami.....:p



Tempat Lahir: Klinik Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang.
Waktu Lahir: 3.45 petang
Tarikh Lahir: 29/4/2011
Berat : 3.85kg.

Alhamdulillah kelahiran kali ni normal lagi tapi sayang masih ada episotomi lagi....ish! yang penting normal dan baby sihat. Paling best pasal dear dpt tengok aku time nak bersalinkan baby ke 2 ni. Heh! seriau katanya tengok darah yang banyak...elok je baby keluar langsung dear tak layan aku dah....asyik g kat baby je. Nama dah ada tapi belum daftarkan lagi. Apa-apa hal pun nanti bila dah daftar aku informkan ok. :)