Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, March 30

Jalan-Jalan

Minggu lepas jadual aku padat mcam tu jugak la nampak gayanya untuk minggu ni. Bukan ape, aku ni asyik di minta tolong orang je la. So aku trime je la kan.
^
^
Hari Jumaat aku kuar g amik nyah kat umah dia kat puchong coz nak tido kat umah aku. Sebelum blek klang smpat la aku ngan nyah singgah kat puchong perdana cari brang sket. Singgah kat avon lak ingat nak cari la pape tp nyah je yg beli aku lak tolong pilihkan je la plak.
^
^
Hari Sabtu aku ikut MIL g rewang kat umah jiran dekat2 umah MIL. Keje tak banyak coz orang yg dtg rewang agak ramai jugak la. Kg ni masih lagi gotong royong kalo nak dibandingkan ngan kg aku memang ketara. Kalo kat perak semua dah gune khidmat tukang masak, kalo kat sini memang amik tukang masak gak tp masih ader la org2 dekat2 umah yg dtg tolong. Sonok lak bile skali skala wat cam ni kan. Lg pun mase kenduri MIL dirng semua ni dtg tolong gak.
^
^
Blk umah kul 12.30tghari, nyah dah makan nasi malam tadi. Aku try masak nasi briyani, menjadi jugak la. Nasi briyani makan ngan kari daging & sayur kubis masak kicap. Siap2 lepas zuhur kuar g hantar nyah blek umah coz kalo kuar ptg tkut hujan la plak kan. Sempat la singgah kat carefour baru buka kat usj. Agak susah gak la nak cari tmpat parking, kene pusing2 dulu baru la jumpa. Tempat baru kan memang la cam tu. Beli la 2 3 brg gak tp bese la kan mesti brg makan.
^
^
Mlam lak g ikut dear ngan MIL g jemputan kat Meru. Tp dear lak kene keje, tp aku ngan MIL tak bg dear g keje, kalo nak keje g la lepas pg jemputan tu. Nasib baik dear nak ikut ckp kitorng hahahha.. Ehm pas g jemputan tu dear hantar aku ngan MIL blek umah, dear lak g keje kat area giant bukit tinggi. Malam tu blek umah dekat kul 1 pg jugak la.
^
^
Hari ahad g ikut MIL lg g umah kenduri tolong rewang, kali ni blek lambat sket dekat kul 2 baru blek umah. Ptg tu ingat nak kuar tp dear ade keje lak ngan member die kat bayu perdana so aku lak lepak kat umah tgok tv je la. Sempat la nak kemas2 umah sket coz asyik kuar je kan.
^
^
Malam ipar aku dtg ngan pakwe die nak jumpa dear. Kebetulan lak abg dari seri kembangan pun nak dtg gak tp tak nak mkn kat umah aku so aku tak de la terkocoh2 nak masak. Just siapkan air je la. Abg dtg coz nak hantar kek lapis ngan pekasam ikan terubuk yg dia beli dari sarawak mase g cuti2 malaysia kat sane minggu lepas. Sedap gak kek lapis ni tak de la manis. Huhuhuhu...punye la padat jadual aku untuk hari jumaat sampai ke hari ahad lepas, nasib baik dear ok coz aku tak sempat nak masak, just makan ape yg ade je la. Nasib baik tolong rewang dapt nasi ngan lauk pauk. Tp sayang la plak, lauk dging masak paprik diorg tu keras. Dagingnye tak empuk so aku mask lg sejam la nak bg empuk sket. :)

Thursday, March 26

Ke Mane2 Je la...

Hmmmmm semalm sehari suntuk keje aku jalan2 je. Jalan g mane ek, ke mane2 je la.huhu...
Pagi pegi umah MIL coz dear mintak aku g tolong photostat buku untuk dear. P photostat kat Kota Kemuning kene tunggu stgh jam la plak padahal tak banyak pun yg aku nak photostat. 1 buku ade dlm 40 page, aku nak 5 copy je. Kalo ikutkan mesin photostat canggih tu aku rase jap je dah siap. Kalo aku blah mesti org lain lak yg dpt dulu. Tp tak pe la aku g jalan kaki g Pejabat Pos nak pos surat. Hahah ni la walaupun zaman dah canggih ngan sms, email & mcm2 lg aku masih gune kan pos mengepos ni.
^
^
Dah settle pos surat, g jalan kat speedmart cari barng sket. Nak cari biskut cap ping pong favourite dear kalo time tgh2 mlam, stok tinggal sket je lagi tp ntah la cari punye cari tak jumpa la plak. Maknanya aku kene cari kat tmpat lain la ni. Kalo kat econsave mahal la plak. Beli jugak la biskut lain ngan 2 3 jenis brg lain. Yg penting beli coklat favourite dear. Kenkadang aku jugak yg makan.
^
^
Pi blek kedai photostat, blum siap lg. Pusing2 kat kedai buku tu. Tgok2 ada mingguan wanita baru, ape lg aku bace je la kat sane dah alang2 kene tunggu lagi. Padahal aku tgok bile die copy punye la kejap je. Mesin canggih siap ngan stepler skali lak tu. Tu yg aku sanggup baya mahal asalkan cepat, tp skrg ni jd lambt gile baik aku photostat kat tmpat lain.
^
^
Nak kene g klinik smalam coz MIL kirim ubat selsema, kene la pg lagi hari ni. Asyik2 muka ni je yg dtg sane, tkut diorng ingat aku ni ada wat keje jhat la plak. Siap semua keje aku blek umah. Tgh rilex jap dear call. Mintak aku tolong hantar hp kat dear, nasib baik dekat kalo jauh mau boring aku nak pg. Kene hantarkan jugak la coz hp dear dah low battery.
^
^
Blek umah, solat pas tu makan sambil layan jelita. Dear call nak ingatkan aku nak g Kota Kemuning nak temankan ipar aku plak. Alamak! malas tul la nak kuar lg. Pg jugak la, sampai2 member die dah dok tunggu kitorang kat sane. Ni kuar untuk bincangkan pasal bisness yg kitorng tgh wat la ni. Alhamdulallah bisness ni berjalan lancar sejak 3 4 minggu ni. So sekurang2nya dear ngan aku ada untung & dapat jugak la menaikan lagi semangat kami.
^
^
Sampai umah kul 6, solat asar pas tu ingat nak masak. Dear lak kebetulan blek awal bgtau malam ni nak kuar lg. Maknanye aku tak yah masak la ni, dear pun tak kesah coz dah makan seblum blek td. Hmmm patut la baik semacam je. :)
^
^
Malam kuar g Bukit Naga, jumpa ngan kwn ipar aku. Apa lagi bincang pasal bisness jugak la ni. Aku ikutkan je la, settle semua siap makn2 dear ajak g seksyen 20, lepak2 ngan kawan2 dear. Malas la plak, so aku decide aku drive blek sendiri dah member 1 kg dear ada same time tu. Aku drive blik jln kebun ngan ipar aku. Sampai umah MIL kul 11 lebih gak la. Sampai umah aku lak hmpir kul 12 jugak la. Takut gak lalu kat kawasan pokok getah tu tp sabo je la kan. Time2 tu la semua cite member aku kat tmpat keras tu aku tingat, terbayang2 la plak. Hampeh tul!
^
^
Kat umah tak leh tido lg coz nak tunggu dear, dah la kuar tak bawa kunci.Leceh tul la cam ni, tp sabo je la. Ni pun mate ngantuk lg ni coz dah bape malm la tido kul 2 3 pg ni. Jap lg mau nak kuar lg ni, nak tido dulu la alang2 keje semua keje kat umah dah settle.
:)

Wednesday, March 25

Tiada Alasan

Sepanjang hari isnin semalam aku banyak menolong ipar aku, pg bawa ucu g kota kemuning ada hal sket. Ptg lak k no mintak tolong hantarkan die g klinik. Aku tak kesah kalo orang mintak tolong aku coz aku ni tak pandai nak menolak permintaan orng. Kalo adik ipar tu ok la kalo tolak coz die bleh ajak member die hantarkan. Tp aku kesian kalo org tgah skit aku tolak permintaan nyer. Dah la tgh pregnant, kang kalo sebab aku tak nak bawa g klinik aku lak yg kene.
^
^
Ntah nape la, walaupun adik bradik tak mampu nak tolong sesame sendiri. Kalo ikutkan malam td aku nak g centre coz nak dgr taklimat sket, tp ipar aku tepon kul 7.00mlm mintak aku hantar g klinik. Dgr sore cam demam je, tak sampai hati nak tolak. So aku tepon dear, nasib baik dear bg. Aku terus g umah ipar aku pas tu hantar anak die kat umah MIL.
^
^
Skali sampai kat klinik ramai la plak yg dtg ptg2 ni. Dah la sejuk gile dok kat area aircond lak tu. Sabo je la. Nasib malang plak aku tertinggal kunci kete kat dlm kete. Dah la ni 1st time aku tertinggal cam ni, kalo sebelum ni asyik dear je la yg kene. Ni mesti sebab mase anak buah aku nak kuar td nyer hal la ni. Tak pe la kan dah kene nak wat cam ne. Nasib baik nyer dear on the way blek kene singgah la kat klinik tu sebab aku dah inform kat dear. Mujur la member keje dear "terror" dalam hal2 ni. Kebetulan lak cermin tingkap sblh driver tak tutup kemas, ade terbuka dlam 2 inci la. Semuanya nasib la ni... :)
^
^
Dah dpt kunci aku kene blik coz dah hampir kul 8.00mlm, dear mintak adik ipar aku amik akak ipar aku. Tu la kalo tadi die je yg g hntar kan senang, ni kes malas la ni. Dear aku kalo ngan adik2 dear tntang hal cam ni memang tegas & diorng pun memang takut nak melawan.
^
^
Akhir cite aku rase tak patut la kalo kita terlalu menolak permintaan orng, walaupun orang tu sedara terdekat kite. Jgn la bg alasan, kalo dah nikah skali pun bertanggungjawab la pada sedara kita.
^
^
Mlam td g lpas dengar taklimat keje aku, dear ngan ipar aku singgah makan kat mc donald. huhu lapar jugak walaupun time tu aku dah siap bawa bekal roti. Blek umah kul 2.00pg, Meletihkan jugak tp happy coz jarang nak lepak2 adik bradik makn sambil cite2.
Aku dan iparku.
Dear ngan adik nyer.


Tuesday, March 24

Alhamdulillah...

Kisah yg paling menyayat hati untuk minggu ni telah sampai ke kemuncaknya. Bukan macam lagu menuju puncak tu okey... ni kemuncak kisah yg terjadi la. Pg ni aku kene temankan ipar aku g Kota Kemuning coz ade hal sket, time cite2 tu la terkeluar sket cite.
^
^
Khabarnye anak akak ipar aku yg hilang tu dah jumpa, dah blek umah. Tp sayang la plak kan, mase mule2 sampai umah die tak nak ngaku akak ipar aku ni mak die la plak. Adoi la, tu hari dah la ko hilang tanpa brite ni plak ko bg ayat yg wat org sakit hati gile la aku rase. Tp akak ipar aku cube sabar kan juga la. Malu la kan dah anak wat cam tu.
^
^
Alkisah sebenarnyer anak buah aku ni kuar umah pg sabtu, kononnya nak g umah kawan ada birthday party. Mak die tak prasan la plak die pg tu ngan sape tp jiran sebaris umah tu bgtau die ni jlan kaki pg lorong lg satu. Nampak macam ade budak laki tunggu dengan motor la nak amik anak buah aku ni. Dah tgahri masih blum blek, mak die risau la kan. HP bawa tp off, tu yg kitorng kat umah sume risau gile. Sampaikan akak ipar aku g klang ptg tu jugak. Mane la tau kot2 jumpa die kat sane ke kan. Tp tak jumpa langsung.
^
^
Semalam, cukup hari ke 3 akak ipar aku g tgok kat org yg pandai ubat2 org la kan. Tgok2 org tu bgtau anak die kene kurung ngan laki ni kat kajang! huhu mau melompat kalo aku kat tmpat akak ipar aku tu. Budak ni tahun ni nak SPM tp wat perangai cam ni la plak. Ayahnya dah pening pala nak ckap ape, akak ipar aku lak dah tak tido pikirkan anak yg tak blik2 ni.
^
^
Org tu tolong lembutkan hati org yg kurung die, kalo tak silap pg semalam org tu buatkan. Tgok2 senja semalam anak buah aku ni call mak die bgtau die dah ader kat area umah. Mak die pg amik sambil nak g pujuk la kan. Memang anak buah aku ni dah kene gune2 ngan budak laki ni, tu yg buat kitorng geram gile. Kurung pas tu pukul2 lak tu, yg lain aku tak tau la plak kan. Tp memang nampak kesan kene pukul tu, cian bile dengar die ngadu skit.
^
^
Skrg ni aku akak ipar aku masih tgah ubtkan anak nye ni coz kalo dibiarkan tkut die ikut laki tu lagi. Laki ni lak memang saje2 nak seksa, bukan ade niat ape2 pun. Kalo ikutkan ni kali ke2 die wat perangai ngan laki yg same. Aku tak tau nak ckp ape la kan, aku lahir kat kg besar kat kg cume lepas kawen aku full time dok kat kawasan pekan ni. Tp serasa aku, aku tak sanggup nak kuar tanpa izin mak bapa aku. Kalo bleh semua kawan aku mak aku kenal walaupun cume takat cerita tapi tak jumpa orgnyer. Tp ntah nape la plak die ni brani betul kuar ikut laki ni, padahal dah tau budak ni memang jahat la kiranya. Hmmmm mungkin sebab dah kene minyak senyonyong kot! Astagfirullahalazim...Nauzubillah la simpang malaikat la dari semua tu.
^
^
Moga ini la kali terakhir die membuat perangai dan membuatkan hati ibu bapa nye sedih & susah hati. Aku doakan die akan tinggalkan laki tu, jalani hidup yg baik tanpa lelaki yg sekadar nak menyakitkan perempuan. Geram sgt la aku ngan budak laki tu. Bahkan kitong penah jumpa die time kenduri kawen zul dulu.

Monday, March 23

Love You So Much

Hari ni genap 2 tahun 8 bulan tempoh perkahwinan aku & dear.
Semoga ikatan cinta ini kekal abadi buat selamanya.
" Kau selalu di hatiku, cintaku hanya pada kamu seorang "

Kami Ceria Bersama-Sama

Setiap kali tibanya hujung minggu aku ngan dear mula la sibuk nak bawa MIL g jemputan perkahwinan. Hari ahad semalam aku ngan dear bawa MIL g Sg Udang, Klang bukan kat melaka tau. Kuar umah lbh kurang kul 1.00ptg, ingat kan ada 2 buah umah tp umah yg 1 lg tu next week dah tu pg je la umah yg 1 ni je.
^
^
Sampai kat sane terus makan, cite2 mesti ada sebab jumpa sedara mara la kan. Pas tu dear bgtau nak g umah k nab coz budak2 tu mesti dah tertunggu nenek diorg dtg, aku lak ikut je la kan. Lame gak la lepak kat umah k nab, dari zohor nak masuk asar baru la kitorng blek.
Sebelum balik mesti kene makan dulu, k nab masak mee greng. Bedal jugak la walaupun kenyang makan nasi ayam td masih ada. :)
^
^
Sebelum blik MIL ajak g Banting, g umah mertua abg dear yg sulung. Dengar cite baru2 ni mak cik tu dah tak leh bangun. Dari meru nak ke banting agak jauh gak la kan. Tp mungkin sebab mak dear yg ajak dear nak la kan, kalo tak jgn harap la. hahaha
^
^
Sampai banting kul 5 ptg, dlam sejam gak la dari meru nak ke banting ni. Tu pun dear drive laju gak la aku tgok. MIL yg dah bese tu diam kan aje la. Kebetulan ada baby lak kat umah mak cik tu, comel sgt. alalala bila la ek? hahhah. Sian lak bby nye kene demam kuning tp tak pe dah kurang dah maybe kesan minum susu kambing. Ni kan petua org lame.
^
^
Kul 6ptg blek umah MIL dari banting nak g klang blek lebih kurang sejam gak la kan. dah kat umah MIL aku ngan dear tak masuk pun coz letih sgt rasenye pusing2 sane sini.
^
^
Td kat umah mertua abg dear along anak k ton yg g PLKN tu call aku tanye pasal die nyer permohonan dah isi ke blum. Sempat gak la tanye cam ne kat sane, yg pling klako ayatnye " TAK BEST LANGSUNG, TAK DE RAMAI KAWAN. ALONG NAK BLEK LA " Hampeh tul la budak ni, memang la cam tu lgpun kan masih baru brape hari kan. Nanti kalo dah seminggu dua ok la tu kan.
^
^
Mlam macam bese dear akan kuar lg skali, jumpa kawan2 keje die la. Kalo ikutkan nak je aku join tp member dear mesti ramai laki2, segan lak aku. Ntah nape la malam td aku ngantuk sgt tp tak leh tido pun, dekt kul 1.30 pg dear blek aku masih golek2 lg. cian dear blek lmbt agaknye kot tu yg tak leh tido tu. Hmmmm ye ke? hahha :)

Saturday, March 21

Sayangilah Mereka

Sambil melayan konsert af minggu ni aku lak terpanggil nak up date blog, bukan sebab ape. Hari ni ada macam2 perkara yg mungkin memeningkan, mengejutkan mahu pun mengecewakan seseorang. Bagi aku itu bukan masalah besar yg dapat mengganggu gugat nilai kekeluargaan.
^
^
Bg aku kuarga adalah tmpat pertama meluahkan perasaan, masalah suke & duka. Tp mungkin nilai kekeluargaan kini dah tak macam dulu, agaknye la kan. Aku harap sesiapa yg sedang mengalami masalah rujuklah pada org yg mampu memberikan nasihat yg terbaik buat kita. Jgan terlalu ikut kata hati. Insyaallah akan ditunjukkan jalan kearah kebahagiaan.
^
^
Ape da yg aku repekkan ni (i'm knowing very sad story this afternoon)... :)

Friday, March 20

Tgok Movie Lagi?

Hari rabu lepas aku kuar ngan Nyah, saje jenjalan. Ingat nak bawa nyah tido kat umah tp nyah kata abg aku nak dtg umah nak repair plug kat dlm bilik nyah yg kuarkan bau kalo on. Dah tu nyah ajak la aku g tgok movie, kuar umah dekat kul 1 jugak la, naik bus. Memang slalu kalo kuar ngan nyah kalo g IOI Mall mesti naik bus, alasannye jimat duit minyak, tambang bus pun murah cume 70 sen sorang. Kalo drive bayr parking je dah RM2.00 la kan. Lgpun jalan kat puchong ni slalu la sesak.


Nasib baik cite ni start kul 1 so kitorng cume lambt dlm 5 ke 10 minit je la aku rase. Ramai gak time tu, ntah cam ne la aku leh dpt seat kat blkg. Tp kali ni aku tak nak amik seat tp dah, leceh tul. Agaknya ni mesti tiket org yg booking tak dtg amik la ni. So ada can la untk aku ngan nyah tgok ngan selesanya. Tp tak selesa la plak bile india kat blkg seat aku ngan nyah ni asyik cite2 je ngan awek die tu. Memang la ckp kejap2 tp sora tu control la sket, dtg nak tgok wayang bukan nak dgr cite dari diorg ni. Walaupun ada sora2 yg mengganggu tp kitorang tetap layan cite ni, memang la best + klako la.


Next plan nak g tgok cite "Jangan Tegur" arahan pierre. Ni dear yg wat pilihan, kalo ikutkan time kuar tgok tu hari nak tgok back 2 back tp malas la. Coz time tu dear nak tgok cite mandarin yg ada unsur2 humor. Aku kadang2 segan lak nak tgk movie cite cine ni bukan pe, kalo ada pun maybe 3 4 org je yg mlayu yg lain sume cine.


Sebelum blek mesti nak makn dulu, tp seblum makan nyah ajak cari handbag. Jumpa gak la kan 1 handbag cute yg nyah leh bawa g keje. Comel tul la bag tu tp kalo aku beli mesti dear bising. Kitorg makan kat foodcourt jusco je, nyah cam bese nak nasi ayam. Aku lak dah lame tak makan claypot, tp org tu bgtau kene tunggu 40minit. Leceh tul la, so aku tukar amik sizzling je la. Ok gak la, dah lame rasenyer tak makn makanan ni. Kalo dulu time g giant je mesti makan sizzling tak pun claypot. Ingat nak gak bungkus claypot tp malu la plak. hahhahha


Sebelum blk sempat la g pusing2 kat jusco tu cuci mate, nyah ingat nak cari cd tp tak jumpa yg berkenan lak. Yang slalu tak lupa singgah kat La Bohame ( kdai roti jusco) cari pastri wat makan2 time lapo. Aku pun dah lame tak beli roti kentang yg dear suke la makan so aku amik la 1. Blek umah mmg la dear suke ngan roti tu coz memang dah lame aku tak bli bukan ape kalo beli dear dah jemu la plak. Dulu ofis dekat ngan maxvalue tu yg aku rajin beli untuk dear tp tak pandai buat la plak. :)

Wednesday, March 18

20 Tip Rumahtangga

Syer info yg aku dpat dari email.

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak jugarasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear.ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops. tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepasmandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda..

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Olehitu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk.Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Tuesday, March 17

Handphone

Ni sebab dengar budak2 cite pasal hp la ni ptg tadi mase tgh gosok baju ngan suar dear. Bukan ape, kalo time aku umur cam diorng semua tu aku blum tau ada ape ngan hp ni. Budak2 ni baru je tingkatan 1. Kalo tak silap aku salah sorang tu mintak kat mak die hp kalo dpat result UPSR bagus. Tu agaknya mak die tunaikan janji la kot. Ni la ayat yg diorg sembang tu yg tarik minat aku nak dengar cite diorng pasal hp ni.

Budak A : apa la, hp baru tp tak de bluetooth!
Budak B : biar la asalkan leh wat call ngan sms!


Akhirnya aku lak yg gelak sensorang dengar ayat2 diorg ni. Betul jugak la kan, budak2 bukan nak gune sgt bluetooth ni. Aku risau gak la coz anak buah aku ngan dear ni pandai je ckp yg bukan2. Rasenyer ni mesti faktor2 dari bluetooth la ni coz akak ipar aku penah cite anak die pandai je main tukar2 video dari hp member, kalo video elok tak pe ni video lucah la plak. Teruk tul kan, cam ne nak halang diorng ni dari terikut aktiviti yg tak perpekdah ni.

Aku dulu kenal hp dah skola menengah dah, ada juga la time tu anak penghulu dtg kelas bawa hp. Cikgu tak tau lg pun time tu hp tu brg yg mahal la tak macam skrg ni. Umur aku dah 20 tahun baru la aku dpt pegang hp sendiri, tu pun abg aku yg bising mintak aku gune hp. Abg sulung aku sponsor no ngan kredit, yang plak sponsor hp lame die. Walau pun bukan hp yg canggih, kalo nak ikutkan time tu aku nak pilih sendiri. Beli ngan duit loan PTPTN la kan, coz ramai sgt la member yg beli hp canggih manggih ni. Aku lak juz bleh tukar housing je la.

Tp aku kire bertuah sgt la abg2 aku nak kongsi kesenangan diorng ngan aku. Time memula gune hp aku jrg nak bawa kuar, kalo bleh nak simpan je kat blek tp makin lame makin berubah la plak. Kalo tak de hp rase macam dunia tak sempurna je. Ntah la kan, lgpun masa aku blajo semua kredit abg aku yg tanggung. Setiap bulan aku akan dpt top up RM60.00 kire untung gile aku kalo dibandingkan ngan member aku semua la time tu.

Skrg ni kalo time nak kuar hp kene bawa same, kalo tinggal memang la kene patah blik amik. Tp aku ni slalu sgt la tertinggal hp kat umah. :)

Aktiviti Kami

Hari ahad lepas adalah hari untuk kami keluar berdua2an la kiranya. Tp pg tu kami harus langsaikan satu tugasan yang MIL bg kat dear. Tugasan ape? ehmmmm beli beras dalam 70 beg pas tu pass kat umah anak2 yatim & orang2 tua kat area umah MIL. Ni bukan saja nak bg tp sebab arwah FIL dulu tak puasa dlam sebulan, ikut nasihat orang kat surau tu MIL ngan anak2 bincang baik buat la kan.

Pg tu pg umah MIL, dear pinjam lori abg sepupu so kitorng g klang cari beras naik lori la. Sampai kat pasar besar dear g deal ngan orng kedai aku lak tunggu je la sensorang kat lori. Dah setlle aku tgok india tu dtg bawa beras kat troli, skali bawa mau dekat 15 beg. Dear tolong angkat aku lak tolong tgok je la.

Settle semua angkat mengangkat ni kitorng trus g hantar kat umah anak yatim kat area klang dan puchong. Dah siap semua keje tu aku ngan dear pg IOI nak tgok geng. Last tu hari tak dpt tgok coz full, tp hari ni kitorng siap dtg awal2 lg nasib baik dpt seat blkg lg. Sementara tunggu dlam 2 jam tu aku ngan dear g pusing2 kat IOI tu coz ada area baru buka. Jenjalan ngan org yg agak ramai jugak la, area wing baru masih bnyak kedai blum buka. Kebanyakan tgh renovate maybe next month lg meriah kot kat wing baru ni.

Cukup time kami g tgok geng, ingatkan dah lame masuk panggung ni dah tak ramai yg nak tgok tp silap rupenyer ramai gile la yg tgok. Aku tgok seat depan tu pun penuh. Maybe full house kot tp yg tak best nyer seat aku kat area tp, maka leceh tul kalo time org dlam tu masuk lambat atau time nak kuar. Lain kali tak nak la dok kat area ni lagi....banyak leceh la.

Sampai umah kul 7.30mlm, so dear mintak mlm ni mkn roti sardin je coz hari ni mcam2 kitornag mkan, tgahri makn kat umah MIL. Ptg td seblum masuk panggung makan sushi bli kat jusco. Dear yg dulu tak pandai makan sushi, la ni dah pandai pilih nak bli yg mana.hahha.

So senang je la keje aku, tinggal masakkan roti sardin ngan wat air panas je la coz hujan lebat sejak time kitorang tiba kat IOI ptg td. Sgt enjoy la,dapat kuar same berdua walaupun slalu kat umah berdua. Tp besa la kalo time kuar jenjalan ngan kat umah ni...hanya dia dan kuarge nyer yg tau. :)

Saturday, March 14

Jom Masuk U!

Ini la demam yg melanda kat umah MIL aku 2 hari ni, ye la keptusan SPM dah kuar hari khamis lepas so ni la timenyer nak pilih course ape yg layak & minat nak amik kan. Aku lak sebagai penasihat untuk ucu ngan along anak k ton. Maklum la hari ni je umah aku kene serang ngan derang ni. Tujuan hanya 1 coz nak survey & nak pendapat aku.

Kalo aku, aku tak kesah asalkan ada minat dan sedia kalo ditmpatkan kat mane2 pun. Tp derang ni tak kesah kalo blajo kat ne pun, yg kisahnya mak derang ni la. MIL aku ngan k ton la kan. Along lak kene la cepat isi coz minggu depan dah nak pg PLKN. Nasib baik dpat area selangor ni gak, kalo tak mau pyah la nak ilangkan rindu anak branak. Kiranya ni la 1st time nak pisah jauh & lame lak tu.

Untuk along ngan ucu aku tolong la takat yg termampu, bg nasihat skit asalkan jgn terlalu ghairah nak pilih satu2 course tu. Tkutnya akan dtg ko tak leh nak abeskan blajo tu. Kalo bleh aku nak diorg pilih jd cikgu atau nurse, tp 2 2 tak minat. So aku nak bg engineering pun tak minat jugak, payah wooo nak pilih course untuk diorang ni. Dari kul 12.00tgh sampai kul 5.00ptg ngadap laptop nak cari course ape yg best.

Akhirnye settle gak la, slalu hal cam ni k nab akan amik berat coz kat dlm fmly dear k nab ni antara yg tinggi pelajarannya, tu pasal nasihat dia akan diamik kira. Ni kebetulan k nab tak blek sini diorg lak ikut main suke2 hati je isi borang UPU. Kalo nasihat aku ni diorg bukan nak heran sgt, kalo k nab die akan bising sket. Aku tau k nab mesti cam aku gak, suh diorng ni amik bidang pndidikan.

Semoga ucu ngan along akan berjaya mendapat tmpat di mane2 uni yg ada kat malaysia ni. Kalo dapt area jauh dari selangor nampak gaya kene la kitorng adik bradik gilir2 teman MIL kat umah. Kalo aku, aku tak kesah la. Takut yg lain la plak kan, dah la mertua ayg ngan mertua eja dekat lak tu. Jgn tibe2 je diorg kate nak blek kg sudah. Ni la bekorban untuk org yg tuntut ilmu.

Jeles sgt la tgok diorng ni isi borang UPU, aku nak sgt blajo nak amik degree. Tp takat ni dear blum bg izin lg, sebab hutang PTPTN masih bnyak lg. Kalo aku blajo leceh la plak, mane nak bayo utang mane nak tanggung untuk blajo ngan kehidupan seharian. Tak pe la satu hari nanti aku akan dapat gak izin dear untuk blajo, walaupun sambilan pun tak pe la. Asalkan aku dpt gak degree yg aku idam2kan tu. :)

Thursday, March 12

Haikal


Hampir skit jiwa nak melayan kerenah si haikal ni, bukan ape die ni amik power abg die kot. Tu pasal la cergas semacam je, naik letih nak layan. Mak die lagi la penat nak layan. Pantang ada pape hal mesti nak nangis, die ni kuat buli org tp kalo org buli die tak pandai nak bls. Tau nyer nangis tu je lam hampeh kan!
Hari rabu lepas aku blek amik k no haikal pun sampai gak la kat umah. K ju amik, ingat td nak la amik die tp dah k ju kuar dulu tak pe la kan. Kat umah je mule la kuarkan buku2 semua padahal bile mak nyer tanya ada keje skola ke tak die bgtau tak de. Skrg ni tgh kemaruk nak me'ngaler' sejak ayahnyer beli kaler baru.
Macam2 la keletah budak2 ni kan, tingat aku mase kecik2 dulu. lg nakal daripada ni. :)

Wednesday, March 11

Tak Kuasa Nak Layan

Hari isnin lepas aku g umah nyah saje jenjalan nak kirim barang untuk nyah bawa blik kg. Sampai kul 11.00pg pas tu terus g giant bandar puteri. Nak g cari tilam untuk nyah la ni. So kitorng masuk dan cari pape yg nak dibeli termasuk la 2 3 jenis makanan. Kuar je dari kaunter cashier tu ada sorang mamat ni dtg kat aku, katenyer nak bg goodies bag free. Aku g ikut la.

Ruper2 nyer die nak amik personal detail aku lak. Aku dah budget dah ni mesti aku kene tipu ni. Tunggu je la kan, tp makin lame penerangan makin ghairah tentang produk die tu. Katenyer jenama baru tp pling aku tak fham ni jual peralatan dapur ke brg letrik ni. Bukan ape, mule2 promote perkakas memasak (dapo & hud) kemudian cite pasal vacuum la, pasal water filter la.

Nyah dah sepak2 kaki aku, tp aku masih nak tunggu lagi nak tgok smpai mane die nak kenekan aku. So lastnyer ingat die bg aku goodie bag tu free tp kat dlm pek goodie bag tu ada voucher. Voucher ape? hmmmm voucher RM50, kire diskaun RM50 kalo nak bli barang promotion die la. Die bukakan voucher tu kononnyer ada gift la kat dlm, aku tgok punyer la tgok sebab cam tak caya pun ada la jugak. Kalo ikutkan aku dapat gift yg lagi mahal dari barang promotion die tu. Tu pasal aku gelak2 je la kan. Yg sorang dah cuak dah muke die, yg mamat ni control lg siap call HQ nak confirm kan pasal ni.

Pihak HQ bgtau memang betul & cume ada 3000 kpg je voucher yg bg hadiah lebih dari brg promotion. Untuk dapatkan gift tu aku harus la membeli brg promosi yg hampir RM3K! Tak de maknanyer aku nak beli! Time ni la plak member diorg ni yg byak ckp datang so aku dah malas gile nak layan, aku cume tanye voucher ni ble bawa blek tak? voucher ni ader tmpoh tamat tak? Jawapan mamat ni buat aku panas hati. Katenyer tak bleh bawa blek, dan tak de tmpoh. Aku harus buat keputusan on the spot! Gile ape?

Aku pun ape lg kalo dah terima jawapan cam tu, kot ye pun kalo nak promote jgn la paksa org beli jugak barang tu. Bg la satu tempoh, kalo aku nak aku leh la pg HQ atau mane2 booth diorg tu. Ni tak, nak on time tu jugak. So aku ngan nyah blah gitu je, terkebil2 mamat tu tgok aku ngan nyah blah.

Pendek cite aku memang tak kuasa nak layan pape lg dah lepas ni, kate je free tp tipu taktik je sume tu. Hampeh! :)

Tuesday, March 10

Persandingan Eja Di Kandis

Kalo minggu lepas pihak pompuan sibuk ngan persiapan semua, minggu ni turn pihak laki lak busy nak siapkan semuanya. Dah la plak tu skali wat kenduri untuk 2 org anak. Mau tak meriah nya kan. Aku ngan dear tak dpt join hantar pengantin hari sabtu coz g kursus NEW kat KL. Tp hari ahad tu aku ngan dear tetap menjadi org penting. (ehmmmm penting tu tak de la, just sebab nak bawa MIL je la kan).

Pg ahad aku ngan dear siap2 nak g Sg kandis, seblum tu nak kene singgah umah MIL nak amik MIL dulu g bawa umah k ton. Lg pun kitorang semua akan kumpul kat sane. Sampai umah K ton, eja masih blum siap lagi, padahal janji awal nak sanding kul 2. Lastnye sanding kul 2.30ptg la plak. Pape je la eja oiiii asalkan ko bahagia. Masalahnye pengantin ada 2 tp plamin cume ada 1 je. Kalo aku tgok kan tmpat duduk lak cume ada untuk sepasang je la. Ni cam ne lak ni ek? Aku mlas nak pikir cam ne, aku g makan dulu. Bukan ape, mak pengantin ni pun aku dah bese gak la. Kitorng memang kenal sgt la. Dear mkan ngan anak buahnya aku lak makan join ngan k ju & anak2nya juga.

Makanan macam bese la lauk kenduri, mesti la ada ayam masak merah, daging masak kicap, sayur jelatah, pas tu ada kari ikan. Yg kari ikan ni aku rase jarang kat kenduri kawen org nak buat. Pling teruk pun org akan masak kari ayam @ dalca je.

Lepas makan pg umah k ton, lepak2 dulu pas tu baru blek umah. Ngan perut yg kenyang ni rase mcam malm tu tak yah makan pun dah cukup. Cume dear je la yg kene makan kalo tak lapo la plak. Abes la aku kalo dear ngadu lapo....mau gak kene masak lauk special.

Untuk Eja dan pasangan ipas dan biras die : SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL ABADI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT! SEMOGA DIKURNIAKAN ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH DAN DIMURAHKAN REZEKI SENTIASA.

Monday, March 9

New Entrepreneur Workshop


Hari Sabtu lepas aku dear ngan kawan dear suami isteri g New Entrepreneur Workshop kat Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Kursus ni untuk ape?... untuk ajar aku dan semua yg dtg mcam mana nak jalan kan perniagaan yg kami baru je join ni. Modal skali tp dapat duit berkali2, ade yg kate bisness ni tipu tp sebab modal skali tp hasil dpt byak kali. Tp setelah byak kali aku ngan dear ikuti program ni memang la menarik.

Kursus bermula dari kul 3.00ptg, tp sekrg ni keadaan kat kl kan hujan. Kebetulan masa kami nak ke sane, ada ramai rombongan aktivis ala2 perarakan umum kat area jalan TAR sampai la ke jalan sultan ismail tu. Nasib baik la perarakan tu tak de la mencetuskan jalan ditutup. Ramai tul aku tgok, kalo tak silap tu perarakan semperna PPSMI.

Sampai kat hotel nak parking pun pyah tul la, dah la 1 level cuma ada kurang dari 10 parking lot. Nyampah tul, naik pening kitorng dlm kete berpusing-pusing. Lastnyer sampai kat level 5 baru la dpt parking tu pun nasib baik security guard tu bg kitorang parking double, pas tu kene tinggalkan kunci kalo kete yg kitorang block tu nak kuar.

Masuk kul 3 ptg lpas pendaftaran, pastu kul 4.30ptg rehat untuk solat asar & minum petg. Sambung kursus kul 5.00ptg, pas tu rehat lg kul 7.30mlm sampai la 8.30mlm untuk makan malam dan solat maghrib. Kemudian sambung kursus sampai la kul 11.30mlm. Agak meletihkan gak la tp enjoy sebab banyk ilmu yg dapt dari kursus ni. Berbaloi la bayar RM130 untuk seorang. Tambahan dengan speaker yg byak wat lawak sampai kan hampir keseluruhan kursus diselitkan dengan kisah2 yg bleh membuatkan kami semua tak kering gusi.
:)

JPN Cawangan Klang


Blek umah MIL malam rabu lepas aku mintak no ic ucu coz nak check ic dia ngan is dah siap ke blum. Ye la dah lebih 2 minggu dah ni. So aku check tgok dah siap dan bleh di ambil bile2 masa je. Masalah nya lak si is ni keje tak de maknanyer la nak ponteng semata2 nak g amik ic je jap. Aku ngan ucu je la yg pg. Pg pun dah ptg, kul 2.30ptg baru kuar umah MIL. Nak tgu ucu g kelas blajo kete lg, tu yg lewat jadinyer.

Nasib baik tu pg jalan lengang gak la, tp payah nak dpt parking. Tp kalo kat area parking private tu ader je la. Tp skali masuk 2 jam kene 2 ringgit. Lg mahal dari mesin parking yg sedia ada, tp byar je la. Kat dalan JPN tak ramai sgt la orgnyer. Nak buat pape pun bleh coz tak de la nak tunggu lelama. So aku macam bese la beli kan baju untuk dear la kan. Sejak join bisness ni kene la pakai smart sket. Takkan asyik nak pakai baju yg sama je la kan.

On the way blek k no tepon order laksa. So aku singgah batu 6 cari laksa yg bese aku ngan dear beli tu, tp sayang hari tu tutup la plak. Maknanya kene cari tmpat lain la plk,dan dapat la 5 bungkus. Untuk aku ngan dear sebungkus pun ckup. sebabnya dear tu bukan suka sgt laksa ni.
:)

Dlam 15 minit dah settle, nasib baik is nyer ic leh orang lain amik. Ucu lak bising gambar kat ic tu tak cantik la ape la. Aku nak kate ape takat gelakkan je la. Alng2 parking 2 jam aku ajak ucu g the store.

Friday, March 6

Majlis Tahlil

Hari selasa lepas aku ngan dear sibuk ngan kenduri majlis tahlil untuk arwah FIL aku. Genap 40 hari kalo tak silap aku la kan, agak meletihkan juga la coz menu hari tu nasi ambang. Kalo ikutkan nasi ambang ni nak kene masak macam2 la antaranya mee goreng, nasi putih, serunding kelapa, ayam masak kicap dan sayur lodeh. Menu sampingan kitorang wat kuih pau ngan goreng pisang je.

Keje masak2 bermula dari kul 1 tgahri lepas je k ton sampai. Aku, MIL ngan ucu tukang sediakan bahan sambil dibantu ngan k ju & k no. K ju cam bese la kan nak amik anak2 kat skola, k no lak nak kene jaga adam plak. Takpe la keje masih berjalan lancar. Eja tukang masak untuk makan tgahri, lauk simple je sup ayam ngan ayam goreng. Ok la tu daripada perut kosong tak dapat isikan.

Yang tak menariknye time kitorng sibuk siapkan bahan2 masak tu sume datang la org jual brang. Dah tu kalo org dah bgtau tak nak blah la, ni tak siap buat muke seposen lak. MIL nak tak nak kene gak la amik kan, kalo tak mau tak blek juga la pmpuan tu. Geram je tgok coz ni bukan kalo pertama. Time kenduri eja tu hari pun ada gak dtg, MIL terpaksa amik baju pasang tp hari ni MIL amik kain batik je. Hampeh tul kalo nak lyan org dtg umah jual2 cam ni.

Sedar tak sedar, lepas asar masih ada lg 2 menu blum siap masak. Nasib baik ada 3 tungku bleh guna serentak kalo tak mau lambat la keje masak2 kitorng hari tu. 1 tungku masak kuih pau, 1 k ton masak untuk menu last sayur lodeh & tungku yg ke 3 aku masak goreng pisang. Alhamdulillah la semua menu ni selesai masak tepat pada mase nyer.

Pling best time nak bungkus nasi ambang, aku ingatkan MIL nak hidangkan nasi ambang kat dlam dulang macam bese MIL buat la kan. Tp malam ni MIL mintak nasi ambang ni siap bungkus sebab org surau ada kenduri lain la plak. Mase nak bungkus aku tgok MIL wat senang je tp time aku lak kene wat alamak abes la aku.....bukan ape ni la 1st time aku bungkus nasi ambang ni. Nasib baik cantik kalo dibandingkan ngan dear nyer bungkusan. 70 bungkusan nasi ambang yg nak malam tu so sampai 3 org tukang bungkus & ada lg 3 org tukang ikat dan kira bungkusan tu.

Aksi time tgh bungkus nasi ambang

Letih tp seronok sebab keje siap tepat pada mase nyer. Walaupun org cume dtg tak nak mkan kuih sgt tp abes byak jugak la makanan yg ada. Lauk pauk untuk nasi ambang pun ada byak balance so aku ngan ipar aku sume dok wat aktiviti membungkus reramai la kan. Amik sendiri la kan coz sendiri nak makan. hahaha..... :)

Wednesday, March 4

Selesai Sudah Majlis Perkahwinan

Sejak dari hari khamis lagi aku dah berkampung kat umah MIL. Untuk ape? mestilah untuk 2 majlis kenduri yg bakal dijalankan hujung minggu ni. Persiapan MIL simple coz arwah bapa baru sebulan meninggal kan so tak de ape yg MIL kena buat la. Semua anak2 siapkan, kalo untuk berkat tu pandai2 la eja beli kat mane2. Tp rasenyer die dah siap tempah bahulu pecah lapan la 2 3 minggu sebelum kenduri.

Ni aksi dear mase bace paper, time rehat lepas penat jalan2 cari barang.



Untuk majlis pertama, majlis kenduri kawen eja ngan boy. Meriah juga walaupun tak de band/karaoke, kompang, pengantin berarak & juga pelamin nan indah impian setiap pengantin. Betul2 simple dimple la kan, tp majlis tetap meriah ngan kedatangan orang ramai. Malam hari minggu tu plak hujan turun mencurah2 la plak. Tak pe la asal ada yg mampu aku payungkan akan aku payungkan mereka semua. Ni kerana tugas aku untuk jadi penyambut tetamu yg ditemani oleh ipar aku gak la. Sampai kan ada yg tanya kami ni adik beradik ke? huhu payah tul nak jawab, aku ngan ayu cume senyum je la. Ni mesti gara2 kami berdua ni tembam kot?



Walaupun hujan tp orang yg dtg tetap ramai jugak, kalo tak silap malam tu ada 3 majlis jugak la. So tak heran la kalo ada yg nak dtg hari ahad. Malam tu tak de majlis berinai tp pengantin tetap di make up & pakai baju pengantin kaler kuning. Yg ni cume untuk aktiviti bergambar je. Kebetulan ramai juga kawan eja yg dtg tu yg lagi meriah jadi nyer aktiviti bergambar ni. Aku lak just sempat tgok jap2 je la, kita ni ada tugas lain yg lebih penting lagi kan.



Malam tu tido kat umah coz penuh dah umah MIL mlam tu. Tinggal je la ape yg blum settle tu kan. Lg pun blek umah ni nak kemas umah coz dear td ptg blek umah amik tikar nak bawa g umah MIL. Mesti byak habuk yg tinggal bile tikar dah diambil. Dah tu plak mak nak dtg ngan yang ptg ni. So lagi bagus tido umah pas tu tinggal kemas je la sket2 kan.



Hari ahad aku tak jadi penyambut tetamu tp aku jd org dapo lak, tolong watkan gubahan untuk meja pengantin. Memang la hampeh keje aku ngan ipar aku sume. Kitorng ni main belasah je la asalkan nampak cantik bleh la. hahahah nasib baik tang masak udang ngan telur tu mak cik - mak cik yg tolong. Kalo tak maunyer kitorng ni blur nak masak ape la. Tinggal nak siapkan untuk buah tembikai ngan settle kan tomato untuk isikan paprik daging pun kitorng ni pening nak pikir. Sib baik jadi jugak la kan sume tu.



Tak sempat nak snap gambar coz hp aku asyik je dipegang dek org lain. Kalo kat aku pun aku tak sempat nak snap gak, tangan mane nak wat keje lg, nak snap lg. hmmm baik aku wat je keje aku, dear pun busy kat luar umah tolong masak2 ngan tolong gi kedai cari ape yg kurang.



Pengantin tetap di make up gak coz nak amik gambar lg untuk hari ke dua ngan tema kaler gold. Cantik2 je baju yg eja pakai. Nanti kalo dpt aku tempek kat sini la. Siap amik gambar, rombongan belah laki sampai terus g makan beradap la. Lepas makan ada lak majlis potong kek lak, kek pun kaler coklat ala2 gold.



Alhamdulillah! majlis ni berlangsung dengan lancar. Sekarang dpat la rehat tp esok masih ada kenduri yg nak dijalankan lg. Mak tido kat umah aku ngan yg tp bapa aku tak ikut same lak. Orang dah tua ni kan tak suka jalan2, tu yg mak tak kesah nak tinggalkan bapa tu sorang2. Kecoh umah aku petg tu, yg lak beli mentarang. Mak rebus dan watkan air asam, mak aiiiii makan time panas2 dah tu cuaca tgh berangin lak nak ujan kan. Fuhhhhhhh sedap tul la walaupun ni 1st time aku makan mentarang ni. Cian dear kat umah MIL kene wat keje, aku kat umah sedap2 makan.



2 org anak buah aku lak abes sume yg comel2 kat umah aku ni dikejekan diorng. Takpe la asalkan diorang tak nangis dah la kan. Tp yg tak bestnyer anak yang aku tak pandai nak berkawan ngan anak abg. Hahah asyik nak buli je kejenyer. Nasib baik la sket2 je die buli tu pun nangis gak jd nyer.



Malam tu aku lepak jap kat umah MIL coz nak amik dear la kan, kete aku bawa blek lgpun kalo dear blik naik moto mesti ada yg nak guna moto tu. Malam tu hujan lebat lg so aku ngan dear tolong2 MIL je la, kalo blek pun ujan kan. Dekat kul 11.00pm gak la baru kitorg blek. Sampai umah dear layan bola ngan yang aku lak terus tido depan lappy. Ngantuk sgt la plak, tak sempat nak update pape pun.



Next aku update majlis tahlil untuk arwah FIL.

Wassalam... :)