Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, May 30

Juz update

Salam...
Rase cam lame lak tak update, kalo tak hari2 nak update. Tp minggu ni memang sibuk sesangt dek kerana kuar g jenjalan ngabihkan duit nye pasal da..hahaha...Ni pun baru je dpt rest sambil2 tunggu kain yg masih kat dlm mesin basuh tu siap. Pas ni leh la tido coz esok full day nak kuar lagi. Again!!! hehehe...
^
^
Esok pg kul 8pg kene g umah MIL nak g rewang kat umah jiran. Ptg lak ada majlis pertunangan sepupu dear kat rantau panjang, klang ok bukan kelantan. Hari ni lak g jenjalan tgok movie ngan akak kat IOI Mall. Sambil tu sempat gak la melayan akak aku shopping baju anak2 buah. Eiiii tang ni yg tak menahan ni, geram! sume baju nampak comeiiii..huhhuu bila la nak beli baju bby sendiri ni ek? Juz wait for that time...
^
^
Ok la, nak out la. Nak rest, golek2 sambil layan "Kerana Kasih" kat tv3 ni. :)
P/s: sweetie siti aku tau la aku utang ko tag ok. Next week maybe aku lapang aku wat ek. Ko pun jgn lupa ngan utang tag aku tau...aku masih tunggu tau.


Wednesday, May 27

Laici


Salam...

Minggu lepas dear ada belikan buah laici mase on our way blek dari Kuala Selangor. Tau2 je la kan buah laici tu masam sgt la plak. Aku pantang betul kalo buah yg aku berkenan tp masam ni. So untuk tidak membazir aku rebus laici ni ngan gula.

Plan nak buat ala2 yg laici tin tu la kan. Tp hasilnya memang menjadi, so kalo nak try bleh la. Caranye senang je. Rebus air ngan gula, pandai2 la agak2 manisnye. Pastu masukan laici dan tunggu sampai laici tu dah tak masam sgt. Sedap lagi kalo dimakan siap ngan ais batu... sejuk betul. Hehehe tu je la entry mlm2 ni. Tak de menda nak update. Waiting for tomorrow if i'll get good news! hehehe wish me luck!

Salam Takziah

Salam...

Malam td sempat la pg Banting untuk majlis tahlil mertua abg ipar aka bos dear. Aku dpt brite bibik ni meninggal petang semalam. Ingat mak ajak g tgok tp tak plak. So aku tunggu dear blik baru pg la, nak pg sendiri bleh tp segan la plak.

Kebetulan biras aku nak pg, so dear ajak tumpang die je la kan. Jimat la kalo pg 1 kete. MIL tak pg, yg ada kat kete mase sampai semalam sume nye laki2. Alamak! segan gile la plak, tp tak pe la alang2 dah siap kan pegi jugak la nampak gayanye. Nasib baik sume ni biras ngan adik ipar, kalo tak memang la segan bangat!hahahha...

Sampai2 majlis blum mula, ye la dear dah tanye abg dear awal kan. Senang nak plan kuar umah kul bape. Aku terus g blkang, jumpa la k mas. Sempat la dgr cite sikit sebanyak la kan pasal arwah. Kalo tak silap bulan 3 atau bulan 4 aku ada pg melawat arwah ngan MIL. Makan2 mee goreng ngan kuih muih je la. Lg pun kat umah dah makan.

Untuk k mas, semoga anda tabah menghadapi semua ujian. Salam takziah dari Azian sekeluarga.

Monday, May 25

Penawar Kepenatan

Alooooo...Hari ni tak dak mood nak update blog ni bese la kalo ada macam2 hal yg berlaku, tp juz nak syer 1 email ni je la. Ni email yg aku dpt dr dear, macam perli aku je. Ye la kalo time aku keje dulu ada gak la aku merungut letih ngan keje...skrg ni ngan keje umah la plak + ngan jadi driver free untuk kuarge mertua aku. Ehmmm mintak2 pas ni aku tak de la nak merungut lagi pasal letih ni pasal dear dah bg "ubat" kan.. Mana yg baik elok kita amalkan. :)

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."


Sunday, May 24

Majlis Kesyukuran

Hari Jumaat baby Rayyan dah ada kat umah MIL. K no sms aku ajak dtg umah MIL hari sabtu coz nak masak2 sket. Aku yg tak tau nak masak ape hari tu pg jugak la kan. Kebetulan dear pun tak de keje hari ni cume tghari kene ambik barang keje. Tu je la keje nye untuk hari sabtu minggu ni.
^
^
Sempat la g membelikan beras, ingatkan untuk MIL tp rupenye untuk wat masak2 nasi lemak. Yg lainnya tak de sambal tumis tp yg ada hanyalah kerabu + ngan ikan masin & telur. Uihhhh pelik gak aku tgok. Time k nab dulu tak de la plak masak2 gini. Saje je kot ibu Rayyan yg request la ni. Mcam bese k ton tukang masak la kan. Aku ngan MIL takat tolong2 je + ngan eja aka mak buyung. Ooooo skrg ko pandai lari nak wat keje ek, wat2 jaga baby coz nak training lepas bersalin nanti senang. Takpe la, bukan banyak mane pun kitorang masak.
^
^
Settle mask2 & aktivit makan2 aku layan tv ngan dear. Cite pasal pirate! hahaha ganas tul pirate ni. K la tak nak cite byak coz kpale tgh weng weng ni, panas sgt la td time aku tman dear g main bola + ngan bau busuk racun yg bisa menambahkan kesakitan di kepala ku ini. Dah la ramai gile lak tu.


Saturday, May 23

Tinggal 2 Month Lagi

Hari ni genap masuk 2 tahun 10 bulan so tinggal lagi 2 bulan untuk aku plan apa nak buat time anniversary. Kalo tanye kat dear maunye jawapan standard aku akan dpt.
Ntah pasal pe la plak aku minggu ni busy la plak, jap g pun nak kuar dah ni. Esok nak ikut dear g main bola plak. Huaaaa...... Hari2 ada je yg ajak kuar, minta tolong hantar g sini la...gi sane la... Adoiyaiiii aku pun nak gak relaks2 kat umah. Dear kalo bab membantu org ni memang menggalakkan tu yg aku mls nak ngadu tu. Dah la mlas la nak komplen bebanyak, anggap je la letih2 tu dpt gak pahala tolong org. Tp ye la kan letih la asyik jenjalan je. Sekali skala kalo dpt lepak2 tgok tv dari pg sampai ptg, masak2, makan2 + ngan layan bantal sambil golek2 depan tv....uihhhhh mesti besh kan! Hmmmm berangan je la, maybe next week dpt la aku wat sume ni.


Wednesday, May 20

Jalan-Jalan Lagi


Ha baru2 ni aku g mane ek, kalo ikutkan gmbo kat atas ni nampak cam kat cameron la plak kan. Hahaha... tak la ni aku snap kat giant da...Ni cite hari isnin awal minggu ni, terlambat la plak entry ni. Bukannya busy mane pun tp aku lupe je la nak update, hahha... ala bukan g mane pun, g giant je pas tu g jalan2 carikan present untuk mothers day. Tp aku blum plan nak bli pape lagi la coz slalu dah time nak blik kg baru la aku fikirkan.
^
^
Pg2 lagi aku dah menunggu akak kat bwah flat akak aku, punye la lame aku tunggu die nak siap. Rupenye time aku sampai die tgh mandi, lor....cam ne la. So tunggu je la kat bawah, dalam kete sensorang sambil aku layan lagu2 kat hitz fm.
Time aku sensorang menunggu aku pun gatal la plak nak amik gambo sendrik.

Gerak g Avon kat puchong perdana tp masih tutup lagi coz masa operasi kul 11.30 pg da...so untuk tidak membuang masa dengan menunggu je kitorng g giant kat bandar puteri. Tujuan nak cari barang dapo akak aku la. Aku lak sesaje nak cuci mate, tp ntah masih tak de pape pun yg menarik perhatian aku. Akak aku tak byak la jugak brg yg die amik.

Tgh pilih2 suar tp lastnye beli kat tmpat lain la plak, tak pe la asalkan dpt beli ikut pilihan hati la kan.
Ni aku terjumpa pokok cili yg buahnya keler kelabu kehitaman la plak. Ehmmmm 1st time aku nampak cili kaler ni.
^
^
Tghari tu aku ajak akak aku g makan kat food court giant tu je la, malas la nak drive semata2 nak g makan kat tmpat lain. Akak aku amik nasi campur aku lak order mee sizzling + ngan air milo ngan teh panas. Akak aku masih batuk tu pasal minum panas aku pun ikut jugak la.

Ni la makanan kitorang tghri tu. Nampak sedap, memang sedap pun pasal aku memang sengaja nak makan sizzling ni tu pasal aku ajak akak g makan kat sini. Kalo tak akak nak g blanja makan kat chicken rice shop hahaha...jimat sket.
^
^
Settle makan gerak g avon blik, dah buka & bleh la plih ape2 yg akak aku nak beli kan. Dapat gak la ape yg akak aku nak belikan untuk mak aku. So hujung minggu ni maybe mak akan dpt la present dari akak aku. Hmmmm pas hantar akak, aku g pusing2 cari nasi kerabu kat tmpat bese aku beli tp ntah nape la plak tak buka hari tu. Blik ngan tangan kosong je la. Sampai umah masak2 untuk dear, ala masak yg simple2 je la kan. Asalkan ikhlas & penuh dgan kasih sayang. :)



Tuesday, May 19

Doa Pelindung

Pg ni check email ada satu email pasal doa elak dari bencana yg tgh hot skrg ni la kan. Semoga kita semua dilindungi Allah dari bencana vaksin yg blum ada penawarnya.

Sehingga kini belum ada lagi vaksin untuk mencegah daripada Selesema Babi(SB). Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:

Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi menc
egah jangkitan virus Selesema Babi.

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-


فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?Lelaki berkata : aku disengat kalaNabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.

Monday, May 18

Suke Suke Je III

Tag ni yang terakhir aku nak buat untuk hari ni. Urghhhh bnyk la plak tag ni. Tag ni aku je yg gatal nak buat so memang kene la ngan tajuk "Suke Suke je". Tag ni dari Yatekhram.
^
^
Masihkah Kau ingat?
Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya...
* Kat mane ek, kitorang kenal melalui chatting kat tv tu je. Tapi tak penah jumpe sampai la aku dah abes blajo baru la dear brani jumpa ngan aku. Katenya takot mengganggu tumpuan pelajaran aku time tu. Ceh! So tmpat 1st time jumpa ialah di tepi jalan kat puchong. Time tu aku dok puchong ngan akak aku & masih keje bodo2 kat kedai bunga. Datenye aku dah tak ingat tp kalo tak silap 6/3/2005, kitorang kuar g tgok movie cite "Boogeyman" Ni cite hantu tp ntah nape la aku g pilih cite ni. Tgok movie ni kat Ioi Mall je tak de la jauh. Lepas tgok movie g makan kat area puchong jugak, makan mee greng tp dear time tu tak lalu makan kot. Aku lak yg berselera gile makan time tu. Tak de malu langsung la plak. Yg nampak same tak berubah2 dear aku ni time aku blum kenal sampai la dah nikah ni masih tak banyak cakap. Ok la kan dari kene org yg kuat bebel ni.
^
^
Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan...
Dear tak byak cakap, pemalu sesangat sampaikan aku tegur jangan la malu2 kalo kuar ngan aku. Dear byak mendengar & bg aku nasihat mau pun semangat bila tiap kali aku tension pasal keje. Memang penyabar sesangat la orgnye.
^
^
Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda...
Tak de tmpat yg proper la, cume time tu aku baru benti keje dan berniat nak lepak kat kg sebelum dpt keje baru. Baru sehari aku blik kg dear yg sblum tu gune no line mxs serta merta tukar kepada digi coz aku gune digi time tu. Mase tu la dear bg hint yg die syok kat aku. Time tu la kitorang sembang2 dan dear kate dear memang suke kat aku walau tak kira aku cem mane la kan. (hopefully forever la).
^
^
Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya...
Ayat....ehmmmmm kalo tak silap la kan "bestkan tgok orang mude2 dah kawen, kita kawen nak tak?" hahhah ni la rase nye. Dear ni tkut nak terus terang, takut aku reject & nanti dear lak akan frust.
^
^
Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Kenal 6/3/05
Merisik Jun 05
Tunang 30/7/05
Nikah 23/7/06
Lebih kurang setahun jugak la kan. Tu pun pasal kitorang tunang dekat setahun pasal ada sore2 yg nak suh aku tunggu akak aku naik plamin dulu ( kes langkah bendul la ni).
^
^
Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
23/7/09 ni genap la 3 tahun perkahwinan kami, walaupun masih blum cahaya mata tp kami tetap sabar menanti kehadiran insan ketiga ni.
^
^
Kejutan yg pernah dia buat pada anda...
Macam2 jugak la, time tunang dulu rajin btul la dear dtg amik aku blik keje. Memang aku suke la time tu coz aku keje blik kul 10 mlm. Dear beli set bilik tidur yg memang tepat ngan apa yg aku suke. Lepas kawen dear bawa aku g skola memandu untuk amik lesen sbg hadiah 1st anniversary kami. Time birthday cam bese la akan ajak aku kuar g tmpat yg aku suke, penah lepak kat Tanjung Harapan sampai kul 3 pg walaupun esok dear keje. Birthday tahun ni dear masakkan aku bubur merah dan bg aku duit untuk aku g shopping time j card day last week. TQ dear!
^
^
Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga...
Macam2 plan yg kitorng siapkan untuk masa depan walaupun blum ada anak lagi la. Salah satunye kitorang nak ada umah sendiri maybe dekat area shah alam ni je la. Nak tukar kete baru yg lebih selesa coz senang nak bawa adik2 dear yg ramai tu termasuk la my MIL. Mahukan selalu bahagia dlm rumahtangga sehingga ke akhir hayat kami... Insyaallah!
Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
^
^
Blum ada anak lg la tp setakat ni dear memang suke ngan budak2 coz fmly dear besar tambahan lak tu ada ramai anak buah.
^
^
Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda...
Dear rapat gak la ngan abg2 aku, ngan mak bapa aku dear leh masuk gak. Tak kesah apa pun mak ngan bapa aku minta mesti dear akan buatkan kalo dear mampu la. Dgn abg aku memang ngan sampaikan leh g jalan2 tinggalkan aku kat umah. Kalo ngan sedara mara aku memang dear tak payah nak tunggu lame dah bleh cite2 la asalkan org tu byak ckp jugak la pasal dear ni tak pandai nak mulakan cite.
Sape yg patut aku bg tag ni ek?
1) Sweetie siti.
2) Eyza.
Korang berdua dah kawen kan, nak gak tau pasal korang. Ye la walaupun siti tu member time blajo tp kisah cinte die ngan belove aku blum penah tau. So sila2 kan la ek.


Suke Suke Je II


1) COPY dan PASTE gambar amal Islam di atas.2) kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.
Nak bg sape ek sampai 10 org ni? ehmmmm bg kat Yatehram ngan Eyza gak la. Kalo ada sesape yg bace & nak buat silakan, jgn malu2 la ek.

3) itu sahaja, senang dan mudah.


Suke Suke Je

Kali ni sesaje je menggatal nak amik award/tag dari sweetie siti,


Peraturan nak jawab tag ini ialah..
1. copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

So ini la jawapan untuk semua tu.
1) Done.

2) Thanks sweetie siti, die ni member time aku blajo kat poli shah alam dulu. Bukan satu kelas mau pun course, bukan jugak teman satu bilik tp die ni teman kepada teman aku la Zila namenye. Cam ne leh kenal pun ntah la aku pun tak ingat la. hahahha


3) 10 fakta/hobi :
1 - full name : NORAZIAN BT MAT YASIH.
2 - Lahir di Perak.
3 - Sudah hampir 3 tahun berkahwin dengan En. Zaini.
4 - Suke bace novel & mingguan wanita.
5 - Suke travel tp blum ada kesempatan lagi nak g jenjalan ni.
6 - Anak bongsu dari 5 beradik.
7 - Tak bekerja, so jadi fullhouse wife la skrg ni.
8 - Suke tgok tv & masak2.
9 - Plus size sejak dari kecik lagi, tak tau cam ne nak bg kecikkan la.
10 - Suke tido kalo tak de keje nak buat.

Aku nak bg award ni pada org yg aku penah bg tag la.

1) Yatekhram.
2) Eyza.

Rajin2 kan la buat ek. :)


aktiviti Hujung Minggu

Hari Ahad adalah hari untuk dear bls dendam, dear bleh tido je sepanjang hari. For me that really make me bored at all. Ye la time cuti2 ni la nak berdua2an la kan, tp kalo dear tido cam ne la plak. Aku masak untuk makan tgahri padahal kelmarin dear bgtau nak kuar hari minggu tu. Tp kalo tgahri masih tak bangun aku kene la masak. Dear bgun mandi, makan pastu katenye tak jadi la kuar. Cume dear ajak kuar g umah MIL coz dear blum tgok lagi bby k no. Lepas makan layan tgk History channel pasal candy ngan melodi.
^
^
Lepas zuhur gerak g umah MIL, tp yg klako nye kat sane pun dearnye aktiviti tido la plak. Adoiyaiiiiii apsal la ni, g mane2 pun nak tido jugak. Aku layan bby k no & hari ni dah ada nama " YUSUF RAYYAN" eh cam dekat2 ngan nama cik yan ni je...hahahaha k ju ngan k no gelak2 je sambil kate langsung tak de pun. Eh kan RayYAN! ha tu yan yg kat ujung tu? Hehehehe ngade2 betul la aku ni, kot nak pun nanti anak sendiri taruk la name dekat2 nama aku ke dear ke. hahahaha bila la time tu nak tibe kan? S.A.B.A.R bak kata heliza.
Tasik Kota Kemuning.
Seblum blik umah singgah kat tasik kota kemuning, bukan kira singgah tp saje pg coz nak jenjalan tgok org. Ramai jugak padahal time tu dah kul 7 mlm. Lepak2 sambil makan roti, tgok ragam org ramai, tgok org dating & org main layang2. Dear lak nampak kura2 ke labi2 pun ntah la aku tak kenal kat dlm tasik tu. Aku ingatkan ikan, kalo ikan nape tak de yg mancing ek? ehmmmm ntah la. Best tgok org g jalan2 pusing2 tasik, tingin lak nak buat aktiviti ni. Kalo jenjalan ngan dear mesti bestkan. Tp tunggu hari minggu je la baru dear senang. So aku kene g cari kasut sukan yg baru la ni nampaknya. Kitorang gerak blik time org azan, tp time tu kat sane masih ramai lg org terutama kaum cina la.
^
^
Tu je la aktiviti hujung minggu ni, blik umah lepas maghrib on laptop ada tag dari sweetie siti lagi. So kene tunggu la, maybe nanti petang or malam aku akan tunaikan ek.:)




Sunday, May 17

Berakhirnye Akademi Fantasia 7

Keseorangan menonton konsert akhir AF7 ni coz dear lepas makan je terus kuar. Tu pun pasal nak tgok bola kat luar ngan member, TQ coz bg can aku nak tgok konsert AF7 ni live kat umah. Ntah pasal pe taun ni aku tergila2kan sesangat la nak tgok konsert final. Dear siap sound kalo tak tgok malam ni, esok mesti ada ulangan bnyak2 kali kan. hahahha trime je la semua nasihat dear tu.
^
^
Bile tgok sorang2 boring gile la plak, tak best tul la ngan sound music nye. Kekadang rase cam kelam kabut pun ada, ntah la ni pndapat aku la kan. Pape pun yg menang tetap akan menang tak kira ape pun juri nak kritik. Keputusan akhir mengikut peratusan undi :
1) Hafiz - 46%
2) Aril - 22%
3) Akim - 18%
4) Yazid - 9%
5) Isma - 5%
^
^
Hafiz menang!tu aku memang suke la kan pasal sore die memang sedap sejak dari mule lagi, tp napee ntah la si Aril ni bleh plak la dpt no 2. Akim nye sore lg sedap, dah tu byak perubahan yg dah ditransformasikan dek si Akim ni. Yazid ni ntah la aku tak bpe minat la plak maybe pasal rambut kot hahahah...Isma lak kalo time awal2 dulu punye la tinggi die nye undian tiap2 minggu. Ingatkan kekal la sampai final tp aku tgok sejak 2 konsert sblum final dah jatuh merudum. Tu la ada kebaikan nye kalo undi tinggi time final ni. Maybe org dah muak kot cite psal die ngan zul tu kot. Tmbah lak zul yg compose lagu baru untuk konsert final. Pape pun skrg bertambah lg ramai la bkt2 kat dunia seni tanahair.
^
^
Dear blik btul2 time konsert tamat, hampeh! coz time tu aku dah ngantok gile la pasal keboringan sensorang layan konsert. Yg tak bestnye time tu la aku jd lapo plak, jeles tgok dear makan muffin yg aku buat ptg tu la ni.ish2... cam ne la nak jg badan ni. :)


Saturday, May 16

Aku Telah Di Tag?

Alamak!!! ni la respon pertama aku time bace sweetie nye blog, name aku terpampang kat akhir2 tu tersenarai la plak dlm list die. Adoyaiiiii aku memblog sesaje je nak bce kisah2 org disamping nak habiskan mase kat umah ni kan, kawan blog pun tak de lg aku rase.haahhaaa.. ok ni la tagnye, so untuk sweetie siti aku dah tak hutang tag lagi tau.

1) The Rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2) Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3) After that tag 12 people.

ok troskan menjawab.

Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?
Baru je celebrate birthday awal bulan ni.

Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?
Teringin nak g UK coz memang dari kecil lagi teringin, pasal sepupu penah study kat sana. Lgpun kelab bola sepak yg dear minat pun kat sane jugak. Bleh la 2 in 1 kan.
Q.3 : MY FAVOURITE FOOD?
Yg ni aku tak tau la pasal pe aku leh suka, tp layan kan je la.
Suke ngan char kuey tiew

Q.4 :NICKNAME THAT I HAVE
Pepatung, pasal aku suke ngan binatang ni sejak dari kecil lagi. Cantik dan bleh terbang sesuka hati, macam2 kaler lak tu.

Q.5 : MY FAVOURITE COLOR?

Suke betul ngan kaler merah sejak akhir2 ni, kekadang tu ada jugak la pink2 sket.
Biru memang suke sejak azali lg, hahahha...

Q.6 : THE CITY I LIVE NOW?

Shah Alam

Q.7 : THE PLACE I WAS BORN?

Kg Telok Bakong, Perak

Q.8 : MY COLLEGE MAJOR

Marketing, ni la yg aku belajo dulu2.

Q.9: MY BAD HABIT?

Suke tido kale tak de ape2 dah nak buat.

Gigit kuku.

Q.10 : MY HOBBY?

Chatting & surf internet

Bace novel.

Q.11 : My WISH ?

Toyota Wish.

Rumah sendiri.

Pling last ni yg aku fail pasal aku bukan ade member blogger ni ramai sesangat. Tapi tak pe la ni ade la 2 org yg aku nak bg:

1) Yatekhram.

2) Eyza

So kalo ada sesiapa yg bace blog aku ni pun trase nak buat silakan la ek. :)



Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei, tarikh yg teristimewa buat golongan guru2 di Malaysia. Kebetulan akak ipar aku 2 org cikgu so nak jugak la aku wishkan kat diorang berdua tu. Almaklum la cikgu ni kan org yg mule2 mengajo kita membaca dan mengira walaupun mak ngan bapa ada aja kat umah tp tak sama la kan.
^
^
Buat k yang & k tini, serta semua guru2 skolah kebangsaan teluk bakong, perak, skola menengah sultan muzafar shah, perak + lecturer kat poli shah alam...
"SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH & SEMOGA KALIAN TERUS MENYUMBANGKAN BAKTI KEPADA ANAK2 MUDA YG DAHAGAKAN ILMU"


Friday, May 15

Welcome To This World!


Pg hari jumaat yg cukup hampeh buat aku menjadi hari paling indah buat kakak ipar aku, k no. Kul 10.15 pg tadi selamat melahirkan baby boy. Boy untuk yg ketiga da...memang nak girl tp dah rezeki boy terime je la kan. Time aku dpt sms dari ucu inform semua adik bradik aku kat luar, kuar g cari lauk pauk ngan brg dapo sket la. Nasib baik perut aku dah ok time tu, kalo tak naya je.
^
^
Blek umah aku terus masak coz aku rase ptg nanti mesti MIL ajak g tgok k no kat hospital. Kul 3.30ptg aku g umah MIL, g sane ngan ucu + haikal tu skali...leceh tul kalo kene bawa budak ni. Ntah psal pe ntah kat dlm kete senyap la plak, tenang aku nak drive.hahahha...kejamnya bibik.
^
^
Sampai sane trus tgok k no, tp time tu k no lak kuar byak darah so kitrong g tgok bby dulu. Ala comel gile la, geram je rase nak pgg! Tp tak leh coz bby kat dlm cermin, ntah pasal pe bby tak bawa g kat maknya. Kalo tak mesti lagi clesr gmbar yg aku amik.hahahha.... MIL lak risau aku tgok coz k no kuar drh byak & mase kitorang sampai k no kate rase nak pitam la plak. So sementara tu kitorang ni menunggu la kat luar bg can kat doc buat ape yg ptut la kan. Sempat gak pg 99 nak cari roti. Ni k no yg order, katenye tak de selera nak makan bubur nasi kat hospital coz rase halia je lebih. Hmmmm cam tu lak ke? Byor punye la mahal tp makanan tak sedap la plak. Ish ishk....
^
^
Balik umah time org blik keje, nasib baik jln tak jem teruk. Awal gak la sampai umah, kul 5.30ptg dah ada kat umah r. Singgah umah MIL pun sekejap je, tu pun pasal nak amik surat saman hadlaju. Adoiyaiiiii ingatkan blik kg siang2 best tp jagi cemgini la plak. Ni dear blum tau lg ni, cam ne la kalo dear tau, maunya dear tak heran & kate nanti kita bayo la. Hahahah memang sempoi.


I Hate This Part...

Hmmmm ape nye tajuk da aku bg untuk entry hari ni?hahahha tp ni la hakikatnye. Memang aku benci. Benci pasal pe? hmmmm ok untuk 1st part :
^
^
Pg ni aku masakkan nasi goreng ngan watkan air teh susu kegemaran dear sejak akhir2 ni kan. Time tgh siap2 nak bf pg ni, aku tercium la satu bau yg hampeh sesangat la, aku g depan baunye makin kuat. Tp kalo kat dapo tak de la plak bau ni. Memula ingat kot2 aku masih tak tutup api dapur, kot2 kuali bekas nasi gorg aku tu dah brasap gile ke kan. Aku g tgok tak de pape lak. Ni yg wat aku musykil gile. Dear lak leh wat tak tau je coz masih mengantuk lagi. Kejut awal2 pas tu sempat lagi sambung tido kat sofa, klako gile aku tgok. Rasenye aku yg tido lambat tp dear lak yg ngantok gile.
^
^
Alkisahnya untuk dpt kan jugak bau ni bau ape aku g kat depan coz bau memang kuat kat sane je. Jenguk2 kat tingkap, alamak.....patut la bau nye kuat gile! Rupenye bau racun dari kebun kat depan umah aku ni. Gile ape? Bnyak betul ke diorg ni sembur racun ni macam nak bunuh org je, kalo tgokkan siap macam kabus lak aku tgok kat dlm kebun tu. Melampau betul la diorng ni, hormat la sket kalo nak meracun tu. Nasib baik ada pewangi leh la aku hilangkan bau tu dr umah ni, kalo tak maunye tak lalu nak mkn nasi grg.
^
^
2nd part lak, hahaha klako gak la ni. Aku sendiri yg cari pasal la kan. Bukan ape, malam td tak tau nak masak pe. Dear suke makan pedas kan, aku lak g la buatkan sup sayur sawi ngan ikan gorg + ngan sambl belacan pedas gile coz aku wat 2 kali. Kali pertama aku wat kurang pedas tu yg wat 2 kali 2. Aku yg dah memang tak tahan makan pedas g bedal gak so akibatnya pg ni aku aku kene la berulang alik g toilet. Adoi....padan muke aku...hahahha


Thursday, May 14

Shopping Time

Wah.... belanja sakan aku semalam maklum la ada j card day kat Jusco bukit tinggi. Lg pun dear yg janji nak bg duit untuk aku g shopping kan...hahahha hampeh nye bini, tau abeskan duit je la.
^
^
Alkisahnya, kalo ikutkan minggu lepas lg dah nak g tp kebetulan k no mintak tolong aku hantarkan dia g klinik desa. Alamak tak sampai hati la plak nak tolak permintaan org. So semalam time untuk aku lepaskan geram nak berbelanja time j card day. Pg kuar umah kul 10pg sampai sane kejap je jalan pun tak de la jam teruk sgt. Yg best nya aku g kali ni ngan nyah kalo g sorang2 mak aiiii mesti tak best. hahahha
^
^
Masuk dlam jusco tak de la ramai sgt org, mgkin pasal j card ni wat 2 hari berturut2 kan. Alang2 org tak ramai senang la kan nak pilih baju, last nyer terbeli la plak baju untuk aku 3 helai, suar dear 2 helai + ngan barang2 untuk umah la sket. Tp tak abes byak la untuk blanje tu sume... tak sampai RM200.
^
^
G makan kat foodcourt jusco, pas tu g hantar nyah blik. Baru la aku blek umah. Time kat umah ni la mase nak test2 baju ngan suar semua yg aku beli. Dear lak kebetulan blik awal terkejut tgok brg2 aku bli coz aku ckp aku tak kan abeskan RM200. Tp dear la yg pling sronok nak ngetest semua suar yg aku beli. Cari suar untuk dear pasal dah naik beberapa inci kat pinggang. Padahal aku tgok dear ni aktif main bola la...bagai2 la aktiviti dear ni. Ha ni tanda aku masak sedap kot..... masuk bakul angkat sendiri la plak! Jrg2 g shopping kan skali skala ni bleh la, kalo selalu maunyer pening pale dear aku. Tq dear coz bg duit untuk ayg shopping as my birthday present!hehehe.


Monday, May 11

Telur Kembar?

Malam tadi aku ngan dear makan mee jawa, yg aku tapau dari umah MIL. Aku sempat la amik 2 biji telur yg dah siap rebus coz rasenya dekat 20 biji jugak la aku rebus. Tp pelik semacam lak aku tgok telur ni coz memang aku tak penah jumpa la. Dear pun time aku bawakan untuk hidang nampak kerut2 jugak la dahi dear hahahaaah...
Telur kembar yg mengujakan aku ngan dear.hahaha

So aku harap tak de pape la kan kalo makan telur kembar ni la, coz mak aku pantang betul kalo jumpa pisang kembar. Mesti mak tak bagi aku atau pun sesape je makan. Pasal ape? huhu tu yg payah nak jawap tu. Tiap kali tanye mak mesti jawapan nya "ni org dulu2 yg kate tak elok, tak payah tanye lebih2 lagi ok" hmmmmm baik tak yah tanye.hahahha Mak aku ni penuh ngan misteri la kalo bab2 pantang2 ni.


Happy Together

Hari yang sgt2 aku ngan dear nantikan...tp blum ada rezeki lagi nak rase kan. Tunggu la next year kot2 dah ade rezeki lak ke. Semalam aktiviti kitorang lepak2 kat umah MIL pas tu ada msak2 sket la. Mcam bese tukang masak kitorang ialah "CHEF ETON" bak kate cik is. haahhah actually akak ipar aku ni memang la minat masak ni la kan, so die la kepala semua yg ada.
^
^
Pg2 lagi k no dah call mintak aku ngan dear g beli brg basah kat kedai je. Tp kitorang pg beli dekat sejam jugak la, bukan pasal ramai org tp kitorang g makan roti canai dulu. Yg ni off course la atas request aku malm minggu tu. hahaha maklum la hari sabtu tu langsung tak makan kat umah, kitorang kuar g celebrate my birthday dan kuar g keje jugak la. Bleh than gak la lamenye nak tunggu nak dptkan roti canai ni, tu pasal la kitorang lambat.
^
^
Cari brg basah kat kedai kat kg je, org pun ramai jugak la. Maybe ada yg same cam kitornag gak kot. Aku ngan dear siap plus ape yg tak de dlm list yg kitorang dpt.hahahah tp dear la kene + duit. Blik umah k nab ingatkan kitorang g pasar besar cari brg pasal kitorang kuar lame tul. Alamak pecah jugak rahsia g bf kat luar. Tak pe la bukan selalu.
Time ni makanan ngan minuman kitorang dah habis, masa awal2 leka lak baca paper.


Dpt je brg trus la kitorng mulakan aktiviti masak2 ni, tgahri budak2 dah bising lapo la plak.haahah menu semalam nasi ayam ngan mee jawa je. Tp nak siapkan punye la lame tul. Kul 4 baru siap hidang sume dan makan2. Pas makan k ton kuarkan kek untuk birthday alang, padahal birthday alang 1/5 tp pasal nak tunggu alongnya cuti dr plkn die pospone dulu la. Yg best eja wat suprise belikan MIL kek untuk mother day + birthday. Terkejut gak mase tu coz MIL aku nangis pasal memang tak penah anak2 celebrate cam ni kot. Aku pun baru tahun ni la rase....tu yg wat aku rindu lagi ngan mak kat kg huaaaaaghhh.
Tengok je la anak buah yg dah tak sabo nak tunggu time makan kek ni.
MIL aku tak nak bangun la plak so dear angkatkan meja ni bawa dekat MIL & pas tu MIL sebak sampai menangis la plak.

So untuk mak aku yg jauh kat kg PN TAMSIAH BT ABDUL RANI, MIL aku PN ATIMAH BT MISKAM dan buat opah, akak ipar aku & semua ibu2 dimana juga
SELAMAT HARI IBU SEMOGA IBU2 AKAN TERUS CEKAL MENEMPUHI DUGAAN YG MENDATANG. Istimewa buat my mak thanks coz dah membesarkan anak mu ini yg terlalu la manja sesangat, terlalu la banyk salah silap yg dah aku lakukan. Thanks mak!