Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, August 30

Rindu Dia Bapaku

Salam...

Ramadhan dah masuk hari ke 20.. 10 malam terakhir! hmmm pantas masa berlalu. Persiapan masih tak sempurna lagi.

Langsung tak de mood nak raya taun ni, terkenang2 kan arwah yg sentiasa segar dlm kenangan aku. Bayangan saat ketika dia tiada lg....salam terakhir aku pada nya yg tak sempat nak mak sampaikan.

Gembira cume kerana Zikri, selebihnya aku sedih!

Ingat pada lemang dan dodol yg dia masakkan untuk kami dgn kerjasama mak...walaupun lemang hangus dan kekadang dgr bebelan mak buat kami sentiasa ketawa.

Dia yg byak menceriakan hari2 aku sebelum ni, gurau sendanya dah tak de lagi kini...terasa amat kehilangan dgn sekelip mata.

Ya Allah aku mohon, semoga bapa ku...mat yasih anak chah selamt dlm lindunganMu di sana. Dpt aku rasakan kehadiran nya kala ini tp hanya mata saja yg tak mampu melihatnya. Berikan la aku kesabarn setinggi2 yg termampu aku. Dugaan Mu aku terima dengan redha ya Allah.

Saturday, August 28

Persiapan Raya

Salam...

Oh masa sngt la pantas berlalu walaupun kekadang aku rasakan begitu lambt. Lambt kalo time bosan ngan kerja2 kat ofis la...hahhaha. Hari ni dah masuk hari ke 20 pose...huih cepat nya nak raya dah. Persiapan raya blm 100% siap lg ni.

Semperna cuti Nuzul Quran aku ngan dear kuar g klang pasal dear nak cabut gigi. Hmmm so Zikri tinggal ngan MIL psal dear tkut dear sakit luar biasa plak. Nak ketawa je aku dgr kan tp ikutkan je la. Mujur dear dah inform MIL awal2 sket so tak de la MIL kelam kabut.

Selesai cabut gigi kami masuk The Store, kat dlm paper nampak iklan The Store buat sale. Drypers baru RM30.90. EHmmm Zikri sejak lahir dah guna Drypers. Ada plan nak beli lampin kain moden tp ntah bila la dapat nak beli. Terhad 2 pek so kami amik 2 pek je la. Lg 1 takut Zikri dah membesar lagi ke. Sampaikan ada lelaki cina ni bratur pasal nak bayo pamper sempat jeling2 kitorang nya drypers yg 2 beg tu. Nape ntah tetiba dia mintak wife die g tambah lg.hahahaha..Adakah kami ni memberikan pengaruh supaya die membeli dengan kuantiti yg lg byak.

Kata dlm paper terhad 2 beg untuk seorang tp lelaki cina ni beli sampai 4 beg tp tak de plak cashier tu tegur. Hmmmm heran gak ataupun cashier ni ralit sgt sampai lupe.

Nak cari baju Zikri, ya ampun ramai gila ok org kat level baju baby and kanak2 ni. 1st time raya ada anak ni baru la tau cam ni rupenya tiap kali tiba time raya. Ada yg beli sampai RM500 skali beli. Maybe senang kot sekali beli terus, pas tu tak yah dah pening2 nak g cari lg.

Aku ajak dear singgah jusco bandar baru klang, pasal kata ada warehouse sale jusco tp aku tgok tak de pape pun. Harge still sama mcm biasa. Lg 1 dear request nak g tgok movie pasal dah lama tak berjimba berdua2an tgok movie. Huh langsung tak de cite yg menarik! Geram je. Jalan2 kat jusco cume belikan Zikri sepasang je baju. Ok la tu kan. Nak raya sakan tunggu la next year.

Friday, August 20

Hampir Tamat Fasa Pertama

Salam Ramadhan...

Dah sempurna 9 hari puasa, hampir tiba fasa ke dua bulan puasa. Ehmmm time2 ni apa lagi kan, mula la org busy menyiapkan persiapan raya. Maybe dah ada yg mula buat biskut raya. huh awalnya la kan.

Ah nampak gaya taun ni no biskut raya la jawapnya. Nak buat cam ne, dok ngan MIL so biar MIL la yg ejas. Kang kalo aku buat tkut tak laku je, ehmm tp penah ke biskut ke kuih ke yg aku buat MIL tak layan??hehheheh...abes ok walaupun bkan MIL yg makan tp adik2 bradik ipar aku.

Skrg MIL dah siapkan baju Zikri, tinggal baju dear aku blm cari. Ingat nak beli dah siap tp dear ni cerewet ok, Sblm ni aku kene cari baju yg kaler sama ngan baju yg dear penah ada je...oh tersangat la terhad.

Untuk tu aku beli berlambak2 kemeja t berkaler2..walaupun kegemaran dear kemeja tanpa kolar. hehhhhh skali skala ok apa kalo pakai kemeja berkolar, smart sket! dan yg penting senang nak mix n match.

Tahun ni, dear request kaler purple lg. MIL ada jahitkan baju melayu Zikri kaler merah cili. Takkan nak nye dear pakai kaler terang benderang gitu..ehmmm plan nak cari baju dear ngan baju Zikri yg dah siap kat kedai je kan senang. Ntah bila lak aku leh dpt g jalan2 mencari baju ni la plak...1 lg problm

Kalo kuar hari sabtu, Zikri MIL kene jaga. Nak bawa blh tp susah sket la kan, lg pun takut jugak pape yg jadi kalo berdua ni. ehmmmm kene think2 lg ni.


Tuesday, August 17

Tiada Tajuk! :) bleh ke?

Salam Ramadan...

Akhir2 ni sejak mula puasa masa aku terlalu terhad untuk online. Bukan apa mata ni lagi suka kalo di bawa tido, maybe keletihan puasa kot. Ceh nasib baik dok umah MIL kalo tak maunya aku kene stay gak psl nak kemaskan umah la, buat kerja lain lagi la kan. :)

Sejak dok umah MIL ni semua kerja MIL buat, kekadang naik segan lak. Bsuh baju, lipat kain, makan minum semua MIL yg siapkan sampaikan bab jaga anak pun dear nak MIL yg jaga.

Tiada pilihan BS di sini ok! Atas alasan keselamatan lebih terjamin bila MIL yg jg. So skrg Zikri dah membesar dgn bam bam sekali pasal senang hati kot.

Yg leceh duduk skali ngan MIL ni, apa yg aku nak makan MIL tak makan...leceh lak kalo nak masak sket2 ni. Kalo dulu aku ngan dear je, kalo dear x suke aku masak sket je tp skrg nak masak sket serba salah. Kot2 ada plak yg suke makan, ehmmm takkan la sblm masak tu nak kene survey tanya soran2 yg ada kat umah suka makan ke tidak kan?

Hari ahad lepas sempat la aku melepaskan gian nak makan tempoyak ikan patin!hmmm MIL & ahli keluarga lain tak makan kecuali dear. Huahahahha...so funny ok. Tp mmg ni bukan taste makanan derang so aku terima je la kan. Apa lagiiiii...aku ngan dear je la yg abeskan!puas hati......

Setakat ni Zikri MIL jg ok la, lg pun adik ipar dah tak keja so MIL tinggal jg anak aku sorang je. Tak tau la lpas ni bila adik ipar dpt kerja lain MIL stay nak jg gak ke ek?mmg la tiap2 bln aku akan bg hadiah kat MIL, sekurang2 nya blh la MIL gunakan duit tu untuk beli pape yg MIL nak atau pun nak bg kat adik ipar yg masih blaja tu pun ok jgk kan.

Pling syok, blk Zikri dah mandi. Bila tido aku tak yah kaco2 nak angkat nak bawa balik umah. Cian lak kan...kene lak time ujan, huh mmg mencabar la.

Sblm pose da survey cari umah sewa tp sayang psal area ni mmg hot umah sewa, pantang kosong msti akan ada org nak masuk. Pling lama leh kosong umah tu seminggu kot.

Nak tunggu umah sendiri ntah bila la plak, agak2 kalo umah lama tu tuannya dah repair ke eh? Anai2 teruk la kat umah tu, kalo tak lama dah kitorang msih stay kat sana. Skrg nampak cam ada org lain duduk, maybe bujang kot pasal nmpak langsir kami masih terpasang je kat tingkap sana. Hahahaha...syang kot derang nak buang. Untung la, ada langsir pas tu tikar getah dear tak amik..malas katanya. Ye la kang kalo ambil nak buat pe? semakkan umah MIL plak.

Saturday, August 7

Ke Klinik 24 Jam

Salam malam minggu...

Owh kejutan! baru je lepas blik dr klinik 24jam di kota kemuning, atas alasan Zikri kembung, tak nak susu & tak nak tido lama.

Huh dasyat kan? kalo stengah org maybe ni hal remeh tp pada aku ngan dear masih blh kata tak tau. Cuma MIL yg minta pg check tgok kot2 ada apa2 yg tak kene ke.

Sampai2 klinik pas daftar terus masuk jmpa dr, alhamdulillah semuanya ok. Dr. tak check pun, cume sembang tanya je. Menelan kos RM10. Kira ok la kan, dia bg tips suh Zikri minum air kosong lebih.

Bkn klinik kerajaan marah bg air kosong ke? ni last time aku jumpa dr yg bgtau...ish2.. ni yg leh confius.

Td try bg ok la, tp Zikri mmg tak suka minum air jarang. Sikit je la yg msuk. Harap2 malam ni Zikri tido lena mcm mlm td ok.



Friday, August 6

Gila Kerana Kamu

Salam...

Apa kes plak malam2 ni buka tajuk pasal gila ni?hahahha ni kegilaan terbaru kami suami isteri. Melayan kerenah dan keletah Zikri tiap2 hari. Syok kan, ada bby menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa yg lara...waaaaa :p

Aku ngan dear sama2 letak pic kami atau pun pic zikri kat hand phone masing2...kat wall pc kat ofis maupun wall lappy kat umah ni..hahahha sgt2 teruja melihat pic Zikri dipuji maupun dikomen dek ofis mate...maklum la pic letak besar2 dgn Zikri yg dah sedia ada besar lg.

Ni pic kat hp dear.


Pic kat pc kat ofis.


Monday, August 2

Susu Oh Susu

Salam...

Teringat tentang susu ibu bila memandang wajah lembut baby Zikri bila tido. Sayu jugak la hati ni. Tapi nak buat macam mana kan hakikat perlu ditempuhi juga. :) smile hokeh!

Susah nak imbas kenangan pertama kali Zikri hisap susu formula, bak kata pepatah diluah mati emak ditelan mati ayah. Perggghhh bermadah berhelah plak!

Bermula selepas beberapa hari balik dr hospital, atas alasan "maybe" tak cukup susu so sebab tu Zikri asyik ngempeng...dlm bahasa melayunya, hisap tetek sambil tido. Tp nak dilarang mertua yg bg cadangan so ikutkan je la.

Mula2 ok la, nak juga ambik susu tu tp bila sampai kat kg dah tak nak plak. Kadang2 je Zikri layan la susu botol ni, so dlm kepala dah budget nak beli breast pump nak simpan stok susu.



Sayangnya sampai tiba hari naik kerja breast pump masih blm sampai, tak blh nak salahkan juga pasal aku pernah try perah dan simpan dlm peti MIL kata Zikri tolak. Hmmmm tp aku pernah cuba mlm2 perah & bg kat Zikri nak jer la plak...huishhhh... ni bukan kes nak argue ngan MIL ok. Cuma pelik ngan keadaan bby je.

Breast pump sampai try pump dpt la sket, 2 pun berpeluh2 nak dptkan 4oz. huh nasib baik dear tolong perahkan, kalo tak maunya aku letak tepi je. Tp bila fikir kalo simpan bukan Zikri nak minum pun....

Skrg breast pump aku simpan blk masuk kotak, insyaallah ada rezeki blh gunakan untuk anak yg akan dtg. Hmmm bila la plak neh? ahahhaha

So setakat ni aku bersyukur masih mampu berikan Zikri susu badan setiap malam, tak perlu susah2 nak prepare air, botol semua. Tinggal bangun dan suapkan je, cume kekadang tak selesa nak bg baring so kene duduk la tp memang puas hati.


Siang mama kerja Zikri dpt susu formula tp malam biar la die menetek sampai puas! aku pun turut puas hati.

Buat masa ni Alhamdulilah Zikri blm ada masalah ngn susu sejak dari awal2 lagi. Dumex! tu la yg kami pilih, tp kalo ikutkan aku nak bg anmum tp tak pe la as long as Zikri masih serasi mama akan ikutkan. Tak mau tukar2 kang tak pasal2 tak srasi plak cume kerana jenama yg mama suka!

Sekarang mencuba yg termampu memberikan Zikri susu badan sehingga usia 6 bulan, jika lebih itu rezeki dari yg Esa. :)


Sunday, August 1

Char Kuey Tiew

Salam...

Wah...sangat2 kebusyan lak minggu ni, ntah nape start blk kg smpai mlm ni ada je aktivit kami bertiga. Maupun aku berdua dngn Zikri. Today Zikri sambut ulang bulan ke 4...sekejap rase dah berlalu tempoh 4 buln. Hmmmm buat masa ni masih blm pandai nak menirap sendiri, tang tangan yg Zikri fail buat masa ni.

Apa kes lak mama Zikri update blog awal2 pg nih? huh kalo kan tidak kerana masa dah lama di update ok. :)


Mlm ni sempat lak tukar blog nye background...lovey dovey lg! huh tangkap cintun plak...ok la kan, anak baru sorang je masih kene bercintan cintun okey.

Skrg pun baru je pas tido kan Zikri, setelah mama ngan ayah serta mak ngah dpt makan char kuey tiew kat puchong. Perhhh lama tak layan CKT mlam ni baru dpt...siap orderr CKT double special lg...tang mana special? tang telur mata sebiji. ceh! ingatkan tang mana la kan mulanya, tp kira ok la gak....tgok pada harga pun sesuai la tak de la mahal mana.

Mlm ni keluar pg rumah abg jguk familynya, ingtkan abg tak pat blk tp terkejut plak tengok tiba2 ada plak kat umah. Rupenye kes lari dari kem! huhu

Papehal pun now time to sleep, kang kalo tak Zikri bangun aku lak yg tido....hmmmm nite! :)