Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, March 27

Chandayu Restoran

Salam...

Semalam ikut dear jalan2 cari tempat di Banting plak, bertolak pun time lepas solat jumaat. Ok la kan lg pun kitorang dah makan tghari awal plak semalam. Ntah pasal pe la plak aku pun tak tau maybe pasal cepat lapo skrg ni kot. Kuar terus g cari tempat, dear blanja makan goreng pisang, kropok lekor, popia goreng dan juga air tebu. Ish sedap la kan kalo minum time panas2 tu.

Siap je buat kerja dlm kul 6 lbh aku ajak dear g makan, dear bawa aku g makan seafood kat pulau indah. Oh memang ni yg aku mintak2 dr dulu lg tp cian la tgok dear asyik penat je tiap kali balik kan. Dengan rela hati aku pun ikut je la.

Orang blm sampai tp kami dah sampai dulu, tak pe la asalkan kedai dah buka kan. So dear pilih makanan aku tukang order nak masak apa. Tak tunggu lama maybe pasal kitorang je customer petang tu. Dlm 15 minit kot sampai sudah, memang pantas ok. Permandangan memang indah pasl kedai ni dekat jeti untuk org memancing, cuma jalan nak g kedai ni je yg sedikit menyeramkan perasaan.


Menunya nasi putih, ikan siakap masak 3 rasa, sambal sotong, udang goreng tepung, sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Ni pun kiranya cukup makan berdua la, niat di hati nak amik ketam pasal nampak besar2 je tp dear kata cukup la pasal dah banyak dah tu kitorang amik. :) nafsu kan!

Harga memang berbaloi tambah lak dengan kekenyangan dari petang tu sampai la kemalam. Pg ni pulak aku tak blh sarapan pasal kene g klinik buat BSP. Tp ok la untuk memuaskan nafsu makan tu dengan masakan yg sedap dan kene la dengan harganya.

Oh Aduan Rakyat

Salam...

Tergerak hati sejak lepas tgok rancangan aduan rakyat hari Rabu lepas tp tak berpeluang nak menaip sebarang komen lanjut aku mengenai masalah harga makanan di AEON Bukit Tinggi dan juga masalah penyediaan makanan tidak halal kerana di sediakan oleh pekerja asing dan bukan muslim.

Ketara sangat la juga aku tgok sekarang ni di mana2 hypermarket pasti nampak bangsa2 asing yg memonopoli dalam bidang kerja ni. Ada ke org kita ni yg nak kerja macam ni? sendiri fikir je la ok. Aku selalu juga la makan di AEON Bukit Tinggi ni pasal dekat je ngan office lg pulak ada byak pilihan makanan yg blh aku makan. Part yg jual hot plate tu mmg bukan melayu pasal kalo ko cakap maupun tanya panjang lebar derang tak kan jawab sepatah pun. Dah sah2 derang tak faham la kan, derang cuma tau amik kod makanan tu je.

Ish 3 4 kali juga aku dah makan kat food court ni tp blm pernah la kene harga makanan melambung tinggi. Maybe pasal aku lbh suka pilih makanan set maupun mmg 1 jenis saja bukan nasi campur. Rata2 pekerja disini memang bukan melayu dari tukang sediakan makanan sampai la ke tukang kutip pinggan. Kalo ada pun melayu ntah la maybe la sorang 2 je aku nampak.

Bukan kat AEON ni je tp kat tempat lain pun mmg ramai pekerja asing gak. Kat giant Shah Alam, dulu yg buat hot plate melayu tp sekarang ni aku tgok bangla plak. Huh so nampak gayanya pas ni kalo nak makan kene la masak sendiri pasal kita pun tak tau sejauh mana kebersihan maupun status halal makanan tu kan. Kalo tak silap giant Klang masih dimonopoli pekerja melayu kecuali ada 2 3 gerai yg bangsa cina dan juga indonesia yg jaga.

Pape pun sejak melihat rancangan ni maybe aku beralih selera dengan makan di kedai makanan segera tak pun kedai makan melayu yg biasa aku pergi je la. Kalo sekali sekala teringin lebih baik lihat2 pandang2 dahulu dengan keadaan kedai maupun yg bekerja di kedai tu. Moga2 kita sentiasa berwaspada dengan tipu helah masyarakat bukan muslim ni. :)



Friday, March 26

5 Hari Je Lagi

Salam Jumaat...

Huh tinggal lagi 5 hari tp msih blm ada tanda2 baby nak keluar lg ni. Penat dah jenjalan sana sini. Semalam g check up last kat klinik desa kg so hasilnya ntah nape la BP ni kalo buat kat klinik desa mesti naik mencanak tak pasal2. Berdebar2 tunggu bby nak keluar la ni. Yg lain semua dikira ok lagi cume berat turun hampir sekilo padahal pg tu dah makan roti canai 2 keping setengah. Dear lak makan sekeping setengah...hehehhe kuat betul lak aku makan roti canai nih!

Hasilnya,

Ahad (28/3) - BSP last sebelum baby keluar. (Oppppsss Cik Misi klinik kg baru je call, esok kene dtg buat BSP so bermakna hari ahad blh la berjimba2 jalan2 sukaria dengan dear. :))

Isnin (29/3) - Review scan kat hospital klang sebelum sampai due date.

Rabu (31/3) - Kalo bby masih blm keluar kene admit kat hospital juga la nampak gayanya. Pasal aku tak dibenarkan overdue dek kerana kes BSP ngan BP la ni. (Oh moga2 kelahiran indah ni berjalan lancar la walaupun nak dikeluarkan secara paksa)

Buat masa ni 3 tarikh ni yg perlu aku ingt. Dear pun dah siap plan nak amik cuti hari isnin tu, maklum saja la sekarang ni dear takkan benarkan aku pegang stereng kereta kalo nak g mana2 tempat yg jauh. Cukup2 la selama 9 bulan mengandung mak buyung ni bawa kete sendiri g mana2 maupun menghantar, mengambil MIL maupun sesapa saja yg berkaitan dalam keluarga besar kami ni.

Tinggal 5 hari keadaan semakin getir kerana kalo tido malam tu tak sah la ulang alik g toilet. Paling tak syok ngan kes nak buang air besar pasal rase cam tak selesa sgt, maybe ni yg org kata sembelit time pregnant la ni. Oh moga2 pas ni keadaan menjadi lebih baik la harap2nya. Eja suh g jalan2 kat AEON Bukit Tinggi, oh tidak time blm gaji ni sgt kesayangan dengan itu duit ok. Padahal dlm hati kalo dpt jalan2 ngan dear kat Mid Valley ok la sgt! (kes dah lama tak jejak kaki kat MV la ni) :)

Apa2 pun ku panjatkan doa buat yg maha esa, semoga kelahiran mau pun kesakitan dapat aku dan dear hadapi dengan penuh ketabahan. Apa yg penting, SALAM KEMAAFAN DARI AKU JIKA TERDAPAT SEBARANG SALAH DAN SILAP SELAMA INI


Wednesday, March 24

Jalan-Jalan

Salam...

Dah masuk hari ke tiga aku start cuti, kalo ikutkan masa hari ni dah masuk 39 minggu. Oh sgt kesabaran menanti keluarnya bby comel kesayangan ni. Tak nak keluar awal tak pe jgn sampai kene paksa keluar sudah la ye... moga2 tak de la kene paksa ni, seram ok. Kalo blh biar la keluar bila masa die nak keluar kalo paksa2 ni cian je rasenya.

Esok maybe jadi last day g klinik desa pasal pas tu kalo tak kuar gak kene paksa kuar kat spital la jawabnya. Yang tu dah tak blh nak pilih spital lg la, kene ke klang juga la jawabnya. Sekarang tgh menunggu sebarang tanda2 awal je, kalo ada dalam minggu ni ok jugak.

Semalam seharian kuar jenjalan pusing2 selangor...eh bukan jenjalan 1 selangor ok tp dok je kat dlm kete dear yg drive. 1st g Puchong, pas tu g Serdang, siap kat serdang kitorang gerak g PJ plak. Last skali g Shah Alam. Heh kalo ikutkan hari ni dear nak bawa pusing2 area klang plak tp dear ada keje lain. Sronok gak g jalan2 tp kaki ni kebas juga la pasal duduk lama sgt! Bila sampai kat umah perasan sgt apsal la kaki ni sembab semacam je. :)

Ok la hari ni nak buat keje umah sket, kalo ada kerajinan rase cam nak masak sesuatu la. Heh tunggu........ :))



Monday, March 22

Mungkinkah?

Salam...

Semalam berkesempatan menemani dear ngan MIL pergi melawat mak cik dear yg tak berapa sihat di rantau panjang. Alhamdulillah ke dua2 mereka dah sembuh semula seperti sediakala. Kuar umah MIL lepas makan tghari pasal dear tak nak aku masak la ni, lgpun MIL masak roti canai pagi tu dear cam tau2 je dr semalam la tu. Hantar Ucu g naik bus kat Klang sentral. Sempat nak singgah toilet tp mak oiiii sampai 60 sen sorang. Cam nak cekik2 je autie india yg jg toilet tu. Dah la toilet tak de la bersih mana. Tisu pun tak de kene beli lak tu...Hampeh!

Gerak g umah mak cik dear kat rantau panjang klang, mak cik dear lbh siap tegur lak tak lama lg aku blh bersalin la ni. Huh! ok la sgt kan, kalo ikutkan hati mmg nak bby kuar minggu ni gak pasal kalo blh tak nak la paksa2 ni kan. Biar la die kuar bile masa yg die nak, cume jgn la kene paksa. Ok bby kuar la minggu ni ek, mama ngan ayah dah tak sabo nak timang baby sendiri ni. Asyik2 mama sorang je yg kene kick nak gak bg ayah rasa penangan bby kick real punyo ok! :)

Katanya hidung nampak kembang, kaki nampak sembab dah kurang, hidung berkilat pun ada gak katanya...so suke la aku, tinggal tungga masa je la skrg ni lg pun dah cuti kan. Dear je la yg kene keje tp aku stanby la dulu kalo ada tanda2 awal ok la kan, jgn tetiba je nanti haru la plak dear nak blk. Heh..

Blik dr umah mak cik dear singgah kat hospital klang nak melawat hariz tp time melawat plak dr kul 5 sampai ke 7. Bengang sungguh la kitorang dah la sampai sana kul 4 ptg, takkan nak tunggu sampai sejam lg. MIL kata blik je la, mintak2 hariz dah ok dan esok blh la blk umah. :)

Sunday, March 21

Sembang Ahad

Salam Ahad...

Kalo ikutkan semalam aku kene gerak pergi jemputan kawen kawan sekelas time study kat poli 5 tahun lepas. Tp dear memang melarang keras pergi sana sejak dari hari khamis lepas pasal aku dah tunggu masa je nak due kan. So tak nak melawan aku ikutkan je la kate dear. Maybe ni yg terbaik buat masa ni kot. Abeskan masa bersama2 berdua-duaan.

Pg tu pas sarapan dear gerak g umah MIL tp tak de kerja cuma nak kene pg tgok site je. Dear pg tukar tayar ngan servis kete jap pas tu kul 12 amik aku g Kg. Melayu Subang. Hmmmm blh than gak la kan ngan cuaca panas ni, air cond kene sentiasa idup je la. Dpt makan nasi briyani kat mamak tu pun pasal mamak tu briya2 nak kitorang makan nasi briyani die. Ceh tak de la sedap mana pun, mujur la tak mahal.

Saturday, March 20

Semoga Cepat Sembuh


Salam...

Semalam sebagai last day kerja aku terasa memang busy sesangat dek kerana ada 5 tender yg patut aku uruskan bertiga tp tinggal berdua. Malang plak Ida memang blm fasih lagi dengan hal2 tender ni so aku kene push sket la kan walaupun ada masanya nak amik nafas pun rasa tak sempat. Tapi alhamdulillah siap semua tender tepat pada masanya walaupun dalam keadaan kelam kabut. Sampaikan sehingga kul 6 petang baru la dapat rehat, duduk2 dengan lega tp dear plak dah sampai nak amik aku.


Kuar dari ofis gerimis halus. Mujur dear dtg amik so tak la risau sgt. MIL, K Ju, Ucu ngan 2 org anak buah ikut sama. Mak aiii berhimpit jugak la aku tgok kat belakang tu pasal MIL bg can aku dok depan. Hmmm ikutkan je la, nak kata selesa tak juga la kan, dlm hati cian ngan derang tp nak buat cam ne kete ni je yg mampu. Kitorang ramai2 pg melawat Hariz anak lelaki k nab kat hospital Klang. Dah semalaman dia tinggal kat wad, so MIL pun risau gak la kan tu yg dear ajak tgok time pas aku keje.


Kecian, tu je la yg mampu aku luahkan. Bukan apa cian tgok budak kecik2 dah kene cucuk pas tu kene gam lak pasal tangan tak mau diam. Tp nak buat cam ne kan, kalo blm sembuh selagi tu la derang terpaksa buat. Ramai juga budak2 kat wad 6B, ye la kan nama pun wad kanak2 so ada macam2 kes la yg tak tahan aku nak tgok. Blik kul 7 lbh terus g umah MIL dan singgah makan sebelum balik umah. Malam tak kuar g mana2 pun juz dok umah layan astro ngan fb je la. :)



Wednesday, March 17

38 Minggu da...

Salam...

Hua....tinggal 14 hari je lagi, tp buat masa ni blm ada tanda2 nak keluar lagi da. Dalam hati kecut perut pun ada seronok pun ada gak :) Esok ada temujanji dengan akak2 nurse kat klinik kat kg ni, mintak2 semuanya selamat sampaikan tak memerlukan aku bergerak ke klinik ibu anak di Klang maupun ke hospital klang. heh bukan apa kan, kekadang derang ni takut nak buat keputusan derang terus je campak g spital mau pun klinik pasal time check up bese dr tak stanby kat klinik.

Oh kerja oh kerja...minggu ni insyaallah minggu last aku keje pasal takut lak tetiba sakit time kat ofis lak. Bukan apa memang la sekarang dear yg hantar dan amik tiap kali pergi ngan balik kerja. Tp risau gak kan, mau 1 ofis menggelabah panik tgok aku sakit. Nak elakkan org lain susah baik aku amik cuti awal2. 2 bulan bermakna hujung bulan 5 aku kene masuk ofis blk. Hua....rasa tak mau fikir nak masuk keje blk. :)

Cukup setakat ni je la, esok aku sambung cite pasal check up lak. Mintak2 semua ok la kan. :)

Saturday, March 13

9 Bulan 10 Hari

Salam...

Dah cukup 9 bulan 10 hari tp baby blm masa lagi nak keluar buat masa ni. Heh nak buat cam ne kan, tunggu je la. Last week g check up kat klinik kat kg semua ok kecuali BP naik. Ni gara2 kes 2 tender masuk semalam la ni yg buatkan aku ngan geng tender department bengang. Oh jgn la menyalahkan org lain maybe tu kesilapan aku jugak kot kan. So trima saja la ngan hati terbuka. Lepas check jantung baby, perut ngan bengkak kaki nurse minta aku g follow up kat klinik ibu dan anak di Klang petang tu jugak. Mujur la awal2 dah mintak 1/2 day leave kalo tak maunye terkial2 time tu nak call office minta 1/2 day. Ada plak yg HR membising kat aku nanti.

Sampai KKIA Klang semuanya ok, dr kata aku kene g buat BP setiap minggu 2 kali...isnin ngan khamis. Tak pe la pasal hari isnin aku kene buat BSP lg pulak setiap khamis kene g klinik pasal dah masuk 37 minggu. Selamat la jugak kan, tak payah la nak mintak cuti maupun 1/2 day selalu sgt. Cuma memang tiap khamis kene amik 1/2 day la kan, rugi rasanya kalo tak dtg keje sehari sekarang ni, dok umah kan bosan. Insyaallah minggu ni minggu last aku keje takut2 lak nanti kalo kene sakit time kat office panic semua org lak. Plan ajak dear blk kg rehat sebelum bersalin langsung dear tak layan pasal kang kalo bersalin kat kg tak de can la mak dear nak jg. Ceh langsung tak de tolak ansur ini org kan. :)

Makanya seminggu akan datang aku akan last keje sebelum menunggu masa tibanya untuk baby ni keluar. Biar la aku rehat puas2 kat umah dan bercinta selagi maunya bersama dear, hehe... nurse bgtau kalo masih blm keluar next week hari khamis aku kene dtg lagi la, makanya next week akan jadi last time aku amik 1/2 day la sebelum baby keluar. Moga2 baby keluar time aku cuti la kan, so tak la membazir cuti amik awal2.

Minggu ni ada byak plak jemputan kahwin yg aku kene pg, tp sayang aku kirimkan je la kat mak kat kg yg mana aku blh kirimkan je. Hmmm kang kalo nak blik tak pasal2 aku bersalin kat kg plak. heh dear dah bg larangan nak jalan2 jauh ni ok. Bahaya kot2 terberanak on d way plak kang.

Ok la keadaan tak mengizinkan nak taip2 panjang2, kalo ada masa akan ku cuba update setakat termampu. Buat sahabat blog sweetie site tahniah dengan kelahiran "Faris Iman" yg comel tu ok. :)

Friday, March 5

Bila Patut Cuti?

Salam...

Sepanjang minggu ni sejak g check up minggu lepas aku dok berfikir bilakah masa yg sesuai untuk aku amik cuti. Atau pun lebih baik tak payah amik cuti awal tunggu sampai masa terus cuti. Tp kalo tiba time sakit time keje kan naya je kang, tak pasal2 1 office panic aku buat. Heh badai apa ntah la derang ni semua dok tanya bila aku nak amik cuti ek. Aku sendiri pun blm ada jawapan lagi.

Geng siap pesan jgn kuar lunch tp kalo tak kuar lunch aku nak solat cam ne? solat kat ofis blh tp aku lak rasa tak selesa, maklum la ulang alik dari toilet ke bilik meeting blh thn gak la. Tu pun kalo solat kat bilik meeting kene gak siapkan macam2 brg, maklum saja la kene la bawa sajadah ngan telekung termasuk gak ngan kain atau tikar sebagai lapik lantai nak solat. ish... tu yg buat aku fikir selagi terdaya baik lunch kat luar je.

Plan aku sekarang nak tunggu result check up minggu depan, pas tu baru aku nak fikir bile lak aku nak amik leave. Kang kalo amik leave awal masuk keje awal plak. Rugi la cam tu kalo kene lewat baby keluar seminggu kemudian ke maknanya masuk keje awal seminggu lak. Ayark....mlas sgt nak fikir. Mintak2 tima skit2 nak bersalin tu biar la time aku dok kat umah, malam2 atau pun awal pg. Senang sket nak plan cuti kan. Kang kalo aku cuti dear keje sapa lak nak g hantar aku. Nak kene tunggu dear blik la jawabnya, mak oiiiii harap2 blh thn la time tu. :)

Wednesday, March 3

Perbandingan

Salam...

Sejak akhir ni aku suka sgt membandingkan keadaan diri aku dengan ibu2 mengandung yang lain. Bukan apa sejak awal ngandung lagi aku rasa terlalu berbeza ngan ibu mengandung lain.

1. Alahan. Maybe nasib org tak sama maka aku tergolong dalam golongan yg alahan aku tak terlalu teruk. Kalo setengah org sampai muntah2, hilang selera makan mau pun susut berat badan tp aku alhamdulillah cuma susut berat badan dek kerana hilang selera nak makan dan jugak kerana terlampau memilih makanan.

2. Saiz tummy. Ada juga ramai yg tegur aku nampak tak naik banyak pada awal sampaikan tummy memang tak nampak walaupun dah masuk 5 bulan. Nak amik pic pun rasa cam kelakar pun ada. Dear la pling bnyak bg sokongan katanya asalkan kita tau badan kita ada isi cukup la kan. Sampaikan aku blh kuar jalan2 ngan MIL & dear g naik komuter tp tak ada sorang pun pelawa bg seat kat aku. Alhamdulillah aku masih kuat dan mampu nak berdiri sepanjang sejam perjalanan kami. :)

Kalo kat ofis lg la ramai yg tak tau, tau pun bila ada org lain yg terbagitau. Ehmmm aku tak kesah kalo org tak tau ataupun ada yg nak amik tau. Tp asalkan org tu amik positif cukup la kan. Buat masa ni setiap minggu pasti akan ada yg bertanyakan pasal baby aku, seronok pun ada kerana ada org lain bangsa yg amik berat pasal aku jugak. Kalo sehari tak dtg keje memang derang agak aku g bersalin tp aku siap inform awal2 kat HR kalo aku bersalin nanti aku akan bgtau. Walhal big bos aku pun nampak caring jugak.

Paling tak best time kat klinik ada akak yg tanya dah brape bulan, bila aku jawab 5 die diam lak. Ehmmm tu yg tak best tu kalo die kata perut kecik ke apa ke ok gak la. Senang la aku ni tak diam je la plak. Time kuar shopping beli barang2 baby pun tgok tummy org lain besar je tp aku ni tecik lak. Ish....ni maybe pasal aku dah cukup besar la ni kan.

3. Berat badan. Sejak awal pregnant kenaikan berat badan aku yg sedia ada berat ni tak naik banyak sampai la masuk bulan ke 7 baru selera makan membuak2. Kalo 3 4 bulan pertama tiada kenaikan tp yg berlaku pengurangan aku tetap amik positif pasal time ni selera makan kurang tp yg penting amik makanan yg berkhasiat dan minum susu. Last check up selang 2 minggu je berat naik 2kg, rasanya kalo pas 2 minggu lg ni maunya naik 4 kg terus time check up kat klinik gov. Sabo je la kan.

4. Persiapan baby. Aku rasa aku macam terlambat nak prepare kelengkapan buat bakal baby. Walaupun time aku beli tu time selepas kenduri pasal dear punyer permintaan. Nasib baik baby tak kuar awal kan kalo tak maunye kelam kabut kami. Beli barang sekali gus dan tinggal nak tambah2 bila setiap kali keluar je la. Skrg ni pun rasa macam masih ada kekurangan lagi je.

5. Hospital. Aku ngan dear awal2 dah sepakat nak g hospital gov tp ntah la pas last check up kat prvt rasa macam nak g prvt lak tp tgok la nanti. Org lain sibuk tanya nak bersalin kat mana tp aku kekadang cam blur je nak jawab. Memang unplan la kami ni, kekadang takut pun ada pasal kang tak pasal2 kene g spital klang plak.

6. Cuti. Patut ke amik cuti maternity leave awal dr due date? aku pening gak ni pasal kalo ikutkan dr kat aku tak blh bersalin lbh dr tarikh psal ada kencing manis. Tp kalo time tu tak nak kuar gak mau kene paksa gak la kan. Akak ipar advised amik cuti 1 week berfore due date. Tp geng2 kat office tu nampak macam menggelabah je kalo aku buat2 tak larat. :) sabo je la kan. Derang plak takut lebih dari aku. Kalo amik cuti tanpa gaji ok gak kot, pasal cuti ni potong gaji next year bukan this year tp tak best gak nanti kalo dah ada baby maunye amik cuti selalu kan, tp mintak2 tak de masalah la ngan bakal baby nanti.

Ok tu je la yg selalu aku bandingkan ngan org, maybe keadaan ibu mengandung ni tak sama pada setiap individu. Terima kenyataan paling penting, maka aku terima seadanya aku kini. Yg penting baby sihat kat dlm tummy mummynyer ni :))

Tuesday, March 2

Check up 36wks

Salam...

Dah masuk bulan march bermakna tak lama lagi kuar la our lovely baby yg sgat2 dinantikan. :) Minggu ni masuk keje semua org risau pasal aku, aku pun tak tau nape la kan maybe sebab aku kata aku nye due hujung march so tu yg derang risau sakan plak. Ada juga yg dah mula berpesan2 kat aku untuk jangan lupe inform kalo dah melahirkan, tak kurang juga akak ipar suggest untuk aku amik cuti awal seminggu dari date. Entah la rasa macam sayang je nak amik leave awal tp tgok la keadaan akan dtg macam mana kan.

Isnin lepas masa cuti tahun baru cina aku g klinik untuk check up plus ngan review scan yg aku buat kat private. Sangat2 tak memberansangkan dengan hasil check up pasal DR bgtau kepala baby aku maybe besar so kene rujuk pakar di hospital Klang. Hmmm sangat merisaukan tp sepanjang minggu aku tunggu untuk dapatkan date appoiment memang hampa, nak call tak de maknanya la baik aku rujuk g private skali lagi tgok mcm mana plak.

Kebetulan pg ni kepala rase berat plus ngan hidung meleleh je hingus cam kanak2 riang je. Dear yg suruh aku MC je hari ni lg pun rekod MC untuk taun ni blm amik lg. Tp sayang plak kan, kalo selsema je aku sanggup g keje tp siap ngan pening2 kepala tu yg buat seriau nak drive g keje. Mintak dear hantar blh tp kang kalo keje berlambak kat ofis maunye aku lak yg tak tahan.

Dear bawa aku g klinik barakah kat Bandar Puteri, Klang g check up ngan amik MC skali. Hasil check up kat sana sgat puas hati, cume berat bertambah berganda2 plak. :) tak pe la time awal2 memang tak naik banyak kan. DR Khairiah sgt lembut, penerangan die pun lancar je so senang hati dengar. Buat scan skali lagi dan DR buat ukuran kepala baby masih ditahap normal. Ikutkan kata DR aku blh bersalin di sana tapi aku lak yg tak sanggup nak kuarkan duit RM 1k lebih semata2 nak bersalin selesa. Takut2 lak kalo tak dpt bersalin normal maybe kuarkan lebih RM 3K. Dear tak kesah tp terpulang pada aku, maka aku tau setakat mana kemampuan dear dan juga kemampuan aku untuk melahirkan nanti yg lebih merisaukan. Biarla yg sulung ni keluar di hospital kerajaan biar aku dpt pengalaman pahit manis yg org lain pernah rasa.

Dr pesan aku blh bersalin normal cuma jgn lebih dari tarikh yg dah DR bagi, pasal aku ada kencing manis cuma kencing manis aku masih ditahap normal lagi. Tak terlalu teruk sampai kene ambik insulin. Insyaallah doa aku ngan dear kalo blh nak bersalin normal dan baby pun sihat jugak. Kalo blh tak nak baby kene jaundis pasal cian tgok baby kene inject amik darah, biar aku wakilkan kalo blh.

Persiapan untuk baby dah siap, aku dah pack barang2 baby cuma blm masukkan dlm kete je lagi. Dear pesan barang baby tak payah bawa banyak2 pasal nanti kalo dah dok spital dear akan angkut bakul besar tu dlm bonet, senang kalo nak amik pape brg. Rasenye tinggal nak beli minyak2 urut untuk baby je la. Untuk aku memang blm prepare lagi. Insyaallah malam ni baru nak siapkan pasal td dr pesan skrg dah 36wks so maybe next week baby dah blh kuar. Yang penting masa tu usia baby dah ditahap matang untuk lahir. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. :))