Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, July 20

Sangat2 Tenang

Salam...

Oh..hari ni super duper membusykan diri di ofis dengan kerja2 yang penting & patut dihantar dengan kadar segera. Leceh kan kalo ada perkataan "dengan kadar segera" huh ingat kita ni robot lak. Heh

Blik umah ptg td huh cuaca nak hujan, awan mendung sangat. Time kuar ofis cuaca masih ok tp bila dah nak sampai umah cuaca makin mendung, awan hitam. Hujan tak de la lebat mana yg disangka.

Now Zikri & ayahnya dah lena beradu. Merehatkan tubuh badan yg keletihan dan minda yg celaru sepanjang hari...(Zikri nak celaru apenya ni ek?ni dituju buat si ayah). Ntah nape lepas bagi susu badan lepas maghrib terus Zikri lena dalam pangku aku, huh....nak letak kat tilam takut bangun tp try je la rupenya mmg die bangun. So bagi susu lg, try letak 2nd time ok lak terus lena sampai sekarang ni walaupun td ada minta susu tp tak payah nak susah2 bangun tinggal sumbat je "susu" yg sedia ada di bawa ke mana je. :)

Hidup semakin indah sejak Zikri lahir, semuanya menjadi serba sempurna walaupun kami bukan nya berada. Keaddaan tak sama kalo di bandingkan dengan 4 tahun lepas, kami berdua kesana kemari dengan mendengar pertanyaan org yg agak memanaskan tinge...huhuhu mmg lebih gembira kini.


Benar org kata anak itu penyeri rumahtangga....buat masa ni itu la yg aku rasakan. Sape kan tau hal2 akan dtg kan? Harap2 perkara yg baik je la berlaku.

Bila tgok wajah tenang ni tido mmg rasa riang, berbunga2 dlam hati...inikah yg dikatakan kasih sayang seorang ibu? hmmmm lumrah alam kan, semua mama pasti akan merasaikan. Now Zikri dah nak masuk 4bln, dah pandai nak menirap cuma die nampak agak2 takut. Pling risau badan asyik naik je.

Ok la lebih baik tido dulu, esok nak kerja + berperang di office. :)

Sunday, July 18

Shopping Day?

Salam...

Cuti hujung minggu 2 hari berturut2 maka memberikan aku masa untuk bersuka ria bersama2 Zikri dan juga dear. Ntah nape dear pg sabtu tu kerja half day, tau2 je tghari time aku nak makan MIL bgtau dear dah blik. Huh terkujat sekejap ahhhaa...

Kuar g jenjalan di Aeon Bukit Tinggi, pilih yg dekat je la kan kalo papehal senang la nak blk. Ingat nak tinggalkan Zikri tp time kitorang nak keluar Zikri tak nak tido plak, so bawa je la sambil2 blh try stroller yg ada. Mujur Zikri ok je baring kat dlm stroller nih cume tak selesa sket la pasal time tido besenya tangan die terkepak tp kat dlm stroller tak muat nak berkepak. Cian kan...tp tak pe la nak juga la die tido dan baring kat stroller tu dari pada langsung tak nak.

Pic untk 1 hari kuar jalan2 tak de pasal mama ngan ayahnya tertinggal hp masing2 kat umah. Ala2 kuar dgn privacy la plak ni.

Dear belanja handbag, wallet ngan kasut. Wow! ni apa kes lak ni kan, kalo tak pasal aku rengek2 minta maunye tak dpt kot...hahahhaa dear kalo blh beli 1 brg tu biar pakai sampai bertahun. Oh manakan mampu aku nak gunakan sandal yg sama sampai bertahun ni. Hehehe...handbag ngan wallet ok la blh la makan tahun nya. :)

Nanti2 la nak buat entry khas lak ok, minta2 semuanya doakan yg terbaik buat kami bertiga :)

Dear kalo bab jimat mmg no 1, tp ada masa kalo memboros blh thn jugak la ok. Alhamdulillah dear belikan aku hp baru, apa kes la kan dpt hp baru lak ni? heh aku bg cadangan nak beli digital camera pasal selama ni asyik guna camera hp je. Tp dear bg aku pilihan lak, nak beli hp ke nak digital camera........wah tak blh ke kalo nak minta 2 2 tu? huh

Lastnya hp jenama nokia je la yg aku ambik. Kalo ikutkan nak jugak camera digital tp ckp la kalo ngan hp ni dulu, pasal aku ni malu & malas bab2 nak keluarkan camera nak ambik pic. Kecuali dalam keadaan yg mmg betul2 aku nak amik pic.

Kalo guna hp ok sket, tau2 je ada hp kat tgan senang nak ambik pic candid Zikri ngan dear. Huhu anytime tanpa perlu susah2 nak usung camera digital ngan hp sekali kan.

Ok la time to sleep walaupun Zikri dah lena tido dalam buai 2 jam yg lalu. Now nak bawa Zikri tido kat tilam biar die tido dgn selesanya. Kecian tido buai siap kene bedung lagi. :)

Tuesday, July 13

Pose Ganti

Salam...

Alhamdulillah hari ni hari ke 2 aku selesai menggantikan pose yg tertinggal taun lepas. Kalo ikutkan tak payah nak ganti2 tp dek kerana time awal ngandung simptom pling teruk sakit kepala. Dear bising2 mintak makan ubat tak yah pose kalo tak larat....huhuhuh manja nya la plak aku rasa. Maklum la perkabaran gembira kami dpt masa awal2 pose.

Esok nak pose ganti yg terakhir, insyaallah nak pose sunat terus hari khamis ni. Harap2 dapat bertahan la tak mau nak skip2, lg pun skrg kan dah masuk bulan syaban, bln pose sunat.

Setakat ni walaupun aku pose, malam susu Zikri masih dengan susu badan...alhamdulillah. Tak payah susah2 nak prepare thermos kat sisi katil kami. :)

Skrg Zikri dah tido, aku nak tido sama la kan. Esok kerja berlambak menunggu aku. Huhuhhu sgt2 mlas nak fikir pasl kerja tau. Blh buat member kene heart attack la. Bunyi macam kelakar tp ni mmg hal yg serius.

Gud Nite! :)



Monday, July 12

Omongan Kosong

Salam...

Alhamdulillah hari ni selamat menyempurnakan puasa ganti untuk tahun lepas. Huh agak mencabar juga ok, pasal dah biasa makan2 dengan byakkan...tup tup sekali ni terus terpaksa berlapar. Huh ada kebaikan nya kan :)

Mujur kerja2 di ofis yg byak sempat melekakan aku, tp bosan lak pasal member kamceng 1 tempat tak masuk ofis hari ni pasal kurang sehat. Pape pun take a rest la kan buat die.

Pling kecewa, susu badan kurang jadinya. Tp susu badan sebelah kiri mmg dah tak keluar langsung pasal Zikri memilih menyusu sebelah kanan sahaja sepanjang masa. Kata org sebelah kanan nasi tu yg die nak tu kot, heh mesti la cepat kenyang.

Sayang pun ada gak, Zikri blm sampai 6 bln susu dah kering. Tak pe la kan, kalo nak dibandingkan dengan orang lain ada yg dlm pantang pun susu tak kuar2 jugak. Kira bertuah juga la aku ni.

Dear ngan Zikri dah lena di buai mimpi tp aku masih gigih nak update blog. Heheheh...gian juga nak update tp masa sangat2 kesuntukan.

Nak join dear ngan Zikri sleep la....:) Gud nite!


Sunday, July 11

Isu Semasa Aku

Salam...

Malam yg sepi pi pi...aku lepak tgok tv v v..hehehehe tak de maknanya skrg nak tgok lepak tgok tv pasal busy temankan Zikri je sepanjang masa. Ini la pengorbanan kan.

Apsal ntah kekadang aku rasa mcm aku tertinggal byak kisah2 / berita semasa yg aku terlepas. Padahal kat ofis aku sempat jugak selak2 paper "THE STAR" in case kalo paper ni masih ada, kalo dah di ambil org takkan aku nak bace paper cina plak! hah lagi 1 hal nak minta org translate.

Kalo tgok kakak2 ipar aku yg cikgu 2 org tu nampak cam ok je, tak tau la kalo sbb kerja derang stakat 1/2 hari setiap hari. Aku ni sepanjang pagi sampai ke petang.

Bestnya kalo dpt duduk umah saja, jaga anak & siapkan makan minum pakai suami...ehmm bila ek dpt buat cam ni?

Plan dlm masa terdekat maybe no kot, pasal byak hutang2 aku yg tak settle lagi. Kalo blh tak nak bebankan Dear. Dah la beban sedia ada pun tak tertanggung :p

Apsal aku pikirkan masalah ni skrg? hahaha...ni pasal bila ada yg tanya hal isu semasa so terkantoi lak nak jawab. So senyum2 ckp tak tau je la....cit! teruk tul la mama Zikri ni kan.

Berbalik pada kes lain, sepanjang minggu lalu aku dtg ofis dengan selesa sekali. Naik kereta baru kan, maunye tak selesa. Huh "bukan kereta aku" ni la jawapan yg slalu aku bg pasal tak nak org pikir aku beli kete baru. Dah sah2 tu bukan kete aku kan, wat pe nak ngaku! hehehe tidak sekali nak berlagak di jalanan juga ok.

Perlu hati2 bila drive pasal cian kat yg membyar tiap2 buln tp tak dpt nak drive. Harap2 Nyah dah blh dpt lesen la raya nanti, so senang la nak blk kg jenguk mak.

Nak cite byak pun dah lewat, baju nak g kerja esok blm iron lagi. Nak iron pagi aku kene g klinik plak, sempat jalan2 kat jusco bkit tinggi. Sblh ptg td dear ajak g cari kain nak buat baju raya Zikri. Ptg lak g tgok baby jiran yg dah 11 hari lahir. Huh! hari cuti pun busy la....tak de msa nak rest untuk diri sendiri sampaikan kalo aku ingat sejak Zikri lahir aku dah jarang2 sgt nak tido siang tambah2 lak dah duduk umah MIL ni kan. Segan seh....

Ok la now nak buat tu semua, kalo blh tak nak wat pg esok psal kang kelam kabut jadinya. Ehmmm insyaallah kalo tak de aral nak menggantikan pose yg 3 hari terkantoi walaupun time tu tak de period. Huh! time peknen...best je kalo ingatkan.... :) leh senyum sampai pipi.

Ok la.............dah panjang2 dah ni. Chow...Gud nite all! :)


Tuesday, July 6

Cari Baju

Salam...

Malam dah semakin larut, tp aku blm rasa ngantuk lagi gara2 hari ni kurang kerja yg membebankan minda. Alhamdulillah kerja2 di minggu lalu siap selesai sepenuhnya. Dapat la hujung minggu bercuti merehatkan minda.
Aku dah plan dengan dear nak pg jalan2 cari baju raya, tp aku tak plan nak beli baju Zikri yg lastnya memang aku langsung tak beli pasal kesian tgok dear dukung Zikri kemana aje kami pergi.

Kami keluar pergi IOI Mall tempat aku dan dear selalu bermadu asmara time tunangan dulu.
Plan mencari kain pasang untuk raya dpt disempurnakan setelah aku membeli 6 potong kain pasang. huhuhuh bnyak ok lbh RM200 tu, aik tak de la cantik2 sgt kain tu tp ok la pasal lama tak buat baju kan. Tambah lak sepasang untuk adik ipar, sepasang lagi untuk MIL. Untuk mak lak maybe nak cari lain kali lak. heheh rambang mata tgok tau.

Masalah kami bermula time siap2 nak keluar, aku minta dear masukkan stroller siap2 kat kete tp dear buat tak tau. Sampaila ketikanya adik ipar aku nak keluar dia minta husband nya masukkan stroller ke kereta akak ipar aku. Oh ingtkan stroller tu ada kat umah tp dlm BONET KERETA DIA! wah......frust pun ada, pasal kalo nak dibandingkan die cuma keluar nak cari barang2 sket je. Dear kata tak pe la dear blh dukung Zikri so aku accept kan juga ok walaupun aku dah bayangkan awal2 macam mana keadaan kami nanti.

Sampai2 kami pusing2 jap, dear duduk ngan Zikri kat luar aku masuk kedai kain pusing2 pilih kain. lepak2 kat Jusco bagi Zikri susu the kami pergi makan Pizza Hut plak. Sgt tension ok bila mkan pun kene gilir2 mujur Zikri tak meragam. Oh dear kenapa la stroller tu mereka yg guna................. hua...memang nak nangis tau pasal kata dear mak cik bg stroller tu pada kami. Tp buat masa ni blm sekali pun kami dpt rasa gunakan. Lastnya dear kata tak pe la kita mengalah saja nanti cari stroller sendiri. Kesabaran je la aku tau ngan perangai org ni.

Harap2 Allah berikan aku kesabaran yg tinggi dek kerana aku ni cepat melatah dengan sikap sesetengah org. Alangkah indahnya jika semua yg kita rancang menjadi kenyataan. Tapi hanya Allah saja yg tau hikmah disebalik suatu kejadian tu kan. Yg pasti kami tetap gembira setelah hidup ber3! :)