Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, June 27

Majlis Cukur Jambul

Salam...

Oh lamanya tidak menaip skrg ni dek kerana sentiasa kesuntukan waktu. Minggu ni kerja aku asyik terganggu tapi alhamdulillah dpt jugak aku laksanakan tugas2 penting. Kalo minggu lepas amik cuti nak tolong k ton masak untuk kenduru tahlil minggu ni plak aku terambik EL pasal terlalu sakit untuk kugagahkan diri nak pergi klinik. Hari Sabtu memang dah apply cuti pasal nak buat majlis cukur jambul Zikri.

Malam sabtu, aku ngan dear kuar cari barang untuk masak2 esok pg. Siap bawa keluar Zikri sekali ok, MIL kata bawa la pasal cian nanti kalo Zikri tinggal tak de sapa nak tunggu sebab MIL nak buat karipap. Buat pertama kali aku ngan dear bawa Zikri keluar pergi Econsave, mula2 ok la tp last2 bila dah ngantuk mula la die meragam. Mujur ada puting tp masalah nya cian lak tgok die tido sambil didukung so aku lari g kereta la, ni kes dear tak mau bawa stroller ok.

Menu majlis cukur jambul ayam masak kicap, sambal tumis udang, ikan rohu 3 rasa sumbangan a. wan, sayur lodeh, kuih karipap, kuih seri ayu sumbangan a. wan, kuih bahulu sumbangan bibik dear, buah pisang dan jugak buah tembikai. Syok ok, menu malam tu. Heh memang penat la nak siapkan tp yg penting berbaloi. Ingat nak buat akikah sekali tp dear kata tunggu la nanti2 kalo adik2 nya ada yg kawen ke blh bagi lagi ramai org yg makan. Ok jugak la kan idea tu cume tak tau bile la plak.

Mak, yang & keluarga, abg & keluarga serta akak dtg dari pihak aku, miss mak already ok. Majlis bermula lepas maghrib, agak ramai jugak la tetamu yg dtg. Alhamdulillah makanan berlebih juga walaupun pada mulanya di sangka tak ramai yg dtg. Ok la mata dah layu + takut Zikri bngun lak so layan la semua pic ok. :)

Tuesday, June 15

Anniversary

Salam...

Update kali ke 2 buat hari ni, bukan apa saje nak mengingatkan diri tinggal lagi 1 bulan, 1 minggu dan 1 hari. Apakah hadiah yg bakal aku bagi dan terima pada tahun ni. Heh yg pasti Zikri adalah anugerah terindah kami. Ehmmm kalo tak silap hujung minggu ni ada sales kat jusco klang, agak2 blh g sana cari hadiah kot. heheehhe tp rasa mcm tak berapa seronok nak celebrate la tahun ni pasal duduk skali ngan MIL so no privacy ok. Yg ada ialah kelebihan MIL sanggup nak jagakan Zikri. Alhamdulillah syukur aku tak payah susah2 nak bawa Zikri ke hulu ke hilir setiap pagi dan petang.

Ok la ada masa sebulan lbh lagi untuk aku fikirkan. Now time to sleep....gud nite :)


Kami Perlukan Ruang

Salam...

Yeahaaaaaa....hari ni dalam sejarah aku kerja kat Mega Mayang ni pergi mengemaskan stor yg agak2 comel saiznya. Walaupun terpaksa berpanas tp aku terpaksa juga lakukan dek kerana akan datang lagi banyak dokumen maupun fail serta drawing yg akan aku campakkan kesana juga. Oh mujur aku dan Connie diberikan kesempatan masa pg ni untuk laksanakan tugas ni. Tiada tender yg nak submit sepanjang minggu ni walaupun ada sedikit gangguan semasa kami di bawah.

Kemas! tu la yg blh aku katakan, kalo tidak dah macam tongkang pecah. Nak letak fail, dokumen & drawing entah dimana. Terpaksa di campak di lorong2 tengah2 laluan. Kalo ikutkan hati rasa mcm nak campak keluar je tp payah plak kalo ada yg minta aku carikan doc yg lama2 tu. Serba salah jadinya sekarang ni.

Hampir 2 jam berhempas pulas kemaskan akhirnya semua ruang yg bakal kami gunakan akan dtg dah tersedia. So next time harap2 jgn ada plak org lain ambil kesempatan dengan ruang yg sudah kami siapkan untuk bahagian tender. Ni kerana kami pernah mohon pada pihak pengurusan dpt kan satu ruang untuk letakkan semua doc lama tapi langsung tiada tindak balas yg kami terima so ni la kesudahannya. Terpaksa dibuat walaupun kami penat, tiada elaun maupun komisyen tambahan...hehehehhe ok la ikhlas la kami buat ni semua.

Sekarang kelaparan, nak makan nasi!!!!!

Monday, June 14

Menghadiri Jemputan Bertiga

Salam...

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan masa dan ruang untuk mengupdate blog malam ni. Walau pun dilanda kebisingan yg amat dek suara anak2 buah tapi aku perlu gagahkan juga nak menidurkan Zikri dengan tenang.

Ptg sabtu lalu opah Zikri dari kg datang untuk menghadiri jemputn perkahwinan adik ipar pak cik. Aku dan dear bersama Zikri sempat join sekaki pasal time ni la nak bagi opah jumpa cucu setelah hampir sebulan tak jumpa. Apa yg opah blh katakan?heehhe "semangatnya badan Zikri ni" hahahhaha memang semangat sekarang ni sampaikan anak2 buah panggil macam2 nama panggilan. Gendut la, gempal la, chubby la.....pape je la kan asalkan Zikri sihat sentiasa.

Malam minggu aku, dear ngan Zikri tido di umah akak di puchong. Tp biasa la, maybe beralih tempat tido so Zikri meragam sket la tak nak tido. Di pujuk2 lastnya tido la jugak tp pg2 kul 6 lbh die dah bgun pasal dengar bunyi opah tgh masak2. Bese la kan umah flat kecik so tido kat hall depan dapur lak kat bklg tu pasal dgr bunyi.

Tghari pergi jemputan di Taman Medan dengan mak dan akak skali. Kalo ikutkan hati nak tunggu sampai pengantin bersanding tp dah pukul 12 lbh masih dimekapkan lagi pengantinnya, makanya aku dengan tanpa segan silu ajak mak ngan akak blk. Kalo nak tunggu maunye aku tak berkesempatan nak tgok intan bersanding. Ni pun dah ku abaikan nak tgok intan sanding, dpt tgok intan pakai baju pengantin lagi ok la.

Gerak g Tanjung Karang umah mertua intan, nak blk kg last week mlas pasal cian lak nak bawa Zikri jalan jauh ni. Kalo ikutkan dear nak jalan2 kuar umah pun tak bagi tau. Sampai umah mertua intan mak oiiiii umah betul2 tgh bendang, terpaksa menapak hampir 5 - 10mnt!! nasib baik time kami pergi ada kereta masuk. Dah di ajak tumpang dlm kepanasan apa lagi baik jgn lepaskan peluang keemasan ni...:)

Nasib kami baik, intan baru selesai bergambar outdoor yg pastinya berlatar belakangkan permandangan sawah padi di belakang umah mertua intan. Kalo ikutkan nak makan tp ntah la bila dah sampai rase kenyang lak, minum2 je la. Sempat la intan ajak kami bertiga ambil gambar bersama ngan pengantin di atas pelamin. Walaupun mula2 agak malu tp lastnya ku turutkan juga la kehendak pengantin.

Sempat melayan suara2 sumbangan pengantin baru menyanyikan 2 buah lagu. heh mujur time aku kawen dulu tak kene paksa cam ni. Kalo tak, tak tau la nak lari g mana...hahahha Hampir kul 4 kami gerak blk, tkut kang terlewat lak. Tak elok kata mak kalo baby time senja2 kat luar.

Sempat melayan Mc Donald sambil lepak2 tgok ikan dan kura2 di tasik kota kemuning. Tp sayang kura2 agak kurang plak ptg tu. Sampai umah MIL kul 6 lbh, mandikan Zikri pas tu tidokan terus.

Saat pling mencabar tiba malam hari pasal MIL kata maybe Zikri penat g jalan2. Die menangis sekuat hati walaupun MIL yg pujuk. Aku lg la mati kutu! aku bukan pandai bab2 jaga baby, skali kene mcm ni mak oiiii rasa cam nak nangis sekali. Tp aku perlu tabah, MIL suh dear g bawa umah atuk yg pandai tgok2kan baby ni. Alhamdulillah setelah atuk bacakan surah yassin depan Zikri die nampak lega sket. Sampai umah bg susu terus tido, ni mesti keletihan tambah plak tido tak cukup.

"Ya Allah, memang maha kaya kuasa Mu. Berikan aku dan suamiku kekuatan, kesabaran, ketenangan jiwa dan kemudahan untuk mengharungi dugaan semasa membesarkan Zikri. Ini lah pengalaman pertama kami, insyaallah akan kami cuba corak kan Zikri dengan corak2 yg terbaik."