Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, December 30

Cuti Umum

Salam...

Esok cuti!!!
yahoooooo...tak dak keje walaupun ada byak tender nak submit esok. Mujur la ada 1 company inform ttng hal ni dan amik inisiatif nak extend kan closing date until next monday! yes save time sket ok.

Masuk2 ofis nak g tgok paper tp slalunya paper cina je yg tinggal, paper star lak kekadang tak sampai awal. Tup2 dgr derang sorak2 sakan kat dpn ingatkan pasal malaysia menang bola smlm tp rupenya pasal PM isytiharkan esok cuti umum! Ouh

Hehe kalo ikutkan bos kat sini derang akan kata nak cuti blh tp kalo blh kene ikut bank la dulu. Kalo bank cuti baru la cuti tp kalo bank keje kene keje jugak la kami. Ehmmm lawak seh ada plak gitu kot ye la nak ikutkan bank sgt.

Mlm td sempat gak la tgok bola, tp dah kul 8.30mlm tu aku kene la tidokan zikri kalo tidak maunya meragam sepanjang malam lak semata2 pasal kami nak tgok bola. Aku tak excited tp dear la yg excited pasal tak pernah menang kan. Kebetulan akak ipar pun dtg lepak2 kat umah meriah la jdnya. Sampai kan Zikri tak nak tido ok walaupun mata dah layu sgt aku tgok.

Kul 9 lbh baru nak tido tu pun ayah nya kene masuk bilik skali kalo tak mmg tak nak tido. Ish la anak2.... sabo je la.

Kuar g tgok bola lg sambil makan nasi, huh lewat kan..ni la kalo dek kerana die kami perlu la beralah...padahal ok je kalo nak makan awal2 tp aku plak tak sempat nak masak2 ni dah la sampai umah kul 6 stgh...terkejar2 ok walaupun kekadang masak simple dimple je.

Syukur la kan, derang penat2 main bola kita lak dpt cuti...hehehehe ok la tu bak kata amoi sorang ni.  Katanya mlm esok blh g countdown! adoi la sib baik amoi...

Ok la nak settlekan keje yg ada sblm bercuti panjang walaupun 3 ari je. :)

Wednesday, December 29

Fius

Salam...

Bosan tak tau nak buat kerja pe pasal bos blm masuk lg skrg ni, so rerajin buat entry ke 2 hari ni.
Tension gak pasal dengar dear kata kawannya bgtau meter letrik utama kat umah sewa patutnya blh tukar dah. Dan dear pun merancang andai kata kawannya ada masa dan kelapangan dapat la kawan dear selesaikan kerja2 pengubahsuai meter letrik utama tu.

Tp ada hal sket la yg bermain di minda aku la ni. Blh tak kalo kami claim kos tukar meter letrik tu dari tuan umah? Pasal hal ni pernah tuan umah khabarkan kami tak blh sewenang2 nya tukar pape pun kat dlm umah tanpa pengetahuan tuan umah. Tp dalam kes kami ni kalo kami nak tunggu tindakan dr tuan umah takkan la kami nak dok bersabar je.

Minggu lepas habes stok ikan, ayam dan sosej aku rosak gara2 plag tak blh on langsung. Hal2 kain yg tak berbasuh tu blh tahan lg tp tang lauk pauk kami tu buat membazir je kami beli.

Dear kata nak tukar trus tanpa inform kan tuan umah dulu tp aku agak berkeras kalo blh inform saje la. Pasal die nak bg claim atau tak tu terpulang. Of coz la betul kata dear kalo tak tukar bkn tuan umah amik tau pun tp fikir2 balik takkan hal tu pun tuan umah nak pentingkan diri kan?

Pape pun tunggu dan lihat je la nanti. Andai dpt di claim ringan sket la rasanya walau pun kos tu tak la sampai beribu2 ringgit, tp ratusan ringgit pun cukup la.

Panas

Salam...

Wah... isu panas di FB aku kala ni, semalam bercuti MC dek kerana penang selsema yg blm kebah lg sampai la pg ni. Tgok2 je kat FB ramai plak yg komen tahniah sana tahniah sini...hahahhaha insyaallah andai diizinkan yg maha esa dapat la Zikri adik tahun depan. Semua perancangan semata tp Allah yg menentukan.

Kes panas ni bermula bila aku gatal2 tgn g taip "anak ke 2" tu je. Huh tp tak sangka mereka2 lebih pantas plak dari aku mengkomen bagai nak rak. Kalo rezeki kami dpt anak cepat Alhamdulillah tp buat masa ni blm masanya nak dikhabarkan pada semua.

Pasal pe?ketidak sediaan kah?hmmmm insyallah akan tiba juga masanya nanti aku akan khabarkan pada semua kawan2 dan ipar semua di FB dan blog ni walaupun aku rasa ntah sape la nak bace blog mengarut ni kan. Oh ku tinggalkan semua jejak untuk tatapan akan datang.

Heehehehe....biarlah rahsia walaupun aku rasa ada la jugak segelintir dah pasti apa jawapan aku kan...hehehehe sabar je la k.

Monday, December 27

Zikri Dan Fius Letrik

Salam...

Dari pagi lagi dah terjenguk2 kat blog ni dengan hajat dlm hati nak mengupdate sebarang cite aktiviti hujung minggu yg tak seberapa. Maklum saja la hujung minggu lalu aku tak sehat tambah plak dear pun diserang selsema jugak malam minggu tu. Makanya kami berdua gilir amik giliran tarik tisu dari kotaknya sampai la helaian terakhir.

Sedih tul kan tp tu la nak buat cam ne kan, kalo dah nak kene serang 2 2 skali terus kene. Tp aku ni ntah nape ntah hormon atau antibodi teruk sgt kala ni. Dari hari khamis lepas kene tp tak ilang2 sampai ke pg ni. Berhajat jugak nak MC tp fikir2kan blk baik kerja lg plak dok umah kalo tido je pun tak larat dah. Tambah lak kalo nak jg Zikri maunya lg cargas je aku kat umah tu.

Pg ni je dah gaduh nya die, budak tu dah makin lasak skrg. Tak nak pakai pamper, elok2 je aku tinggalkan jap nak jemur tuala die pusing2 je tgok tgh mencut! hmmmm sabo je la aku wahai anak. Time2 aku tgh mengah2 semput ni la ko nak buat hal. Nak buat cam ne dah terlepas jugak, so aku saja buat2 tak tau. Kebetulan lak dear kat blkg so tak pasan cume bila aku kata Zikri dah pancut kat lantai dear terkejut gak... Ehmmm dear pujuk2 die Zikri tp aku terpaksa la cuci air pancutnya tu. Nak buat cam ne kan, lap kan jugak la...walaupun dlm ati marah tp lawak pun ada, mentang2 la mama ngan ayah tinggalkan jap blh lak die g pancut merata sib baik bkn kat tilam kalo kat tilam adoyai!!!!

1 kes kat umah ni ntah nape la cuma ada 2 plag je yg blh guna. Yg lain semua tak blh pakai! hua....abes semua stok ikan, maupun santan! Chesse yg ada ntah la tak sempat nak tgok lagi la plak, maybe blk ni nak tgok pasal kalo ikutkan kawan dear patut nya dtg tgok malam td tp maybe busy kot. Dear kata fius kat umah sewa tu fius batu! zaman skrg org dah tak guna meter letrik yg tu. Nak buat cam ne kalo tuan umah sendiri tak de inisiatif nak menukar kepada yg baru. Nanti kalo tukarkan gune duit kami dulu bkn blh nak claim balik pasal tau la die punya feel skrg ni.

Papehal skrg ni semua nya nak kene fikir2 kan...plus ada something yg sgt2 terkesan dlm ati aku sampai kan la ni tak tau sama ada mau khabarkan pada dunia maupun tidak. Adakah pihak pengurusan syarikat aku akan fhm dgn situasi aku skrg ni?soooooooo much to think!

Friday, December 24

Ada 2 Perkara.......

Salam..

Apsal la eh minggu ni tiap2 pg je nak update blog ni lak eh padahal ada je keje yg nak aku buat. Lg plak bos kat sini mmg suke masuk lewat after 9am tp pg ni langsung tak nampak bayang sorang bos pun. Hehe....

Hari ni kesihatan amat la terhad. Sejak dari pg semalam lagi hidung ni asyik nak meleleh kan je sisa2 yg ada...kui... teruk tul kan, euiiiiiiiii

Ptg smlm tak masak plus pg ni pun tak masak gak! hahahhaa apa punya mak ngan isteri org la aku ni eh. Tak pe la, dear yg nak belanja lg pun pg ni dear dah abeskan roti yg aku plan nak buat sarapan...sabo je la aku. So request nasi lemak la, siap ngan akak ipar sebelah umah pun tumpang skaki kirim belikan nasi lemak....hahahhaha

1st thing nak cite kes ptg semalam kat kedai makan. Kitorang baru je sampai kat kedai tu, sempat bg Zikri makan pisang minyak yg kami beli sebelum singgah kat kedai mkn tu. Tgh sedap2 suap dgr bunyi kuat kat atas bumbung, ingatkan ada monyet ke apa yg bertenggek kat atas bumbung kedai tu skali bila aku tgok depan nampak lori masuk simpang tertarik wayar telekom. Kalo tak silap la pasal tiang telekom lg kecil dr tiang letrik. Tp mcm ada dgr bunyi je kat blkang aku, skali aku toleh nampak tiang telekom tu tgh tertarik skali padahal derang kat kdai tu siap bising2 suh driver lori tu benti tp tak jgak benti.

Huh time ni baru la gelabah gila, nak angkat Zikri die kat dlm kerusi so suh dear yg angkat. Rupenya dear langsung tak pasan tiang tu nak tuju tmpat kami makan! wah!!!! seram gitu sampai gigil2 tangan maupun 1 badan sekejap. Sib baik dear sempat angkat kerusi Zikri letak tepi jauh dari tmpat kami makan. Kalo tak pape hal yg jadi aku slahkan diri aku sendiri ok.

Selesai je kejadian tu suasana kat kdai agak kecoh la, padahal tak de la ramai sgt org yg makan tp blh la 3 4 meja gak la yg ada time tu. Huhu....sikit lagi nak kene kete!!!! ni yg tak leh tahan. Kalo kene aku tak tau la pas ni nak g keje cam ne. Waaaaa nangis sakan la kalo terjadi tp sib baik tak kene.

Sian ngan tuan kedai la, lampu 2 3 biji gak la yg pecah. Tak tau la pas tu derang mintak ganti rugi cam ne kan. Asalkan yg aku tau semuanya selamat. Order kami sampai so kami pun makan mcm biasa la. Sampai abes dan sempat la suapkan Zikri udang goreng tepung.

2nd thing, pg ni aku nye kesihatan mmg sgt2 kelaut. Hidung tersumbat rasa panas2 je, tekak perit mcm nak start batuk. Jaga kul 4 pg td pun rasa cam ada batu je yg tak tertelan. Dear blh lak melawak, kalo ada batu delima ok gak kan...hahhhahaha g dapur minum air suam br lega sket. Puas hati dpt minum air suam blh kurang kan sket perit tekak ni.

Dear kata maybe nak demam kot, tp ntah la...cuaca kot pasal minggu ni asyik hujan je kan. Tu yg aku pun jd tak sehat plak. Harap2 sakit2 ni tak berpanjangan la, sian zikri. Sapa nak jg kalo aku dah start tak sehat. Harap2 dear je la yg jaga. Skrg pun mlm2 dear lg byak jg Zikri dari aku....maybe dear tak nak bg aku letih kot time2 ni. hehehehe thanks dear.

Thursday, December 23

Sejuk

Salam pagi Khamis yang sejuk...

Hehehehe....pg2 je time kul 6pg nak bangun punya la malas jadi nya dek kerana hujan turun dengan lebat, tambah2 lak malam tadi time tido je mmang sejuk. Langsung kami tak bukakan kipas pun kecuali sekejap time nak tidokan Zikri. Bila die dah tido kami tutup pasal kami pun sejuk. Hahahaha

Tp Zikri sempat gak la aku pakaikan baju tebal yg mmg membuatkan die berpeluh2 sepanjang malam lg plak kipas tak on. Hahahha kejam tul la mak zikri ni. Ingatkan die sejuk skali pg2 rasa wah....berpeluh2 sakan.

Apa pg, mandi pg masak air 2 periuk la jawabnya. 1 untuk aku n 1 lg untuk Zikri. Ni yg nak bising2 kat dear nak mintak heater shower je ni. Hehehhehe...insyaallah kalo dear nak belikan. Hmmmmm kekadang mandi air suam syok gile. Tp pg2 time bf kene gak selsema sampai la kat ofis pg ni. Hmmm sabo je la kan.

Nak pelawa zikri naik kete mama antokan g umah nenek tp ayahnya kata tak pe ayah blh bawa sambil pegang payung...huhu ikutkan je la.

Ok la, hidung asyik meleleh je ni...takkan jangkit dari Zikri lak kot?heh esok kerja lg ok, kiranya this week last la kami bercuti sepanjang sabtu. Tunggu kebenaran pihak atasan la kot2 next year dpt cuti sabtu ahad. Tp kekalkah aku bekerja disini? Buat masa ni insyaallah.....

Wednesday, December 22

Ego

Salam...

Awat plak la pg2 dah ber mood ego plak ni eh?ehmmmm entah la ni kes jiran sebelah merangkap kawan seperjuangan aku di ofis yg kecik ni. Almaklum la melayu tinggal kami berdua ni je.


ni la hasil dari print screen tutorial yg aku blaja kat blog ceera..heheheh dah penah try tp lupe plak cam ne nak buat untuk kali ke2...ouh senang je la.

Tp bukan nak cite pasal tutorial ni tp aku nak bercerita tentang sikap. Org kata kekadang maybe bila org lain tegur sikap kita, kita rasa kita betul. Mungkin ada kalanya betul tapi terkadang kita tersasar juga. Ego manusia ni tinggi ada masa2nya. Untuk tu paling penting kesabaran la.

Walhal dgn budak sorang ni dah tinggi jugak kesabaran aku ngan geng aku, pernah juga aku luah kan di FB tp mungkin die buat2 tak faham je kot masa tu di luahanku di FB

Ok la sebelum tu pape hal pun aku juga manusia biasa yg punya hati dan perasaan.. Insyallah kalo diizinkan Allah jadi baik la aku. Hmmmmm fikir2kan la sendiri ok. Mahu berubah tapi mungkin bertahan lama tak perubahan tu?atau menjadi lebih baik atau tidak?hmmmm :)

Tuesday, December 21

Monday, December 20

Zikri Demam

Salam...

Bermula lagi minggu baru untuk bulan disember ni, tp bagi aku starting minggu baru je dah berpinar2 mata dan kepala. Pasal dah 4 ari cuti termasuk 2 hari leave yg terpaksa aku ambil untuk kebaikan bersama. Pg2 kul 3 pg Zikri dah kejutkan aku ngan dear ngan demam panas, walhal sebelum ni langsung tak pernah kene kan. Gelabah gak kat dlm hati tp insyallah semuanya ada hikmah sendiri dan mengajar aku untuk mendewasakan anak.

Kami bagi syrup yg ada kami dpt dari klinik desa time tiap2 bulan g check up & inject. Pg tu masih blm kebah lagi aku minta izin dear nak cuti. Maka cuti la aku hari khamis lepas dengan membawa Zikri ke klinik yg kononnya kami cari klinik panel tp last2 tak jd plak dah....cuma untuk beberapa servis je panelnya. Adoi la plak. Bayar je la kan, nak claim ke tak nanti la aku fikirkan pasal kalo ikut kata dear claim je la. Tp tak tau la dah layak nak claim ke blm...(Pasal port folio nya aku blm baca abes lagi).

Wah mood kelaut tul la plak hari ni, nak tegur2 org pun cam mlas sesangat. Huh sombong sakan la aku hari ni eh. Ehmmmmmmm lantak la, aku tak de mood ada ke org nak kesah?heh!

Skrg dmam dah mula kebah, tinggal batuk ngan selsema lak tinggal. Malam2 tido mmg tak lena, bila batuk je mesti die terjaga. Malam td pun kul 2 pg die bangun nak main. Adoi la...iya2 la mama tidokan awal2 last2 mmg bangun pun awal. Aku yg kemalasan nak bgun dek kerana kurang tido lastnya terpaksa jugak bangun pasal hari ni lak kene start kerja. Oh....apsal la sgt2 malas eh skarg ni?



Kat ofis ari ni pun no mood, dlm hati ingat zikri je kat umah MIL. Cian MIL terkejar2 kalo time Zikri batuk2 pasal kalo tido kat buai skali pun mesti terjaga. Huh tu yg tak tahan tu, baru je masuk buai 15 minit dah bangun. Hmmmm saba la kan.

Pg ni singgah antar dear ngan Zikri pasal dear tak bawa motor last week lg pun aku g tido umah akak aku kat puchong ngan dear. Maklum la mak nak balik kg dah, kononnya mak jemput kami makan tghari sabtu tu tp malam sabtu mak call aku bgtau nak tido sana apa lagi mak lg suke la kan. Blh main puas2 ngan zikri. Hmmm sib baik la zikri ok2 je kat sana tp akal die makin panjang. Langkah pun makin laju! pasal kat umah akak semua brg2 letak kat bawah kan, nak buat cam ne umah bujang. hehehehe Akak ipar ada lak kat umah MIL so katanya ni mesti demam nak tumbuh gigi pasal 5 org anak die semua cam tu peelnya. Ouh....cam tu ke?aku pun dah mula pasan tp tak nampak lg tanda2 tumbuh gigi dah. Ehmmm ke aku yg tak pasan ni eh?kejamnya aku sebagai ibu kalo tak pasan!

Pic zikri time demam ada tp tak sempat je nak on laptop pasal time nak relax je die dah mula ek ek. hmmmm tingat time baby dulu. heheheh mmg la pasal bila zikri tido baru dpt nak buat kerja kalo tak nak kene perati dia je pasal kalo letak kat bawah dia nak panjat2 kang jatuh aku gak yg risau. Kalo duk kat walker sekejap je die nak pasal tak lama pastu mula la die boring tak pat ikut aku g mana2. Waaaaa....time tgh tak sehat ni kan mcm2 la akal die. So layan kan je la. Insyallah nanti2 aku upload pic demam zikri...ehheheheni je la kenangan bersama anak2 time kecil2 kan, esok2 dah besar aku blh tunjukkan pic yg tak seberapa ni. Maklum la bukan rajin nak bergamba maupun ambik gambar ni.

Wednesday, December 15

Kek Gula Hangus

Salam...

Nak syer 1 resepi yg latest aku blaja last week time mak dtg lepak kat umah. Alhamdulilah menjadi plak tu tp pic kek nya tak pat nak bg pasal lupa terus nak snap2. Next time kalo aku buat lg insyaallah akan amik pic.
Resepi kek gula hangus atau pun ada yg panggil kek sarang semut.

10 biji telur omega
1 buttercup saiz kecil
1 cawan gula dihanguskan
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder & serbuk bikarbonat

cara-cara buat plak.

a) Pukul telur sampai kembang.
b) Pukul majerin sampai keputih-putihan
c) Campurkan majerin dengan telur yg dah di pukul
d) Masukkan gula yg telah dihanguskan
e) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
f) Ayak serbuk penaik dan serbuk bikarbonat
g) Masak atas apa yg sederhana (ni pasal aku masak kat atas dapur gas je, tu pun menggunakan periuk kek yg aku beli time pg kedai plastik tu ari la, kalo masak kat oven nanti eh, nak kene try dulu tp tmpoh masak tu tak lama dlm 1/2 jam je

Monday, December 13

Hujung Minggu Dengan Mak Sayang

Salam...

2 malam mak dtg tido kat umah, nak bawa mak pg jalan2 pun ntah la mood kelaut je. Mak pun tak kesah asalkan still blh lepak2 king kat umah... heheheh tp petang sabtu sempat gak la jalan2 g giant tu pun berkali2 tanya kan kat dear. Kalo dear tak nak mmg leceh lah....tak de driver.

Cam ne ntah blh lupe plak ari sabtu tak bg plastik free...asal plak la kami amik bakul?ehmmm time dah nak bayar minta dear amikkan troli senang sket, semua brg cmpak masuk troli je. Pg lepas asar, balik btul2 dah masuk maghrib. Pantas kan kami jalan2...tambah2 plak bila dah ada anak la ni.

Ahad plak aku ajak dear g jalan2 kat klang, nak makan cendol ngan rojak dah lama aku tak makan. So mak pun blh try rasa sekali la kan. Siap2 je makan2 gerak g kedai plastik kat klang, jenguk2 kot2 ada brg yg aku nak beli tu. Rupe2nya kedai tu dah tukar timing plak, tutup kul 12.30 tghari....adoi...sib baik sempat kejar dan dpt pun brgnya.

On d way blk singgah mydin mart beli bhan2 nak masak2. Nak masak2 pe eh?buat kek gula hangus! hehehehe senang je rupenya ingatkan susah la sgt. Alhamdulillah menjadi ok, tuu yg suke tu lg plak mak yg buatkan. Tp pas ni blh la aku buat sendiri... Resepi tunggu la next entry ok.

Mlam tu anta mak g umah akak kat puchong, pasal mak kata kalo dok umah aku mesti mak boring. Dah la sunyi plus takut lak katanya. Hehe...standard la kan, dok umah org lagi plak jiran tak de. Kalo dok kat umah akak ok lagi pasal akak dok umah flat. Kiri kanan atas bawah ada je org, blh la mak relax2 sket kat umah dgn tenang.

Thursday, December 9

Quick Update

Salam...

Curi2 masa yg ada sket je la ni kat ofis...buzzz sesangat plak this week! huh rasa dah malas nak kerja pun ada...tp blh tak ek?hehehehe...

Insyaallah mak akan dtg tido kat umah hujung minggu ni tp tak sure la pasal abg nak blk kg, maybe mak nak join skali kot....hmmm pape pun plan nak bawa mak g jenjalan tu ntah la. Kene plak ngan dear yg tersangat la rajin nak bawa g jalan2 nih...hahahhaha...

Cian plak kalo biar mak dok umah sensorang, nak amik leave skrg dah ujung taun kerja pun tgh berlambak2 banyak la....So pape pun tgok je la nanti nak bawa mak g mana eh? kalo ngan abg memang la rajin je derang g jalan2 tp ngan aku ni ntah la, nak plan dari skrg pun takut nanti tak jadi la plak...hehhehe

Tgh survey2 gak nak bawa mak g mana eh, tp 1 tmpat yg aku rasa interest sket nak g la..... I-City!!! hahahaha nama je compny ni yg buat kerja2 kat sana tu tp perkerja nya langsung tak pernah jejak g sana...maklum la bila malam je Zikri mula la nak tido...tu yg leceh sket nak g jalan mlm2 ni. Buat masa ni jalan malam kitorang blk kg je la...g tmpat lain blm pernah try lg. Cian kan!

Harap2 plan yg ni jadi la, amin...... :)


Bertiga di tepi tasik kota kemuning di awal tahun baru Islam....

Wednesday, December 1

Salam Takziah

Salam...

Nak update sket pg ni, aku amik half day lagi hari ni setelah sekian lama tak amik half day... Kalo ikutkan last amik half day ni bln 10 kot. So untuk bln 11 clear tak de half day, nak buat cam ne kan. Eh ari ni 1st December plak tu, waduh bruk dah rekod untuk bln ni. Tak pe la sacrifice!

Nak jengah umah kuarga man bakar yg meninggal ptg smlm sblm magrib tu pun kalo MIL bagi & ada geng yg nak pg. Kalo nak g ngan Zikri cam segan la plak mmg la sedara tp malu still ado ok.

Alkisah ptg smlm sampai2 je kat umah MIL jiran sblh umah MIL bgtau kata arwah ni dah meninggal! huh terkujat gak MIL ngan dear, tp dah sampai masa kan...tak de sapa blh halang. Dear plak blk umah sms semua kawan2 kat kg tp kebanyakkan nya kata tak percaya. Sampaikan ada yg kat br je nampak smlm la, br je dibelanja makan la, baru jumpa borak2 kosong la. Adoi la derang ni, dah tiba masanya kita tak dpt nak halang.

Yg aku tau la sakit tu ntah la, kata jiran meninggal di hospital tp ssb apa tu die sendiri pun tak sempat nak tanya lbh2. Maklum la yg inform kan die anak arwah sendiri. Better pg hari ni kalo nak tau nape kan.

Dear tanya aku hari ni nak kerja gak ke atau nak amik leave terus. Takkan nak amik leave, dah ujung2 taun lak ni cuti pun byak dah minus ni. Tp berat hati gak kata tak pe la amik half day je la. Pg2 sampai ofis makan nasi lemak, pastu terus isi leave form siap bg reason lg. Tgok2 HR masuk tak de plak die nak tanya apa2 pun. Maknanya tu dah approve la kan...hhehehhe.

Sbnrnya sblm nak pg sana nak pg maxis centre nak cut line broadband maxis yg dah 2 3 tahun kami gunakan tu. Pasal linenya skrg asyik mensiput je, so tahap kesabaran ada limit ok. Tiap2 bln bayo RM120.00 tepat pada masanya, jarang2 gak kami lewat bayo ni. Hehehe tkut charge tinggi plak nanti.

Lpas tu nak g AEON Bukit Tinggi, dpt sms kata ada J card day. Plan nak g sana nak g cari botol ngan puting Zikri je, tu pun kalo harga drop gile2 la. Yg lain nak beli baju 2 3 helai ke tp tak tau lagi. Kalo nampak bila dah pg bru la tau.

Wah merewang ke tmpat lain nampaknya dulu eh, tp kalo tak buat maunya tak sempat nak kejar. Ptg2 lagi tang maxis tu la.