Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, May 30

Bola & Zikri


Salam...

Oh tidak hari ahad juga dear terpaksa kerja ke!!!huh tp nak halang langsung aku tak kuasa pasal kalo dear tak kerja bukannya kitorang dpt kuar g mana2 pun. Cian Zikri kalo bawa kuar jalan2 nanti, bukan apa kalo nak dukung cian die lenguh2 lak kalo nak letak kat stroller ntah la cam takut je tambah2 lak ngan keadaan Zikri yg masih kecil ye la br masuk 2 bln.


Kerja kat umah hari ahad ni lepas MIL kuar g rewang kat umah jiran. Jemur kain, masak2 dan jugak kemas2kan umah MIL sket. Aku masak "ungkep" ngan tumis sayur je. Nak masak lbh2 tak nak la pasal nanti MIL blk rewang mesti ada dpt berkat.


Skrg Zikri suke tul main ngan ayah, maklum la ayah suke tul layan die cite2...walaupun kekadang tak de bunyi langsung. Paling tak tahan dear dah excited nak tgok Zikri jalan. Hahaahha...dear slalu ajak Zikri ngan main2 kakinya..Zikri tendang kuat tau! :) Penangan ayahnya suke bola so anaknya pun terpaksa suka bola juga la ni.


Esok nak kerja dah, hmmm malas tul la. Pg ni pulak terlajak bangun kul 7 psal kul 5 dah bangun layan Zikri. Alahai la masa, cepat tul cuti 3 hari berlalu walaupun duduk kat umah je. Hmmm aku rindu kan kg halaman la plak!!!!! :( huaaaaaaaaaaaaaa


Saturday, May 29

Salam Sabtu

Salam...

Sempat jugak akhirnya aku bersiaran pada waktu siang, walaupun kalo ikutkan mata ni kalo bawa baring dan tido mau lelap sampai asar jawapnya. Huhu...hari ni duduk umah sendirian bertemankan Zikri. Now Zikri kat dlm buai so blh la buat kerja umah sket.

Mil ngan adik2 ipar kuar pg jemputan bibik kat Shah Alam. Nak ikut tp cam mlas je lg plak dear kerja. Pg2 lepas mandikan Zikri sempat layan tv tgok cite kartun sambil tidokan Zikri kat dlm buai, huh lama lak tu kalo tido kat buai. Cuba letak kat bawah tiap2 jam bangun la jawapnya. Tghari td lepas tukan pampers, bagi susu terus tidokan blk kat dlm buai.

Friday, May 28

Buai & Susu

Salam...

Selamat Hari Wesak! hehehhe yg pasti aku cuti setelah 4 hari kerja minggu ni. Wah memang very2 upload kerja. Ni kes aku dah lama tinggalkan kerja so sikit sebanyak lupa juga la kan. Terkial2 nak cari brg tp tu untuk 1st ngan 2nd day je la ok. Yg pasti hari2 kemudiannya semua berjalan dengan lancar semula.

Hari ni duduk umah layan Zikri je, dear lak cam bese la kene kerja dek kerana SYABAS tgh berusaha nak membuang mana2 kontraktor yg tak memenuhi kehendak mereka. Dek kerana nak masukkan kroni kontraktor yg lain menjadi mangsa keadaan. Sabo je la.

Skrg Zikri tgh lena diulit intan so ni time for mama untuk berblog plak! huahahhaha...ptg2 dah sempat tgok blog tp langsung tak sempat nak update.

Tghari dear blk umah rehat nak solat jumaat sempat jugak keluar pg mencari buaian mesin untuk Zikri. Ni kes takut Zikri tak tido lena nanti kalo nenek yg jaga, lg pun mesin buaian yg ada untuk Irfan takkan nak share2 guna kot. Better beli so sendiri nak pakai ke tak nak pakai ke terpulang la.

Kalo ikutkan aku nye plan, tak nak bg Zikri tido buai tp kesian lak ngan MIL yg jg kat umah ni 2 org baby. So terima mana je yg baik, yg penting mlm Zikri tido atas tilam.

Lg 1 hal susu, plan aku nak bg full breastfeed tp tak blh lak pasal sume org dok kata susu kurang. Geram gak, pasal tak de sokongan langsung dr org lain. Nak tak nak dear ikut kata MIL bg susu botol. Buat masa ni time aku kerja bg susu botol time aku kat umah aku bg susu badan la. Tu pun time kat ofis dah rase full sgt breast tu sampaikan kekadang rase tak selesa. Mujur tak sampai tahap basah baju, pernah basah tp kalo pakai baju kurung jarang la nak nampak kesan basah tu.

Teruk kan, semua yg aku rancang fail lak aku rasa. Tp tak pe la as long as Zikri berada dlm keadaan yg sihat dan sempurna hendaknya.



Hampir 2 Bulan

Salam...

Yes!!! hari ni khamis so esok cuti panjang lagi la nampak gayanya. Tp sayang cuti yg ada tak blh nak g mana2 la. Cian plak nak jalan2 kuar bawa Zikri, kang kalo dukung maunya aku penat, dear penat Zikri pun sama penat gak. hehehe.... :)

Skrg dah lewat mlm baru sempat nak update blog, mlm ni Zikri meragam tak nak tido plak. Huh! sabo je la kan. Nasib baik die nak gak tido lepas disusukan, didodoi2kan ngan ditepuk2 sket. hmmm tido lena ye sayang...malam ni mama jaga sayang sorang2 pasal ayah terpaksa keluar kerja.

Tension amat lak bila tgok dear 2 mlm berturut2 kerja. Time aku blk keje nampak dear tido mls rasanya nak kejutkan. Lastnya terpaksa juga pasal ada call in dari member kerja. Tak nak bagi tp dari pada kawan tu asyik call je baik aku bg je kat dear hp tu.

Zikri sepanjang minggu ni aku kerja di jaga dengan rapi oleh neneknya. Kesian gak nenek kene jaga2 org baby, anak adik ipar yg baru 5 bln lbh. Bezanya skrg ni Zikri kerap tido dan tak byak kerenah Tp akan dtg sapa yg tau kan? Amat sukar nak dpt kan pengasuh plak time ni, puas dear tanya semua org dah book awal2 la plak. Kekadang rasa cam nak marah je, tp nak buat mcm mana kang kalo aku hantar die tak jaga Zikri ngan baik aku juga yg frusttt tertonggeng!

Tambah2 plak skrg ni ada je kes yg tak elok terjadi kat baby. So ada kebaikan juga kalo MIL yg jaga cume kesian tu je la yg menebal dlm hati aku ni.

Nenek ajar Zikri tido dalam buai, walhal aku ngan dear plan tak mau Zikri tido buai. Ni kes tido kat tilam terganggu dek bunyi2 bising la ni. Heh esok nak tgok mau tak Zikri tido kat tilam macam dulu2.... :) kalo tak lena abes la aku kene cari buai plak.

Hal kerja dlm seminggu ni, memang la bosan. Ingatkan cuti 2 bln sampai la pc baru untuk aku, last2 org lain plak yg merasa. Aku dpt pakai pc lama ngan pinjam CPU org. Huh! pling skit hati bila request nak dptkan CPU @ set PC baru ditolak mentah2 dek bos purchaser atas alasan tiada peruntukan.

Hampir setaun aku kerja dan hampir 6 bulan aku duduk tender department aku hanya bekerja dengan berkongsi pc. Sape tak bengang kalo tiap kali tgh rush tender aku terpaksa pinjam pc org lain. Tak pe la kan mungkin nasib dah tertulis aku terpaksa berkongsi pc ke..hahahaha sedapkan hati la ni.

Next week genap Zikri 2 bulan, selasa dah confirm ngan klinik desa nak bawa Zikri g check up ngan inject untuk 2 bln punye. Ayark...ramai kata bby akan demam, nurse pun ada bgtau masa kat kg tu ari. Nak kene makan ubat demam dulu ke? pasal ada yg bgtau makan dulu so tak de la lepas tu baby demam teruk.

Ok la now time to sleep..gud nite!


Friday, May 21

Cuti @ Cameron Highlands

Salam...

Alhamdulillah sekarang aku ngan family dah selamat kembali ke tanah tumpah darah Zikri, Selangor. Kami sampai dari Cameron Highlands hari rabu lepas. Plan nak tido sana 2 malam tp dear kene blk awal pasal nak kerja so nak tak nak balik awal juga la.

Gerak pergi Cameron pg selasa, mak siap kirim macam2 makanan lagi tp ntah la ada yg elok blh dimakan ada jugak yg dah tak brape nak elok. Kami sampai di Tanah Rata kul 2 ptg, terus g check in kat Century Pines Resort Hotel. Kira lokasi agak strategi pasal dekat ngan hospital, masjid, bandar tanah rata dan juga taman2.
Sampai je kat sana nak kuar pun rase mls pasl cuaca berkabus diiringi dengan hujan renyai2. Aktiviti ptg tu cume tido je la, nak kuar pun hujan makin lama makin lebat. Makanan dear yg pegi dapatkan ikut selera tekak dear ngan aku la. Alhamdulillah Zikri tido lena dan tak de la sebarang masalah yg timbul sepanjang masa disana.
Sepanjang malam lepak kat bilik berbual2 suami isteri dek kerana lama tak berborak panjang. Kesempatan masa yg ada jangan disia2kan ok! :)


Pg Rabu check out hotel, amik gambo sket trus gerak g Brinchang nak tgok apa yg ada kat sana rupe2nya tak ada apa yg menarik pun. Terus gerak cari ladang strawberi plan nak petik tp skali bukan musim la plak...huhuhu kesian kami bertiga. Tak pe la kan, asalkan dpt beli & makan strwberi fresh cukup la.


Teruskan perjalanan pergi ke Riglet tp sebelum tu singgah kat tempat tanam teh cameron amik gambo je. Nak lepak lama2 cian lak pasal zikri tido time tu kat kete sorang2. Dpt jejak kaki kat sana kira dah cukup la kan, pasal memang dah lama plan nak kuar jalan2 bertiga ni, lg plak ni 1st time kami jalan2.

Pling tak best pg sana keadaan jalan yg sgt2 memeningkan kepala aku ngan Zikri. Mujur Zikri tu tak pandai nak cakap kalo tak maunya die komplen apsal jalannya bengkang bengkok! hahahah...Tp apa2 pun kami bertiga enjoy!

Tuesday, May 18

Short Entry

Salam...

Wah tersangat lama tidak mengupdate blog. Bermacam2 perkara dah terjadi sejak sebulan yang lalu.

Alhamdulillah tempoh berpantang juga dah tamat pada hari Khamis lepas makanya tiada lagi pantang2 makan. Cume mak berpesan jangan makan 4 5 jenis makanan lagi sampai la umur Zikri cecah 3 4 bulan. Antaranya makanan laut - pasal mak takut aku alah plak... teh - katanya penyebab sembelit dan blh sebabkan sakit pinggan pasal teh ni angin untuk sesetengah org....buah mangga - yg ni tak tau la apa alasan spesifiknya....belacan - takut gatal...so buat masa ni aku tak amik la makanan yg dilarang mak ni. Baik juga kalo kita dengar nasihat org lebih tua ni kan.

ada byak pic Zikri yg nak upload kat sini tp line tak brape clear lak... hehe la ni tgh update blog @ Cameron Highlands while Zikri tido sambil ayah temankan die. Rilex la sket kalo time die tido.

Ke"chubby"an Zikri dah bertambah2 macam di pam2 kan je aku tgok. Tau je la suke betul die isap susu badan. Huh dek kerana itu aku akan cepat rasa kelaparan. Mak kata tu normal pasal abes Zikri isap apa je yg aku makan, wah...kalo makan byak pun masih terasa cepat lapo juga. Alang2 baik makan byak tu je kang kalo makan lebih naik plak berat ni yg sedia ada berat..hehehehe

Dear dtg jemput kami kat kg hari ahad lepas, hari isnin sempat keluar g jalan2 cabut gigi...uh sakit tu tak blh nak kata pasal langsung tak sakit...hahahhaha tp yg penting tak de lagi denyut2 time aku nak tido yg sayangnya muda2 gini gigi dah rongak la plak....huaaaaaa...

Ok la next time akan update lg, time tu insyaallah akan ada byak pic Zikri yg aku akan uploadkan.