Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, February 26

Cuti Chinese New Year

Salam Maulidur Rasul...

Oh lama benar tak tinggalkan jejak sendiri dalam blog sendiri. Maklum saja la kesibukan kat ofis memang berganda2 sekarang ni. Tp skg bukan nak cite pasal busy kat ofis tu tp nak syer cite yg best2 ajer la ok.

Minggu pertama cuti tahun baru cina aku ngan dear buat kenduri semperna masuk 7 bulan. Hari Rabu nya kami selamat sampai kat kg bila dah hampir masuk maghrib. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dek kerana dear bawa kete slow2 gak la, syok kan mcm dating lak. Nak ajak dear jalan2 kat Pangkor tp malas la dpat balik kg pun dah syok berganda2. Bermacam2 aktiviti yg kami buat di kg, dear sempat tolong yang simen dinding dapur umah mak. Aku sempat siapkan tilam kekabu buat bakal baby kami nanti. Selebihnya lepak2, makan2 la kan.

Balik klang petang ahad selepas asar. Huh sedih gile lak nak tinggalkan kg pasal dah dapat duduk lama2 kat kg kan. Sampai klang dah masuk kul 10 malam. Kemas2 kan umah sket maklum la dah hampir seminggu umah terbiar kosong tiada bertuan.

Isnin aku masih cuti dan dear pun bercuti pasal diserang demam selsema. Mujur kene kat sini kalo kat kg cian lak kan, dah la klinik yg dear nak pegi cuma kat area klang ni je. Dear diserang semput, selsema, batuk + ngan demam. Sekarang ni alhamdulillah dah kembali seperti sediakala.

Hari selasa start keje, tp tak macam keje hari biasa pasal pg tu ada sambutan tahun baru cina kat ofis. dah tu plak time pagi2 jumpa je bos terus bagi ang pow! yes ni yg best ni setaun skali dpt byak ang pow dari bos yg agak ramai la kat sini. Maklum la, 1 bumbung ada 7 ke 8 anak syarikat. Huh! enjoy la untuk bulan Feb ni,walaupun gaji bulan lepas masuk lewat tp pas je dpt gaji dapt lak bonus, blm masuk ang pow dari tiap2 company yg ada. Minggu naik keje lak bos2 bagi angpow personal plak. Yes memang suke kan, bukan takat bos aje tp supplier yg bese keje ngan kitorang pun siap bagi ang pow gak. Tak banyak mana la dpt ang pow tp dpt la nak buat tambah2 duit blanja.

Pg tu ada tarian singa, bakar mercun dan aktivit makan2. Lepas tgahri kitorang baru start keje tp ptg sket derang kat area depan sibuk ngan minum2 lak. Big bos pun turut join kan, so tak leh nak kata apa la. Aku tak join pun pasal derang minum air keras, kalo ada pun air untuk aku mlas la aku nak join. Tak baik untuk bakal baby aku tgok gelagat derang ni.


So hal keje start je rabu dan hari seterusnye memang busy, maklum saja la dah seminggu lebih bercuti. Ada masanya aku ngan geng rasa macam blur ngan keje kitorang lak. Ye la seminggu lebih tinggalkan keje tu tup tup nak start blk kelam kbut la sket. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar gak untuk minggu pertama kerja.

Hari khamis office buat internal dinner untuk semua staf tp aku tak join pasal aku rasa time tu mesti tak de aktivit lain yg derang buat slain daripada minum2 je. Tak nak la join kan, dear pun tak menggalakkan sangat tp kalo aku nak pg gak dear bagi jugak. Hmmmm baik tak yah, lepak2 kt umah je lagi baik.

Hujung minggu semperna cuti Maulidur rasul tak g mana2 pun setakat jalan2 kat klang, pergi framekan gambar family aku yg dah lama aku plan nak framekan. Maklum saja la tu la satu2 kenangan terakhir brgambat nga arwah. Sedih pilu tgok gambar ni tp kuatkan semangat gak la. Sempat jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi walaupun dear cuma pakai suar pendek je. Hehe..jahat kan aku ni, hasilnya dpt la beg baby, maternity pad yg bakal aku gunakan ngan 2 pasang baju lg untuk baby. Hmmmm nak rembat breast pump pureen tp dear kata tak payah beli sekarang, nanti kalo dah tiba masa dear akan dtg sana belikan untuk aku. Ala..rasa cam nak pg sorang2 beli sendri lak. Sabo je la.

Sabtu keje half day, tghari pg umah Ira kat seksyen 18. Pas makan2 kitorang g summit tgok wayang. Lyan gak la ngan cite "LITTLE BIG SOLDIERS" memang funny pasal ada jackie chan kat filem ni. Tak plan nak tgok cite apa tp kebetulan nak poster filem ni terus dear ajak gok. Tak ramai la org tgok tp bg aku ngan dear tetap enjoy. Ehmmm tak pe kan kalo ngandung tgok cite funny jgn tgok cite ganas2 la kan.

Ahad hari ni, dear kuar ngan kawan aku lak dok umah. Jap g nak kemaskan blik depan dengan pelbagai kotak2 barang2 kitorang. Termasuk segala dokumen, ni dek kerana mana la tau kalo2 mak aku dtg nak tido umah aku lak ke kan. So prepare awal2 la. Ok la penat tul nak taip full story sepanjang 2 minggu tp mmg byak kisah menarik. Selamat berhujung minggu! :)

Wednesday, February 17

Selesai Majlis

Salam...

Alhamdulillah hari isnin lepas dapat melaksanakan kenduri semperna 7 bulan, tp kalo ikutkan time tu dah masuk 8 bulan. MIL kata tak pe la lgpun plan last minute kan. Dear la jap kata nak buat jap kata tak nak. Plan awal2 dulu nak buat skali ngan adik dear cancel, katanya nak join sepupu husband die tapi tetap cancel pasal derang cume mintak die beli bunga telur dan telur nye je. Jimat gile la kan, tp tak koser la aku nak join kang ada macam2 cite lak lgpun nak gak jemput sedara mara kita kang tak pasal2 ada kuar cite lain kat blkg kita lak kan. Baik tak yah!

Menu istimewa untuk makan petang lepas zuhur cume nasi lemak, sayur kerabu 7 jenis (ni ikut adat org sini la), ayam goreng berempah, ikan masin bulu ayam, buah tembikai dan limau semperna tahun baru cina, kuih donut dan puding jagung. Tak terkecuali "jajan pasar" buat anak2 buah dan jugak jiran2. Heh pling tak menahan perut aku ni kan kecik sampai kan abg ipar aku pun blh tak prasan aku dah masuk 8bulan. Sabo je la kan, nak buat cam ne. Masa kenduri abg cham ngan kuarga dtg, kebetulan hari tu abg keje malam so blh la dtg.

Malam aku ajak dear g umah yoep kat Bukit Beruntung pasal dah lama tak jumpa. Last jumpa time raya haji tu hari je la. Tp anak buah aku sorang plak ada tuisyen, tak pat la nak jumpa kalo nak tunggu cam dah lewat je nak blk. Dapat makan mee tom yam! hmmmm cian dear pasal tak brape layan ngan tom yam ni. Hehehe... Blik umah sampai kul 11 stgh. Singgah kat umah MIL amik laptop ngan bb maxis ni la, nak amik time kitorang blk tak sampai hati lak pasal tgok tgh ada yg guna kan. Nanti tuduh kedekut lak! hahahahha

Hari Selasa dear masih tak keje, aku kene bawa MIL ngan ucu g klang pasal ucu nak g KL ngan kawan die. Tp time kat stesen komuter klang dear kata nak bawa MIL ikut ucu skali sampai KL Sentral! huhu terkejut gak tp yg penting time ni duit ada la kan lgpun tak de pape nak buat. Sampai kat KL Sentral lepak2 g makan pas tu g Masjid India cari baju raya MIL ngan ucu. Wah MIL sanggup redah KL join kitorang. Pling cian aku ngan dear la, langsung tak pat duduk pasal ramai sgt org. Padan muka aku 8bln tp perut kecik! hehehehe tp alhamdulillah tak de pape yg jadi.

Sampai klang kul 2 singgah lak umah k ton, rupenye dear nak tumpang tido sekejap! ceh ingatkan betul2 nak rehat. Blik umah sampai kul 5 ptg. Huh memang jalan sakan la hari selasa tu.

Ehmmm ok skrg tgh prepare nak blk kg! yahooo padahal hari ni kene buat BSP kat klinik sampai kul 8 mlam nanti. Tak pe mlm blh buat kat kg. Hehehe...suke2 :))


Saturday, February 13

Aktiviti Sabtu Kami

Salam...

Oh hari ni bermula cuti 10 hari, tinggal 9 hari lagi tp plan nak g jalan kat mana2 pun blm tau lagi. Kalo ikutkan pesan dan amanat orang jgn jalan jauh2 tp kalo banyak berjalan tu tak pe. Hahahaha....so maybe la kan nak pg shopping cari barang2 baby lagi tp ntah la tak tau nak g cari kat mana. Dear kene keje dah hari selasa nanti tp kalo tak de keje maybe nak blk kg. Yeah syok gak tu kan, dpt blk kg sebelum masa pantang.

Hari ni sehari suntuk dok umah tp macam boring gak la pasal nak tido pun panas plus ngan badan pun tak selesa je. Jeles gak tgok dear tido tp nak wat cam ne dah tak selesa. Ajak dear jalan2 kat Tasik Kota Kemuning pas solat asar. Ramai jugak yg dtg jogging kat sana, tingin gak nak jalan2 tp malas la dah dear blanja ais krim ngan chesse kek secret resepi. Terbeli kek time dear g beli roti nak bg labi2 makan. Byak sgt lak labi2 kuar ptg2 tadi so ralit jadinye bagi makan sampai abes sebungkus roti. Dear la yg paling syok campak roti tu. hehehehe...
Ada ikan kap ngan labi2 kat dalam tasik ni, bila bagi roti dan dok dekat2 tgok binatang ni makan blh relaxkan minda la.
Dear beli sebungkus roti gardenia, abes kitorang buat bg makan kat labi2 ngan ikan ni sume. Ralit sampai blh abes sebungkus, so sedekah kan je la ek. :)

Sebelum maghrib singgah umah MIL pasal anak buah dear dah rindu sgt kat dear. Hmmmm nak buat cam ne kan dah time kecik2 dear rajin layan. So kene la bahagi2 nak sayang 2 org anak buah tu. hehe macam2 hal kat umah MIL. Pling tak menahan hal2 pantang aku akan datang, oh tolong la.....sgt2 kurang bersemangat jadinya.

Malam ni g umah mak kawan dear, adiknya kahwin tp tak sempat nak jumpa ngan pengantin pasal ingatkan dtg lewat dpt tgok pengantin bersanding tp sampai kul 9.30 mlm langsung tak nampak bayang2 pengantin pun. Cantik pelamin bertema merah dan putih kebetulan plak aku ngan dear pakai kaler merah ngan hitam lak malam ni. Hehe memang kene la kan. Nampak camera man ngan pasukan kompang siap sedia tunggu tp pengantin tak tiba2 lagi. Maybe bersanding lewat sket la kot.
Tema kami warna merah & hitam memang tepat coz tema pengantin merah & putih. Yang penting nampak kaler merah tu. :)

Saturday, February 6

Cuci-cuci

Salam...

Malam minggu ni tinggal keseorangan coz dear kuar g rewang kat umah member sekampung, kira adik kepada member dear kahwin hari ni ngan esok la. Aku ni kemalasan plak nak pegi kalo ikutkan pg tadi sampai ke petang memang kene join rewang2 ni, tp dear kata tak pe la kalo tak nak. hehehe selamat!

Ini lah hasil aku ngan akak aku jenjalan kat IOI Mall, Puchong time cuti Thaipusam minggu lepas. Agak banyak skali beli la kan, tapi tak pe kata dear tak payah nak kuar byak2 kali. Heh

Aktiviti pg tadi sempat la mencuci semua baju, selimut, lampin, sarung tangan & kaki, tuala mandi dan tuala muka. Kira penat juga la duduk kat bilik air mencuci satu persatu kan, tp time cuci tu geram pun ada tgok comel2 je kan. Heh angau jap time tu! Ntah nanti pas kuar cam ne la rupenye kan, siap tanya kat dear rambut nya nanti agak2 kerinting ke lurus ek....hahahhaha dear maunya nak tergelak pecah perut aku rasa. Tak pe la asalkan sihat itu la yg kami doakan selama ini.

Time menjemur lak aku naik segan pasal ada mamat tgh lepak kat area umah belakang, huh tp tak pe la. Aku tutup ngan baju aku ngan dear pas tu baris depan baru letak barang2 baby sume. Banyak juga bila skali dibasuh semuanya kan, sabo je la sampaikan ampai aku penuh hari ni.


1st time baju ni dijemur, malam ni telah selamat aku susun kat dlm bakul merah. Heh pas ni tinggal nak susunkan masuk dalam beg plak.

Tghari pas makan ngan solat zuhur dear ajak kuar g Bandar Puteri Puchong, ada keje sket kat sana. Siap g sana blik umah terus pasal dear nak g hantar kete g bengkel pasal aircond kete sejak 2 minggu ni problem plak. Time2 cam ni la kete pun nak buat hal la plak kan. Hmmmm ikutkan je la kang kalo tak de kete susah juga. Alhamdulillah semuanya ok, bayo pun makan ratus juga la tp mintak2 kali ni betul2 ok la kan. Jgan nanti ada plak tang lain yg tak ok.

Oh malam ni melayan santapan nasi goreng je la, dear ajak makan nasi minyak tp ntah la aku memang tak leh masuk plak ngan nasi minyak time2 ni. Suke lak ngan nasi goreng ikan bilis aku. Huh memang layan!

Annual Dinner Mega Mayang

Salam...

Oh hujung minggu ini berasa nak lepak2 dok kat umah je tapi dear lak kene g keje. Huh nak kene masak la jadinya hari ni. hehe dah lama tak masak ni, brg2 dapo pun blum beli lagi. Tgok je la apa yg bakal aku masak buat santapan tgahri kitorang.

Ehmmm malam td selesai sudah berlangsung annual dinner mega mayang. Nak komen kata syok tu tak de la syok mana kan, memang la dpat lucky draw tp hadiah blh thn jugak la. Untuk Ms. Chia tahniah coz menang TV Sony LCD 32" huhuhuh tak sia2 sign masa trima tv tu kat ofis minggu lepas. Aku dpt la slow cooker, kira ok gak la kan blh pas kat mak kalo mak nak ni. heeheheh...

Gambo?cam bese la, dek kerana sampai2 je dah dpt keje trus aku mls nak amik gambo. Tunggu je la camera man yg derang lantik tu bg gambo kitorang. huh sempat la amik gambo ngan geng2 kamcing, so ni next la tunggu derang pass kat aku la ek.

Makanan bg aku tak brape menarik sgt pasal terhad, bukan apa makanan byak tp air memang hampeh. Apsal derang tak bg air sirap ke, air kosong ke? kalo aku tau baik aku bawa sebotol air. Mujur En. Saufi minta tu pun kalo tak minta memang la sampai abes dok kene layan air teh tawar gile. Tau la kan kat tmpt2 gini air pepsi ngan coke jadi mahal kan...lg mahal dr air mabuk derang, time aku ngan ida balik pun tgok muke derang dah mabuk2 huh baik blh kan lg plak time tu dah dkt kul 11 malam. Dear dtg amik n ida blk ngan zairi dek kerana zairi dok offer nak hantar sgt. heheheh pape je la zairi oiiiii.

Sampai umah pun dah lewat malam, tb lak buat hal. Huh ni blm menang LCD tb ni..hehehhe ok la skrg nak mula kan aktiviti mencuci baju2 baby. hehe...kata dear baik cuci kang kalo nak tunggu2 takut terberanak lak, tp mintak2 biar awal jgn lambat sgt dah la. :)

Monday, February 1

1st Feb 2010

Salam...

Dah masuk february dah hari ni, sekejap je dah masuk bulan ke 2 tahun 2010 ni. Tinggal 64 hari saja lagi untuk aku menghitung hari. Alhamdulillah, minggu lepas hari sabtu sempat keluar jalan2 ngan akak aku g IOI Mall Puchong. Jalan2 tgok movie + ngan mencari sikit2 brang2 baby. Hasilnya dapat la 7 helai baju, 3 pasang mitten, napkin, selimut & juga 2 helai towel. Syok tul shopping kat Anakku, pasal kalo ikutkan aku jimat RM16.00 kat sana bermakna hampir 3 helai baju atau suar aku dikira free. Ni blum jadi member lagi, pasal saje2 nak try tgok harga ngan sale la kan.

Kalo nak compare ngan Jusco agak mahal la jugak barangnye. Maknanya lepas ni lebih berjimat berbelanja di Anakku je la. Kualiti kain buat masa ni bg aku ok gak, tak terlalu tebal & tak terlalu nipis. Kat Jusco sambung lagi cari 2 3 barang. Maka habis lbh kurang RM200.00 je la. Oh kalo ikutkan dear dah pas kat aku RM400.00 tu. Kira masih berjimat lagi la aku ni. Tambah lak kalo nak shopping hari sabtu tak best pasal tak dpt beg plastik, kalo nak kene bali RM0.50 sehelai. Huih! tak sanggup la kan.

Hari ni, 1st February g check BSP untuk kali ke 3. Alhamdulillah semuanya ok, cume test kul 2 ptg tu buat aku kelaparan sangat. Tu pun sampaikan nurse tu tegur jugak la. Hehe takut kang kalo naik merah 1 aku kene ulang minggu depan, baik aku ulang time cuti raya cina nanti. Selamat duit, masa dan juga cuti aku. hehe

Pas check up last ajak dear makan kat klang, ehmmm menu pling tak blh blah la malam ni. Byak gile yg aku mintak ni gara2 sehari control makan la ni. Hahahaha...dpt makan roti salad, air teh ais, chicken wing, satay ayam + ngan tapai pulut yg tak brape nak sedap. Oh kuah satay pun pling hampeh pasal dah hangit bau maupun rasa.